Saturday, January 15, 2011

MODUL

Dengan bangga nya, tadi aku bangun awal pagi semata-mata nak pergi MODUL, *aku sendiri tak tahu nama saintifik bagi perkataan Modul tu apa* :P yang bermula jam 8.00 pagi tepat! HOHO. memang korang semua patut buat sujud syukur lah, sebab aku yang teramat busy mase ari jumaat tu... sebab apa?? sebab ari jumaat tu, aku ada kelas, then aku kene amik cop untuk kad aktiviti aku... lepas tu, basuh baju yang tak sampai setengah baldi pun! APEKAH? sebab dalam baldi besar tu, ada softland ngan sabun basuh, so, aku ingat baldi tu dah penuh baju, rupenya, penuh sebab ada softland ngan sabun... ADUHAI... memang pandai lah aku ni... :P tapi, disebabkan dah niat, aku basuh jugak, baju yang just 4 helai tu... bagus nya saya... tolong sampaikan kepada sesiapa yang ada anak bujang, yang single mingle and ibu-ibu yang diluar sane yang teringin nak jadikan aku sebagai menantu tu, cakap kat dorang, "tak boleh lah, sebab fully booked by MOHD RADZI MASUHUDI " HEHE... *habis kembang semangkuk my inchik boyfriend...* :D        _iklan_     petang tu, tengok Movie Korea sampai aku ngantuk dan tertido... then, sebelah malam pulak, aku ada MALAM JALINAN BUDI... program yang wajib hadir oleh seluruh warga kolej kediaman... yang ni lagi satu hal... cakap mula pukul 8.00 malam, pukul 9.15 baru mula, pukul 12.00 tak habis lagi... bila habis tu,  aku terus prepare barang untuk MODUL, yang macam BIRO TATA NEGARA tue, aku call [My LaLiNk] sebab malam tue jugak adalah malam anniversary kitorang yang ke-8...:) kejap je kan dah nak setahun?? sukasuka... ( love u hubby ) :* so, kesimpulannya, aku tido pukul 3.00 pagi... :) terbaik kan?? HEHE...


ni lah rupa bentuk muka depan Modul aku... buruk eah??? ish!! tak baik cakap macam tu... *memang buruk pun, apesal tak colourfull? baru selera nak tengok...* 


then, this is one of the part of the activities in the modul... tolong lah cakap cantik... penat aku lukis... sepenuh hati, jiwa dan raga... bukan setakat raga, siap bakul sekali!!! :P



ni lah gambaran rupa aku, bila diterjemahkan dalam bentuk lukisan... sumpah lawak!!! HAHA. 

ada membe aku tegur,(member yang tak berapa nak member sangat sebenarnya, sebab tak penah kenal pun sebelum ni, and keje dia nak sakat aku jeppp!!). Dia cakap "kenapa comel sangat?" aku buat muka je.. agak-agak korang lah, tu puji ke perli???  
**JAWAB DALAM HATI JE TAU**




sila sebut kan perkataan-perkataan tersebut dalam emosi yang gembira,  kemudian sedih, menyindir, dan marah... 

HAHA. cuba lah! tak tergelak korang... actually, benda ni just untuk sampai kan mesej pada seseorang... contohnya, kalau kita sayang someone tu, takkan lah kita nak luah kan sayang yang kita rasa tu, dengan perasaan marah??? mungkin lah akan diluahkan dengan perasaan marah, tapi hanya dalam keadaan-keadaan tertentu je... memang tak mungkin lah, seseorang tu, nak menyatakan sayang yang dia rasa, dengan rasa marah yang amat! IMPOSSIBLE!!! dan, nak bagi tahu kat kita, kalau kita nak meluah kan perasaan tu, kita boleh luah kan dalam banyak cara, contohnya: kalau kita tengah marah, tak semestinya, kita just bole luahkan perasaan marah yang terbuku, terendam dan terpendam kat hari tu dengan penuh emosi... hahh!! tu lah yang aku belajar semalam...*terasa kemahiran insaniah aku memang meningkat naik*




seterusnya, bila kebosanan merajai hati... ke'mengantuk'kan tu dah bermaharaja lela, dan  kepenatan menyerang seluruh sistem saraf aku. ni lah yang terjadi... aku conteng kertas modul tu... siap ada nama aku ngan [My LaLiNk] lagi... HAHA :P by the way; terima kasih lah puan, sebab puan buat-buat tak nampak je apa yang saya buat... saya suka ngan puan... semester depan, sudi tak puan jadi fasi saya lagi??? **penuh berharap!!**

No comments:

Post a Comment