again...sibuk dan menyibukkan diri dengan menulis blog...al-maklumlah...aku sekarang ni join TLDM...memang tak ada kerja, melainkan mengada-ngadakan kerja...baru tadi, aku melalak sorang-sorang dalam bilik...buat konsert amal, tak berbayar...bukan setakat tidak berbayar, tetapi juga tiada penonton!! aku berenti melalak pun, sebab mak aku ketuk dinding bilik aku yang papan ni, suruh senyap...suara macam katak puru!!:P err..apa la ibu ni...ini lah seni namanya....datang adik aku yang kecik tu pulak, dia masuk bilik aku, dia kata, 'kak, ko nyanyi memang sedap, tapi kalau kau tak nyanyi, lagi sedap..' aiseyh!!!aku baru berangan nak ganti Ella kejap, demi menghargai suara rowck aku ni haa...bukan selalu suara rowck aku ni keluar...ada masa-masa tertentu je...sebenarnya, dalam hati hampir menangisi kehilangan suara sekejap*effect hujan , cuaca sejuk. jadi suara aku pun berselubung dengan selimut berlapis-lapis . teringat mase mengharungi cobaan yang tak kurang hebat nya , iaitu demam . kata orang , bila kita sakit , itu menghapuskan dosa-dosa kecil kita . nak sakit selalu bole ? hehe . sesungguhnya, cobaan yang ku alami waktu itu adalah amat berat..tiada yang berat, melainkan yang berat-berat belaka...YANG SEBENARNYA, aku dah tak larat nak pantang makan sambal...tekak aku ni, tekak jawa+ melayu...mana boleh tak makan sambal...
[My LaLiNk] kata, kalau sakit tekak, jangan makan sambal..baru boleh cepat sembuh...
demi mambuktikan aku ini, merupakan cik awek yang baik, dan yang menurut kata...maka, aku pun ikut je la cakap [My LaLiNk] nie...hari ke hari, dah nak bertukar jadi minggu dah...tak sembuh-sembuh jugak...aih!!!dugaan betul nih!!tak pe, tak pe..saya memang gud girl..dengar kata...kan b kan???gud girl la sangat...ahaha...dalam hati dah meroyan dah ni...cam ne la hidup aku kalau kene berpantang lepas bersalin nanti...woo...parah beb!!sebabnya, [My LaLiNk] ni, tidak menunjukkan ciri-ciri boleh berkompromi dengan aku kalau datang bab-bab kesihatan nie...risau nya dia, mengalahkan ibu ngan abah..bila aku cakap dengan abah, abah kata: alah, demam sikit je tu...bila cakap dengan ibu:panadol ngan ubat batuk ada kat peti sejuk tu..makan la...tapi, kalau cakap dengan [My LaLiNk] lain pulak ceritanya,sikit punya risau macam aku dah nak 'terberanak'... bila aku kata aku tak sihat sikit je, antara ayat-ayat yang akan selalu kedengaran ialah
"sayang dah makan ubat belum?",
"ibu ngan abah tau tak sayang tak sihat?",
"sayang rehat ea..sayangkan tak sihat.."
haa...cam tu lah lebih kurang ayatnya...bila aku cakap jangan risau, dia kata
"kalau b tak sihat, sayang risau tak pe ea??bila sayang tak sihat, b risau tak boleh...mane aci cam ni..."
maka, dengan itu, aku mempersilakan [My LaLiNk] risaukan kesihatan aku sampai lah aku sihat...hehehe...sebenarnya, syok jugak ada orang risau ni... rasa terbela dan terjaga...hahaha...sukasuka...sampaikan aku kuar beli topup pun risau ...alamak yunk, bukan jao pun, dalam kampung ni jugak...tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sila bayangkan kalau aku dalam pantang lepas bersalin, mungkin aku makan bubur ngan air masak je???mungkin akan digajikan lebih dari seorang orang gaji untuk jaga aku???tak sanggup nak bayangkan..korang-korang je la yang tolong bayangkan untuk aku...tapi, jangan lebih-lebih plak!!!
err...saya rasa cukup-cukup berbangga dengan keperihatinan dan perhatian yang diberi...nasib baik kita jao, kalau dekat, mesti [My LaLiNk] berkampung kat rumah aku...haha...maka dengan itu, aku dengan berbesar hati, melantik [My LaLiNk] sebagai doktor peribadi....bole ea b???bole ea???hehe
that's my love . dia memang akan risau sentiasa bila cinta dia sakit . lately , inchik boyfrend dah berapa kali nak demam tapi tak nak demam - demam jugak . agak demam tu saje acah ma'enon kat inchik boyfrend . kesian dia . . . sakit dada sebab macam nak batuk , tapi tak batuk-batuk . macam sesak nafas , tapi tak sesak nafas . badan sakit - sakit . . agak sekali demam terus tumbang agak nya . . . tapi , mujur lah . inchik boyfrend tak seperti cik awek nya yang tak suka makan ubat . . . kalau sebelum makan ubat , merengek-rengek cakap itu sakit , ini sakit . bia suruh makan ubat , serta merta sihat . . seboleh-boleh nak yakin kan husband dia yang dia dah tak sakit . . .tapi , husband dia tak layan pun segala pujuk rayu mendayu-dayu tu . hamik kau . kene jugak makan ubat . . . hehe . by the way , cepat sembuh ea yayang . . miss u . sorry tak dapat nak jaga husband dari dekat . mampu dari jauh je . . . tapi husband cinta ni kuat . . kan ?
**menangis risau . . :'(
No comments:
Post a Comment