Setiap yang datang, pasti akan pergi, setiap yang bermula, pasti akan berakhir...Bagaimana bentuk pengakhiran nya, kita yang mencoraknya, dan Allah yang menentukannya...siapa lah kita, untuk menghalang kekuasaan tuhan... Hanya makhluk kecil yang tiada apa-apa... Hidup mewah atas belas dan kasihan-Nya kepada kita...
Tiada siapa yang meminta perpisahan berlaku disaat, kebahagian yang dinantikan sedang dikecapi... Namun, ada yang berkata: " kalau nak berhenti pun, biar lah masa tengah sedap " maksudnya, kalau ada sesuatu yang akan berlaku, biarlah tatkala kebahagiaan itu sedang dikecapi, kerana setidaknya, tak terbit penyesalan dihati... Tapi, siapa lah kita bagi menghalang perasaan itu daripada hadir...
Ramai yang tahu, setiap cinta perlukan pengorbanan, dan kebanyakkan pengorbanan yang dilakukan adalah merupakan satu titik nokhtah dalam sesuatu perhubungan...
Keberanian bukan kerana tiada rasa takut pada diri sendiri. Tiada rasa takut hanya melambangkan kedangkalan akal. Keeranian ialah sanggup melangkah kehadapan, walaupun dalam ketakutan ataupun dalam kesakitan dan keperitan mahupun menuju kepada sesuatu yang kurang diketahui. Apabila dapat melakukannya, kita akan merasakan yang melawan ketakutan itu membuatkan kita lebih tabah dan berkeyakinan. Itu satu langkah menuju kematangan dalam perjalanan kehidupan.
----------------------------------------------------
Bagi dirinya, masalah yang dihadapi, tidak perlu dikongsi... Dan hanya dia yang perlu menanggungnya sendiri... Dalam pada dia cuba bertahan demi hubungannya, akhirnya dia perlu mengalah pada takdir... Dia, adam terpaksa mengakhiri hubungannya dengan gadis yang amat disayangi, Hawa. Satu keputusan yang perlu diambil disaat, hari bahagia mereka bakal menjelang... Tanpa menjelaskan sebab musabab, Adam meninggalkan Hawa dalam keadaan tertanya-tanya... Mungkin, didalam hati Adam, dia teramat mahu berkongsi keperitan yang dialami bersama Hawa... Namun apakan daya, kewarasan akal melarang dia melakukan itu... Kerana dia tahu, setinggi mana Hawa nya itu bertahan... Sungguh dia berani bersumpah, bahawa itulah satu-satunya insan yang dicintai... Takdir tuhan, mereka tak dapat bersama...
Tabahnya si Adam, tega dia melihat Hawa menangis demi satu jawapan... Namun, bagaimana cara nya Adam hendak memberitahu kepada cintanya itu, bahawa dia kini hanya membilang hari kematiannya... Maka, hanya satu pinta Adam, Hawa yang disayangi nya, akan tidak lagi menyayanginya, tidak lagi merindui nya... Agar akan ada satu hari nanti, dia lebih bersedia menerima kematian Adam, dan bisa menemukan cinta baru... Adam hanya mahu, Hawa mengingatinya sebagai kisah lalu yang tak perlu dan paling tak ingin diingati... Tapi, tahukah Adam, apa yang dilakukan adalah merupakan satu penyiksaan buat Hawa?? Nampaknya, Adam belum dapat memahami maksud cinta yang sebenar... Merelakan airmata gadisnya mengalir memikirkannya, andai saja Adam tahu, airmata yang mengalir, bukan airmata kebencian memikirkan jawapan perpisahan, tapi airmata yang mengalir tatkala mengenang kerinduan yang bertamu dihati...
Lelah dan resah bersarang ditangkai hati. Hanya kenangan menjadi pengubat kerinduan. Andai itu takdir-nya, Hawa terima Adam yang dia sayangi nya, kini tidak tertakdir untuk bersama nya. Kini telah membuang nya jauh dari hidup si Adam. Tanpa dia ketahui kedudukan sebenar, dia membuat kesimpulan. Dalam sendu, tetap mendoakan yang terbaik buat Adam nya. Satu-satu nya. Dikala itu, Adam sedang bertarung hebat dengan penyakit yang ditanggung. Rindu yang tak tertahan mendorong dia mengikuti Hawa nya dalam diam. Dengan hati-hati, dia menjaga Hawa nya dari jarak jauh.. Andai sahaja Hawa tahu, mereka berkongsi rasa yang sama, pasti indah rasa nya. Sebak mula bertalu dihati, ingin dikongsi rahsia nya yang satu itu, namun Adam tidak dapat meluah kan nya. Dia tak mahu ada sendu di wajah Hawa nya. Dia tak mahu, Hawa khuatir kan keadaan nya. Kalau lah Hawa tahu, dia lah cinta pertama dan terakhir Adam nya. Andai Hawa tahu, dia lah sebahagian tulang rusuk Adam yang dijadikan untuk Adam yang disayangi nya.
Namun, segala nya terjawab apabila Hawa menerima jawapan akan tamat nya perhubungan nya dengan si Adam. Baru dia tahu, Adam nya sedang menghitung hari kematian tatkala mereka sama-sama menghitung hari bahagia mereka yang kapan kan akan berlaku. Sayu hati Hawa melihat keperitan yang ditanggung Adam nya. Kalau dia boleh menanggung kesemua kesakitan yang Adam lalui, paling tidak separuh. Agar cinta hati nya bisa bangun, dan tersenyum melihat nya disisi. Agar mereka punya penamat yang indah walaupun hanya untuk seketika... Itu doa nya. Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga, dikala berkat doa yang tak pernah putus, Adam bangun dan tersenyum melihat Hawa nya disisi. Syukur pada Allah, Hawa sempat menjadi Hawa yang sebenar kepada Adam... Tapi sayang, tatkala bahagia mula dikecapi, tatkala itu jua ajal memisah kan antara jasad dan nyawa. Maka bercerai lah roh Adam dari jasad nya... Hawa redha, paling tidak... Dia punya penamat yang indah bersama Adam...Itu lah Adam nya, satu-satu nya..tiada pengganti hingga ke akhir nya, moga bertemu di alam lain.
ADAM, saat ku melihat bintang yang bersinar indah dikaki langit, dikala itulah air mata kasihku gugur. sayang yang tak terungkap, rindu yang tak pernah akan terungkai. segala kasih dan rasa cinta yang belum sempat ku curahkan padamu . Namun kau pergi jua akhirnya. kau pergi, meninggal kan pesan dan secalit memori yang begitu indah untuk ku kenang sendirian, tanpamu. buat santapan rinduku. jujur hati ini merindui mu, kerana takdir kita bertemu. kerana takdir juga kita berpisah. moga kau kekal dialam sana. bagiku, tiada pernah akan ada yang boleh menggantikan tempatmu. setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. setiap kegembiraan akan ada tangisan. dan setiap yang hidup pasti akan mati. semoga roh mu di cucuri rahmat.
THE END~
Segala peristiwa bermula dari pandangan mata. Jilatan api bermula daripada setitik bara. Berapa banyakkan pandangan yang membelahi hati, laksana anak panah yang meleset daripada tali? Selagi manusia masih memiliki mata untuk memandang, dia tidak lepas daripada bahaya yang mengadang. Senang dipermulaan, ada bahaya dikemudian hari. Tiada ucapan selamat datang, dan ada bahaya saat ia kembali.
Nukilan : nia_farhana
Cinta selalu ingat kata-kata husband, husband masih ada untuk buat cinta tersenyum, husband masih ada untuk bahagia kan cinta, and kalau husband tak tunai kan janji husband ni, cinta boleh tuntut kat alam lain. Cinta tak nak kita sia-sia kan setiap saat yang kita ada dengan perbalahan dan masalah. Memang hidup ini umpama roda, kita tak pernah terlepas dari menerima dugaan, cuma kita perlu bijak tangani semua tu. Setiap saat yang kita punya, amat berharga. Walau pun kita berjauhan, itu bukan alasan nya kan? Sebab husband selalu ada dengan cinta, selalu ada untuk cinta... Kan?? Kan?? kita namo gadoh-gadoh eah? merajuk tak pe, tapi yang manja-manja je la. yang tak manja cinta awt tak tahu je. ahaks! Cinta selalu terfikir nak berada dan berkongsi udara yang sama kalau cinta rindu husband. Terima kasih sebab sudi berkongsi rasa yang sama dengan cinta. Love u so much!!
By the way, thanx to nadia.. Sebab promote kak ain ngan abang ajid kat blog nadia. Lepas ni boleh lah sandang title couple of the year 7 tahun berturut-turut sampai kitorang kahwin.. Hehe. Thanx a lot dear, akak doa kan, nadia jugak akan dapat imbuhan yang sama dengan ayie. ;)
Semoga semua usaha dan pengorbanan ini membuahkan hasil yang baik... Semoga tuhan menerima doa kita, dan menyatukan dua hati yang saling sayang. Semoga saya, adalah Hawa buat mohd radzi. Amin~
H.O.L.L.A.N.D.
Hope Our Love Last And Never Die
sayang awak ketat-ketat, erat-erat, padat-padat, mampat-mampat, sendat melekat! AHAKS!!
**actually aku sendiri tak tahu kenapa letak gambar orang sarung cincin ni... HAHA. hantam saja lah labu. :P
^^sedikit bingkisan cerita: malam tadi aku ngan [My LaLiNk] mase [My LaLiNk] call sebelum tidur. [My LaLiNk] cakap busyuk sayang gemuk, and aku jawab, gemuk pun shayang busyuk sangat sangat, busyuk pun sayang gemuk, sangat sangat sangat.... aku yang tak nak kalah ni, jawak sayang ketat ketat, and [My LaLiNk] pun layan je kepala tak centre wife dia ni. dia kata, um..sayang awak erat-erat...aku balas balik, sayang awak padat-padat, and he said sayang awak rapat-rapat. bila aku kata sayang awak sendat-sendat, dia jawab sayang awak mampat-mampat. hehe. then aku blur..dah abis dah perkataan tu, sampai sanggup tak nak kalah aku cakap sayang awak lekat-lekat. HAHA. teruk betul perangai tamak haloba nak menang tu. and my hunney bunney pun mengalah kasi aku menang, even dia yang patut menang sebenarnya, hehe. dia dah biasa kalah, tak teringin pun nak menang kalau fight ngan aku... haha.
i'm always remember this sweetie,best nya tengok orang dapat dating, kan best kalau kita dapat dating jugak. biar pun dating tepi longkang, janji dapat dating. that told me, how much u miss me. SUKASUKA. hehe love u more :)
No comments:
Post a Comment