Sunday, September 25, 2011

cinta jejari

rupa nya lah ade sebab kenapa cincin ni, di sarungkan di jari manis . . ingat sebab orang dulu-dulu buat macam tu. jadi kita yang muda ni pun ikut je lah kan ? adat resam meyh . jangan memain . karang tak masal kuar peribahasa "biar mati anak, jangan mati adat" . selama ni aku sarung cincin kat ibu jari, rileks je ibu abah aku. ok! joke . 


aku pun dah cuba ujian ni. ternyata aku lulus ! terbukti meyh jari manis memang tak bole nak gerak bila buat macam ni. meh lah terai sekali. ;)



 satukan kedua-dua belah tangan anda dan bengkokkan jari tengah ke dalam. Kemudian, empat jari yang lain dipertemukan di hujungnya. *jadi guru bahasa melayu sekejap*


 Ibu Jari
Cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua anda. Kelak suatu hari nanti, pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan anda buat selama-lamanya. Tutup kembali ibu jari.




 Jari Telunjuk
Buka pula jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili adik-beradik. Mereka juga bakal meninggalkan keluarga dan mengorak hala tuju masing-masing apabila tiba masanya. Tutup kembali jari telunjuk.




Jari Kelingking
Cuba pula buka jari kelingking yang paling kecil, ianya mewakili anak-anak anda. Lambat-laun, apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri, mereka juga akan meninggalkan anda. Tutup kembali jari kelingking.




 Jari Manis
Dan sekarang, cuba buka jari manis, yang mana anda menyarungkan cincin perkahwinan padanya. Hairan kan mengapa anda tidak dapat membuka jari manis. Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri anda. Tiada yang dapat memisahkan anda dan pasangan anda, kerana anda berdua telah ditakdirkan untuk bersama sehidup semati. Jadi, hargai lah pasangan anda. 




*motif letak gambar ni ?*
sebab nak cantikkan side bar recent post aku jeww. BHAHAHA. 







No comments:

Post a Comment