Friday, December 31, 2010

buat teman

kadang-kadang, kita susah nak faham seseorang tu... mungkin bagi kita, kita dah faham dia, tapi bagi dia, kita tak faham langsung tentang dia... bila cinta dah ditunjukkan seikhlas hati, tapi masih juga nak diragui, apa lagi yang harus dilakukan untuk dijadikan bukti??? fahamilah, cinta itu, ibarat kain putih bersih... kita yang mencorakkan bagaimana bentuk yang akan terlakar di hamparan kain tersebut... baik dan buruk nya pandangan orang pada kain tersebut, sila jangan ambil peduli... kerna, kita lebih tahu tentang hati kita berbanding mereka yang diluar sana... biarlah apa orang akan kata tentang kita, selagi iman terselit didada, pasti akan ada petunjuk dari-Nya buat kita sebagai hambanya... tabah lah wahai hati, andai kau disakiti, jangan lah engkau menangisi... anggap lah itu sebagai salah satu bahan perisai yang akan menjadikan mu lebih kuat dan tabah... :)



saling memahami dalam perhubungan adalah sangat penting jika inginkan hubungan yang berjaya... adakalanya, acap kali, kita yang perlu mengalah dan menanggung luka dihati... tetapi, bukankah setiap cinta tu perlukan pengorbanan??? anggap lah ia, sebagai salah satu pengorbanan yang perlu kita lakukan demi cinta kita...


:: love::

lagu baru tuk blog ku

sedap tak lagu baru ni??? sedap kan??? aku tak tahu pulak lah yang kangen band ade lagu ni.. al maklumlah, katak bawah cermin... HAHA... kuno nya lah miss farhana nih!! by the way, thanx to [My LaLiNk] sebab bagi aku dengar lagu ni, and nyanyi kan lagu ni... kalau tak, aku tak tau lah sampai bila aku baru dapat tahu pasal kewujudan lagu ni...:P KESIAN!!! memang kesian... 

Thursday, December 23, 2010

tatariaswajahblog

tengok???cantek tak blog saye?? ngehngeh.. :P baru pandai menghias blog, cam ni lah... JAKUN! haha... anyway, terasa berpuas hati dengan apa yang ada sekarang... cume snowflake tu tak brape nak nampak sangat, sebab warna putih... layout aku pulak, hijau keputihan! HAHA. sesuai sangat lah tu... mase menjalankan proses pengesanan snowflake tu, naik juling biji mata aku cari! last-last jumpa jugak... tanpa spect dan kanta pembesar!
BANGGA! mata saya masih cukup sihat ok. walaupun tak selalu makan carrot, tapi at least makan jugak... hehe... ok! tu cerita pasal snowflake... 


sekarang cerita pasal header pulak... cukup besar tak header tu?? terlebih besar?? HAHA. bersyukur lah sebab aku sudi meng'edit' benda alah tu, supaya kalian-kalian tidak terkejut beruk lantas mengatakan "gila la ain ni, bapak besar gambar yang dia letak kat header" hehe... so, THANK to me... :D mula-mula letak tu, aku sendiri terkejut, haha, apatah lagi kalian-kalian... maka, demi menunjukkan saya ada adalah blogger yang baik, tak nak bagi kamu semua sakit jantung, saya edit... BAIKNYA saya.. :) *padahal dah terniat nak delete* tapi, [My LaLiNk] kata 'biar je, jangan delete' saya pun tak delete lah! hehe... AGAIN! baiknya saya... baik sebab dengar cakap! GUD GIRL! :D kan3?? 

Wednesday, December 22, 2010

impiana a.k.a impian ana

1- new handfon
2- own laptop
3- dapat amik jurusan yang diminati
4- dapat boyfrend :P
5- dapat result yang baik untuk spm

merujuk perkara diatas, dengan ini saya ingin memaklumkan, tidak semua impian saya bagi tahun 2010 tercapai! :( agak sedih... tapi tak ada lah sedih mane, sebab 4 daripadanya, dapat dicapai dengan jaya nya... yang kelima tu... ehem! baik jugak lah... tapi, ok-ok je...  


1- new hanfon, haa, ni lah rupe bentuk hanfon aku...


ni pulak, laptop aku...

jangan tanya kenapa kebanyakkan barang aku warna hitam... sebab jawapan aku senang je.. aku ni tak berapa pandai jaga barang dengan teliti, juga bukan terlalu pembersih... haha... senang bukan?? :P 

yang ketiga ni, err...tunggu aku jumpa slip exam aku eah?? ntah mane aku campak, aku sendiri tak ingat! haha.. teruk nya aku! *rahsia kerajaan k... xmo kecoh-kecoh tau.. antara kita-kita je... tau-tau-tau! ;D

yang keempat, *perlu nak display lagi gambar [My HoNeY bUnNeY] setelah melata aku tabur gambar dia kat blog and facebook aku?? HAHA. (perlu sangat-sangat) maka dengan itu, ini lah boyfriend saye...*WINKWINK



inchik MOHD RADZI BIN MASUHUDI

dan yang terakhir, result SPM... hurm.. xde la teruk sangat " kata [My LaLiNk]".. tapi kata abah aku, "banyak main, tu yang pandai sangat tu" hehe... tau dah perangai anak dia ni camne.. banyak perangai! 


--------------------------------------------------


perkara berikut merupakan barangan impian yang nak ada pada 2011 *ehem!!!belajar tak seberapa, nak ada dreams items?? sape nak bagi semua nih?? jatuh dari langit ke?? :P (nama pun barangan impian kan..)

1- sony ericsson AINO (macam banyak je duit nak ada benda alah ni)





2- external harddisk (benda ni, sepatutnya tahun 2010 dah ada, tapi ditanggungkan atas sebab-sebab tertentu)
3- lesen kereta (lesen motor dah ada..dah nak kene renew pun...)
4- result final exam yang baik dan cemerlang
5- pergi genting

berdasarkan makulumat diatas, sudah terang lagikan bersuluh, nampak sangat lah cik an ni, banyak main.. fikir nak enjoy je! ada ke impian 2011 nak pergi genting? hanfon baru? AINO plak tu?? sah!! kuat berangan... :P (tak apa lah... nama pun impian... bukan harapan) hukhuk...

couple ring

tadaaaa!!!!!

ni lah cincin.. hehe

*semua orang tau tue cincin cik ain.. memang la da tau, tapi saje nak bagi tau... haa... ni lah cincin couple yang first... (ehem!! nampak gaya macam ada yang kedua je?? silap-silap ketiga.. :P ) oh!! tidak- tidak.. setakat ni, cukup hanya cincin couple yang kedua... 

wujudnya, couple ring yang kedua adalah kerana, pertama sekali, [My LaLiNk] kehilangan cincin nya... miss placed! dekat kem... al maklumlah, nama pun kem.. duk beramai-ramai, lau setakat cincin hilang kene amik ke, apa ke, tak kan nak kecoh-kecoh... lain lah kalau berlian jatuh kat bilik tu... nak kecoh-kecoh sampai masuk headline semua newspaper pun tak apa... pilih je paper apa, tamil nessan? the star? metro? suka ti korang lah... :P

tu sebab yang pertama, sebab yang kedua, cik awek [My LaLiNk] a.k.a. aku ni, terlalu 'menjaga' cincin tu dengan baiknya... disebabkan terasa berat hati nak menanggalkan cincin tersebut, aku pun pakai je cincin tu, bawak pergi mane-mane... pergi basuh baju pakai cincin, buat clearance pakai cincin, pulak tu, bila datang jakun aku, aku suka letakkan tangan aku atas tembok kaki lima, lepas tu, aku seret je memanjang... akibatnya, ke'calar'an yang teruk berlaku... hehe.. bagus kan cik awek mohd radzi ni?? *PERASAN!!! :P

maka dengan itu, wujudlah couple ring yang kedua untuk kami... ngeh-ngeh! sukasuka... tak payah nak terkejut sangat lah bila tengok cincin tu serupa je dengan cincin lame, cuma lain warna batu je... bukan apa, demi mengelakkan kesan khas tu hilang... *acecece... ayat nak poyo.. haha... ni lah hasilnya...



same kan... :D



demi mendatang kan effect khas, aku suh [My LaLiNk] pinjam jari shamsul ngan cik aweknya... sebab aku tak ada ditempat kejadian... thank you-thank you... :D memang khas betul, hehe... (jari aku yang kecik ke, jari awek shamsul tu yang besar??) *b... syg terus terang je lah ea... naluri syg kuat menyatakan bahawa, itu adalah jari anda dan encik nazuan... adakah saya betul??? hehe... inferensnya, yang pertama, sejak bila shamsul yang putih melepak kat muka, tibe-tibe tangan dia gelap??(tak tau la kalau tangan dia memang gelap, tak perhatikan sangat pun.. :) yang keduanya: mustahil jari syg terlalu kecik atau pun jari cik awek shamsul yang terlalu besar sampaikan cincin sayang tu, just muat kat jari kelingking je... hehe,anyway, just nice... :D

(terserlah kesungguhan b memenuhi kehendak sayang) luv u lah! :D


terima kasih sebab belikan cincin tu untuk cik awek kamu yang ganas ni... 
perjanjian: " tak nak calar kan cincin tu, kecuali, "TERCALAR" dengan tidak sengaja..."



Tuesday, December 21, 2010

alahai si bakal boyfrend tak jadi..:P

nak kata malang tu tak lah.. tapi, nak kata bertuah jauh sekali... niat baik aku hari ni, nak bayar payment untuk insurans... tapi, kuar je dari bank, nasib yang tak berapa nak malang ni datang pulak! ahahai!!! menyampahnya aku mengadap muka dia... 

alkisahnya begini, aku keluar je dari bank tu, maka terlihat dan terpandanglah aku akan segerombolan abang pistol... nak pulak salah seorangnya aku kenal... dia la, si bakal boyfrend tak jadi tu... dalam hati aku, mana aku nak lari nih... sebelah bank ni, kedai makan cina pulak... dengan bangganya merungut, apesal lah sebelah bank ni tak buat kedai handfon ke, kedai runcit ke... sekali toleh je, dia dah berdiri sebelah aku dah.. alamak! menyibuk lah! tak boleh tengok orang senang ke??  asyik nak "tayamu" (tayang muka) kat sini... err.. padahal berkurun aku tak jumpa or terserempak mamat ni.. lantak lah, hati dah tak suka... tak nampak ari-ari pun tak berkenan, lagi la nampak hari-hari.. mau termuntah-muntah aku... :P *over

kemudian, aku senyum macam nak tak hendak je ngan dia.. senyuman ala-ala"saya-tak-perlukan-anda-disini*senyum terpakse.. dengan harapan dia faham aku tak suka dia ada kat situ dan aku nak dia berambus dari situ (sesuka aku je kan??macam senggarang tu, atok aku punya..) bila aku senyum macam tu, dia kata "macam tak suka je"...tau pulak aku tak suka... aku jawab dalam hati, tau xpe... aku ingat nak angkat kaki dah, tapi masih lagi dia terpacak kat situ... aduhai... :( dah la tu, ringan pulak mulut nya nak cakap-cakap ngan aku... dia tanya, dari mana, pegi mana, dengan sape, cuti ke, bape lame, smpai bila... aku balas la, tak kan nak malu kan dia depan kawan-kawan dia, macam cakap ngan patung pulak kan... lagi pun aku segan! dah la pakai uniform!!! karang orang cakap aku ada buat salah pulak!! haish! dia ni.. lepas tu, dia tengok screensaver fon aku, ada gambar [My LaLiNk], dia kata"nampak macam baik orangnya..bertuah ain" aku senyum and cakap la" dia memang baik pun...10 kali lebih baik dari awak" * kembang habis laki aku lau baca statement ni..hehe err.. buat si abang pistol tu, ntah-ntah dia rase kene hempap ngan kontena... huhu.. nak buat macam mana, dah tu hakikat nya... dia kata "bagus lah.. saya pergi dulu, lau jumpa dia, sampaikan salam... pesan saya suruh jaga awak baik-baik..." ayat aku, "ok"... 

mimpi ke apa aku nih?? dia memang dah berubah ke, dia jadi plastik sintetik mase cakap ngan aku tadi?? sikit punya baik??? bukan apa, kalau dah berubah, bagus lah.. kalau berlakon je tadi tu, memang aku tak heran lah... apa-apa pun, anda merupakan bakal boifrend tak jadi saya, dan akan selamanya begitu...ada faham??? 

Saturday, December 18, 2010

aku yang bakal kau kahwini...

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa,
yang sangat jauh dari sempurna.
Karenanya ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..
 Aku tak sebijak bunda khadijah,
karenanya ku ingin kau tahu,
aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
karena bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..

Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek.
Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur,
menyiapkan makan untuk kau dan malaikat-malaikat kita nanti
–insya’Allah-.
Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.
Atau karena seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.
Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja..
maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana...

Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa,
tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang sakit,
dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami,
maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..
Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku,
karena kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
menangis dan tak terkawal,
bukan karena ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
maka bersabarlah,
yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
Karena bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan
memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya.
Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya,
tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.
Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita,
tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku,
tegurlah aku dengan hikmah,
karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian,
dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita,
dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku,
membimbingku ke arah-Nya,
walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh,
tapi jangan pernah letih mengajariku..
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk
bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..
Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya,
agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dan memutih.
Kulitku yang bersih akan mulai keriput.
Tanganku yang halus akan menjadi kasar..
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik,
yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu..
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..
Maka jangan pernah berpaling dariku..
Karena satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
yaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..
Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..
Maafkan aku karena aku bukan putri..
Aku hanya wanita biasa....
terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA.....
semoga kita bisa sama-sama bahagia...

Thursday, December 9, 2010

result exam yang gila kentang!!!

pagi ni, aku bangun awal, konon nya... tapi, pukul 7.00 da tersengguk-sengguk... :P hampeh betul!!! aku bangun awal ni pun, pasal aku tak boleh nak tido, al-maklumlah... result final exam keluar arini... tepat pukul 9 pagi, aku on laptop... tapi, aku tak terus bukak student portal, aku terus bukak aku punya facebook... hoho.. ketakotan aku!! hehe... lepas tu, baru aku bukak student portal... bukak je student portal, loading punya lame, tahap siput merangkak!! :P then, aku semak la result aku... kesengalan melanda kat diri aku... aku terus terjah pointer aku kat bawah tu, tak tengok subject aku dapat ap... tengok pointer je, aku da senyum... then, baru la aku tengok subject aku dpt bape... terkejut beruk aku... basic paper aku, akaun dapat D+, bussiness mathematic pun... teknologi komputer pun!!! maknanya, aku ada 3 paper fail... serta merta, tak senyum dah... ntah apa raut muka aku, time tu aku pun tak tahu... macam tak percaya aku fail, 3 pulak tu yang fail... tak tahu nak cakap apa dah... serius down!!! memikirkan, apa yang aku nak cakap kat ibu abah, pikir cam ne aku nak repeat paper ni, ke baik aku tukar kos aje... sebabnya, kalau aku teruskan jugak, bermakna, aku ada 10 subject untuk sem depan!!!! nak mati woooo..... giler punya banyak... da macam amik SPM je... :P [My LaLiNk] pulak, orang pertama yang tau result aku...elok je aku kata aku kene repeat 3 paper, dia pun nak repeat same...sehati sejiwa katanya... :P 

AAAAARRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!
(anggap la, aku jerit kuat-kuat bagi kurangkan beban yang aku rase ni...)

batu pahat vs muar

seperti yang dijanjikan, ini lah entry pasal Batu Pahat...:D
Dimulakan dengan mercu tanda Batu Pahat...hehe...cantik tak???cantik kan?? 


Aku pernah tunjuk gambar ni kat one of kawan aku, (identiti dirahsiakan bagi menjaga hati dan perasaan pembaca juga bagi mengelakkan unsur-unsur fitnah dan memgutuk-mengata...) ada ke patut dia cakap, "kenapa ada tangan je??tak ada orang nya sekali??" err... Aku dengan bijak pandai nya pun jawab, " orang majlis tak cukup bajet nak buat orang..." haha... Jawapan paling selamat bukan??? :P apala...banyak banyak soalan, soalan ni jugak yang dia pilih nak tanya kat aku... Mulut aku je jawab macam tu, hati aku jawab : "nama pun batu pahat, kalau letak orang, karang da jadi lain pulak nama nya...jadi, 'Orang Batu Pahat???' mungkin jugak 'Gergasi Di Batu Pahat'.".. Harap maklum je la, Batu Pahat tak ada Giant macam Muar...hehe
Sekarang, bercakap pulak pasal shopping compleks yang ada kat Batu Pahat ni... Batu Pahat ada banyak shopping compleks... First sekali, Summit Parade... Then, Batu Pahat Mall a.k.a. BP Mall, then Square One.. Kat Batu Pahat jugak ada The Store ngan Carrefour...banyak tak??? banyak tak??? Banyak kan??? Biasenya, yang jadi pilihan muda-mudi kat Batu Pahat ni, Summit Parade atau BP Mall... Yang lain-lain tu jarang-jarang nak pegi... Bukan tak pegi langsung tau.. JARANG-JARANG... :P erkk... I tak ada gambar psl batu pahat ni, pasal da selalu nampak... hehe.. nanti2 la i upload ye...;D
Seterusnya, Pusat Rekreasi... Kalau kat Muar, pusat rekreasi nya sungai... Kat Batu Pahat pulak, Tasik... Aku tak tau la pulak kalau tasik ni ada nama-nama yang glamour...tapi, setakat yang aku tau dari aku kecik, tasik ni, nama nya Tasik Y... Yup, Tasik Y... Jangan tanya aku sejarah silam tasik y ni ok..aku tak tahu... Yang aku tau, dlm kwasan tu, ada tapak permainan dengan replika dinosour... Besar... Ada dua dinosour... Dulu masa aku kecik-kecik, selalu la abah aku bawak datang sini... Dah besar-besar ni, tak ada pulak nak kesana... Dah lebih 5tahun dah aku tak gi tasik y tu... Agak sedih mengenangkan...:(


oh ya!! batu pahat ada wetworld.. muar xde... hehe... sekian...



Tu je la, setakat ni yang boleh diceritakan pasal batu pahat...nanti kalau ada apa-apa tmbahan, aku edit la balik...hehehe

dup dap dup dap malam result final

arini aku jadi internet bergerak.. haha.. bangganya!! :D  hanya disebabkan, salah sorang dari member aku, call aku, bagitau yang result final exam dah keluar... aku ni, dah la LAMPI, bila dia cakap result dah keluar tu, aku blur... berfikir dan mengingatkan, perasan aku hari ni macam hari khamis, kenapa result dah keluar... entah-entah dah hari jumaat tak... so, aku pun, masih control gabra lagi, pelan-pelan tekan keypad handphone, cari kalender... bila aku tengok calendar,

 thursday, 9 disember 2010... 

aik??apa suda jadi ini??? kenapa result da keluar pulak ni??? blum due date lagi ni.. kalau bersalin ni, kire tak cukup bulan nih!!!compius aku... tapi, dalam percaya dengan tak result dah kuar, aku dah hebohkan kat member2 aku dah, yang result dah keluar... haha... express beb!! tak main la sangkut-sangkut ni... lepas je delivered kat budak-budak ni... bertubi-tubi mesej masuk... belum yang call lagi... yang tengah tido pun ada... bangun sebab terbaca mesej aku yang berbunyi...

" result dah keluar...pi tgok kat student portal...time la pulak letrik tempat aku nak mampos, budush betul!!" 

baru aku tau, mesej aku tu boleh buat orang hilang ngantuk dan juga boleh buat orang kene heart attack!!! hoho.    budak-budak ni pun macam tak pandai bace mesej, dah aku kata kat umah aku tak ada letrik, datang dari mane pulak aku nak meng'on9'kan diri nak semak benda alah tu... haish!!! terpakse la jugak aku balas mesej tu... aku yang wat kecoh kan, tanggung la... haha... ada pulak tu, yang tanya aku, mane nak cari, kat dalam student portal tu, belah mane... haa... mula-mula aku cakap, ko cari je kat situ, pasal result exam... pastu dia mesej lagi, kata "nia, aku tak jumpa la...kat mane"... aku sabar lagi, ko cari je... ada kat wall tu... then, ada la 3/4 kali mesej yang sama dari orang yang sama menyusul... last-last, aku tibai je... cari kat tengah, tengah... alhamdulillah! betul!! MAGIKA!! hehe... bila dah jumpa tu, tak boleh bukak pulak, mesej lg..."nia, tak boleh bukak la...:( ", aku cakap, ko bagi no matrik ko ngan nombor ic ko dekat aku, karang aku cek kan.. tapi, lambat sikit lah, sebab kat rumah aku tak ada letrik... bole pulak budak ni balas, "laa..kat rumah ko tak ada letrik rupanya, nape tak bagi tau aku, " dalam hati aku kata, 'bukan aku tak bagi tau, ko yang tak alert tu.. :'(' hukhuk~ sedih kot...hehehe... tak pe, tak pe.. aku faham... tapi sempat gak tadi aku bagi tau kat [My LaLiNk], lau jumpa mamat ni, ingat kan aku, sebab aku nak cepuk budak ni.. kegeraman!!! hahaha... 

rupanya lah, line result final tu bukak sekejap je... pastu dorang dah hide balik... semua melopong!! tak dapt tengok result... huhuhu.. 

Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah

Harapannya, masih belum terlambat lagi untuk aku mengucap kan Salam Maal Hijrah buat semua yang beragama islam... :) hehe... Maaf la yang sesangat, sebab lambat mengepost entry pasal Istimewa Maal Hijrah ni... Ada kesilapan teknikal sikit... Err... Agak banyak le sebenar nya...

Biasanya, orang pasang azam tahun baru, masa tahun baru masihi...termasuk lah aku... Hehe... Normal la tu kan... Tapi, kali ni, dan bukan buat pertama kalinya, aku berazam di malam tahun baru islam... Indahnya Islam ni... Dikala kebanyakkan orang menyambut tahun baru masihi dengan penuh keriangan dan kemeriahan seperti membuat konsert sane sini, bunga api meletup-letup... 

Mat rempit lagi la, macam baru pertama kali nampak moto, pertama kali sentuh moto, pertama kali tau, benda tu motor dan pertama kali bawak moto... Senang kata, semua nya pertama kali lah! Hoho... Sayang nya dengan motor tu, sampai sanggup sehidup semati dengan motor tu, dengan cara MATI KATAK! Apa lah istimewa nya bila jadi macam tu... Tak rasa mati sia-sia ke bila mati cara macam tu... Memang lah dah ajal... Tapi...ummm... Entah lah... Orang, kalau dah suka sesuatu tu, benda betul pun akan kata salah... Huhh!!! Ok... Cukup cerita pasal mat rempit ni... Karang cakap panjang-panjang, orang kata nak bagi ceramah free plak... Huhu...

Mengenai azam baru aku tahun ni, banyak jugak lah yang aku niat... Harap-harap tercapai la kan.. Tak nak la, hangat-hangat tahi ayam je... Jangan tanya aku, betul ke tahi ayam tu hangat... Mane aku tau!! Ni orang dulu-dulu yang cakap... Aku sebagai penyambung generasi masa hadapan, ikut je... I follow... Haha.. :P 


Berikut merupakan azam-azam aku pada tahun ni...:DD

1- nak jadi anak, kakak, girlfriend, cucu, kawan yang baik... Senang kata, nak jadi insan yang baik, dan berhati mulia...ehhehe (malumalu)

2- nak jadi hamba Allah yang baik jugak... :) 

3- nak kalah kan pointer [My LaLiNk], hehehe... <b..rasa tercabar tak???> (syg tengah terkebil-kebil banyak-banyak kali ni...)

Sikit je azam aku... 3 lebih afdhal!! Hehehe... Kan amik wudu' pun ulang 3kali setiap pergerakkan kan... (padahal, takut tak dapat achieve target...hehhe)

Dan ni pulak, azam kami bersama...aku ngan [My LaLiNk];

1- bersama-sama menjaga hubungan yang ada ni dengan sebaik mungkin...

2- tak kan menyakiti antara satu sama lain... 

3- saling menyayangi dan menyintai antara satu sama lain...

Haaa.... Itu lah azam kami, hehe... Simple je, tapi isi tersirat yang dalam... Takkan biarkan sesiapa pun diantara kami, disakiti oleh orang lain... Kata orang, kalau kita betul-betul sayang kan seseorang tu, kita tak sanggup biarkan insan yang kita sayang tu, disakiti...dan kita juga takkan sanggup untuk menyakiti insan yang kita sayang tu... Sebab kebahagian orang yang kita sayang tu lagi penting...

Sunday, December 5, 2010

Muar VS Batu Pahat

entry tuk kali nie,biase-biase je... sebab aku dah ketandusan idea... hahaha... tak ada topik nak dijadikan isu... (alasan semata-mata), hehe...setelah, membuat saringan demi saringan bagi memilih topik untuk kali ni, maka, topik perlancongan aku semalam menjadi pilihan hati...haha...tak jauh, tak dekat...sedang-sedang je..bak kata orang, suam-suam kuku..haha...tak tahu lak pulak aku, suam-suam kuku tu macam mane kan...hantam saje la labu...so, semalam aku melancong gi Muar...hehe...habis kene gelak je ngan [My LaLiNk], sebab kat Muar tu tak ada apa-apa pun... shopping complex paling 'GAH' pun, Wetex...boleh la, daripada tak ada kan...hehe...nak buat cemane, dah kebanyak tokey-tokey besar berkenan nak buat shopping complex kat batu pahat kan...terima je lah...hehe...


abis la, baru separuh jalan taip entry ni, [My LaLiNk] da tegur da...
"kenapa kutuk Muar, tau tak Muar tu tempat tumpahnya darah b..."
adush!da kene da...memang kene kondem la ni, jap lagi...huhu...


destinasi pertama aku sebaik je sampai Muar tu, adalah masjid...sebab, aku ngan family aku belum solat Zohor lagi...aku lupa pulak apa nama masjid ni...hehe...(tak tengok pun apa nama masjid ni) minta maaf la sesangat..huhu...








Haa...ni la masjid yang aku cakap tu...masjid ni, betul-betul berhadapan dengan Sungai Muar... Dan istimewanya masjid ni, dia ada kembar... Haha, bukan orang je ada kembar..masjid pun ada...kembar dia ni, terletak kat seberang Sungai Muar, juga berhadapan dengan Sungai Muar... Rupa bentuknya, sama, serupa...tak ada beza pun...so, bila u all naik je jambatan Muar tu, korang akan nampak twins tu..hehe..comel tau... :D 


--------------------------------------------------







Then, aku ngan family aku, gerak pegi Tanjung Emas...tu memang pusat rekreasi terkemuka  and terpopular kat Muar ni... bukan melaka je ada cruise tau, muar pun ada.... Glamour gitu... hehe... Ops! Bercakap tentang popular, makanan yang popular bila ada kat Tanjung Emas ni, adalah "ROJAK PETIS"... bagi yang tak tahu macam mane rupa rojak petis tu, ni lah rupa dia... emm... yummy!!






hehe...tapi, rasa dia tak sededap mata memandang rojak petis ni...aku beli kat tempat yang salah kot... (tu la, malas lagi..padan muka, dapat yang tak sedap), al kisah, aku malas nak menapak pegi kompleks niaga yang ada gerai-gerai makan tu... Tapi, disebabkan nak jugak makan rojak petis muar ni, aku pun menapak lah pegi sane...dalam perjalanan, aku jumpa gerai bergerak yang lori tu...alahai, tak reti pulak aku nak menggambarkannya... :P ... Aku terpandang tulisan 'ROJAK PETIS' kat gerai tu... Akibat kemalasan yang melampau, maka aku batal kan niat nak menapak gi kompleks niaga tu, and singgah je kat gerai tu... Ni lah hasinya... Tak sedap, :P tak ada isi sangat..banyak sangat nenas... (eh! Nenas dah murah ke, asal orang tu letak nenas banyak sangat??ke ada tanam nenas belakang rumah dia?? Wallahualam...) dah la tu, MAHAL!!! Biase beli RM2.00 je, ni RM 2.70... (entah-entah dia charge lebih pasal dia bagi nenas lebih kut???hehe) kalau la aku menapak jugak gi kompleks tu, mesti dapat makan rojak petis yang sedap...:(


--------------------------------------------------

Lepas je lepak-lepak kat Tanjung Emas tu, kitorang gi Tanjung Ketapang pulak...kat sini la kalau nak tengok monyet-monyet...hehe...tapi, kitorang tak berhenti pun kat tanjung ketapang tu, just pusing pusing je...sebab aku cakap kat abah, jalan je, jangan berenti, nanti monyet bertenggek atas kete...abis calar...cadangan diterima dengan sebulat suara...abah aku  pun sayang kan kete dia... (padahal, anak dia ni takut..:P) hehehe


--------------------------------------------------


Masa berjalan-jalan ni, aku baru perasan yang Muar ni,walaupun, setiap kali balik dari Segamat, aku akan ke Muar dulu, then baru la naik bas ke Batu pahat...banyak bangunan kat situ, warne biru...kebanyakkan nya , bangunan rasmi la, macam pejabat tanah, pejabat daerah (padahal pejabat tanah dengan pejabat daerah tu satu bangunan, takkan nak buat belang-belang pulakkan??apa la...)eh!masjid tadi tu pun warna biru apa...balai polis tak payah cakap la, memang wane biru la...takkan nak cat wane pink pulak, (JAMBU nya!:P) dah penjahat-penjahat ni tak takut dengan polis... and so on... then, dengan selamba badaknya, aku buat kesimpulan sendiri... 'patut la laki aku suka wane biru, sane sini bangunan wane biru...' hehe.. mitos! :P tapi memang betul, biru mata hitam ku, bila ada kat Muar ni... hehehe... 


Lokasi terakhir yang aku pegi sebelum balik, adalah Giant... Aku tak amik pun gambar Giant tu, sebab nanti orang cakap aku jakun pulak! Gambar Giant pun nak amik... Sendiri boleh imagine kan, cemane rupa Giant tu... Hehehe...masuk-masuk je, aku antar mesej kat [My LaLiNk], 'glamournya Giant..hehe' [My LaLiNk] balas, 'haha, baru tau ke...' aku  jawab 'a'ah..hehe..ok la daripada tak ada langsung...' boleh la tahan Giant Muar ni, lau dengan Giant Segamat, memang Giant Segamat tu, tak terlawan la Giant Muar ni.. Hehe... Sampai aku tak tahu nak beli apa kat Giant ni, aku beli coklat je..hehe...ye la, Giant ni kan tempat orang yang matlamatnya, nak beli barang keperluan... Barang kehendak tu, 'kureng' sikit a.k.a kurang banyak...Hehe... 


Habis je 'shopping' kat Giant, kitorang pun balik... Abah pulak, tanya aku jalan macam aku duduk kat Muar ni... Start kat tengah-tengah bandar tu la dia tanya, pegi and balik... Nasib baik aku jawab betul... Lagi pun, Muar ni senang jalannya, pusing-pusing jumpa jugak..(perasan tak, ada kepoyoan disitu..haha:P) Tak ada hal lah! Pegi balik jugak, abah aku lalu Bakri..hehe...sukasuka...mase abah berenti kat petronas Bakri isi minyak, sempat la aku amik gambar kampung [My LaLiNk] and send kat dia...cian dia kan...da lame tak balik...hukhuk...

saya seorang girlfriend yang baik bukan???

hehehe...(perasan suda)


>>pasal batu pahat, akan di update nanti...:D i xde gambar batu pahat..al-maklum la, batu pahat ni, depan hidung je...:P