Seriously, dalam kesibukkan yang amat-amat sangat,secara tak langsung,kita akan teringat zaman masa kita kecik-kecik dulu... **aku tak tahu lah,kalau korang tak tapi aku ya.** since,bila kita kecik,kita sibuk sangat nak jadi orang besar.. Kan? Kan? Kan? Sekarang,kita dah jadi besar,dari pelbagai segi..termasuk lah,anggota tubuh badan,dan besar kepala.. :P sekarang ni pulak,kita dah besar,even tak adalah nak besar mana,tapi,dalam kesibukkan yang amat-amat sangat ni, bila terpandangkan budak-budak kecik,bermain sana sini,tak ada nak fikir apa... Jangan ingat dalam uitm segamat tak ada budak kecik eah??? Bukan lah budak genius, tapi, dalam uitm segamat tu, ada tadika kemas... Untuk anak-anak pensyarah and anak-anak staf... So, bila tengok diorang, teringin sangat nak kembali ke zaman kecik-kecik dulu... A.k.a. Zaman muda muda dulu.. Hehe. Tapi, apa nak buat, akal manusia terbatas, tak mampu nak hasilkan mesin masa...
Zaman aku masa kecik2 dulu, jangan cakap lah. Haha. Tahap kewarasan akal belum tinggi sangat lah katakan. Dah mumaiz tu, memang lah dah... Tapi, nakalnya, nauzubillah. Allah je yang tahu... ** nantikan entry tentang zaman kanak-kanak aku, masa akan datang**
So, sekarang, adalah kanak-kanak yang mengelilingi hidup aku... Since, ibu merupakan baby sitter, so aku mulakan dengan, budak yang ibu jaga tue eah??? **Macam tak ada kene-mengena je**
Luqman danish: sangat-sangat malas nak bercakap. Kalau dia nak sesuatu tu, contohnya, nak makan biskut. Dia akan pergi amik sendiri bekas biskut tu, dan datang pada ibu, lepas tu, dia akan amik tangan ibu, letakkan pada tin biskut tu. Pandai-pandai ibu lah nak faham bahasa isyarat dia tue. Hehe. Dah sebulan lebih aku tak jumpa dia, perkembangan terbaru, dah pandai curi ayam dalam saji. Haha. Luqman..luqman..
dak ni, memang kuat makan. tengok pipi dia, macam kueh boom!
Luqman irfan: ni, adaik kepada luqman danish. Kecik-kecik dah pandai kelentong orang. Entah sape yang ajar, aku pun tak tahu. Ada sekali, ibu kena jaga dia, sebab baby sitter dia demam sampai tak boleh bangun,ayah dia masuk dalam kete, lepas anta dia, dia dah start meraung spesies macam melalak tue, tapi tak keluar airmata...tapi memek muka tue memang ada style macam orang nangis. Bila abah dukung je, bawak naik motor, senyum sampai telinga. Nasib baik tak bercantum senyumnya... Dengan ibu, sikit punya baik, dah berdiri nak main bola pun, boleh duduk balik. Takut punya pasal. Agak orang nama luqman ni, memang berperangai unik. HOHO. No komen :P
jiji comottt!!!
tak tahu nak kata apa, bila dia sendiri yang sibuk nak pakai tudung.. :P
Muhd azizi:ni sepupu aku. Pangkat abang! Haha. Apa nak baut, kecik lagi kan. Panggil nama sudah. Jiji ni pulak, suka cakap tak berhenti. Mulut dia macam bertih jagung. Meletup-letup. Haha. Aku pernah tanya dia, "ji, ko ni banyak cakap lah, banyak makan tongkeng ayam eah??" dan dia jawab "a'ah" hahaha... Apa la jiji ni... Actually, dia pun tak tahu tongkeng ayam tu apa. Main bedal je. Asal nak pegi pasar malam, sibuk nak beli tongkeng ayam. Ish jiji, jiji.. Patutlah ko banyak cakap. Pulak tu, dia ni paling best lau nak dilayan. Memang tak nak mengalah punya lah. Nak menang je. **dia teringin sangat nak jadi abang luqman danish...:)**
see?? tengok muka pun dah tahu kan? betapa bahagia nya dorang menjalani hidup sebagai kanak-kanak...
**nantikan kemunculan entry zaman kanak-kanak aku**
No comments:
Post a Comment