Thursday, November 3, 2011

tilik diri sendiri baru bole kata orang lain

betul lah kata orang tua-tua, kita hanya , merancang and tuhan yang menentukan. siapa lah kita nak menentukan hidup and hati seseorang tu kan ? by the way , tak tahu lah kenapa. sejak dua menjak ni nak bercerita tentang hati . hati-hati , hati ayam what ever lah. janji hati . cuma yang penting nya kisah 'lovey-dovey' lah . HEHE . *tak habis-habis dengan 'lovey-dovey' dia tu .


perlu ke cerita 'dalam selimut' diwartakan kepada orang?


isu sentitif. kan ? 'dalam selimut' itu sendiri membawa maksud hal peribadi. isu yang melibatkan hati dan perasaan, dua hati, banyak pihak and so on.


Terdapat golongan yang terbiasa menceritakan akan hal-hal yang berlaku dalam hidupnya samada baik atau buruk kepada orang lain. begitu juga sebalik nya. mungkin bagi sesetengah pihak tersebut, meluahkan adalah lebih baik dari memendam. kita ambil , bergaduh dengan inchik boyfrend atau cik awek sebagai contoh. sebab ini merupakan perkara yang common kan ? so, if kita cerita masalah kita gaduh dengan cik awek/inchik boyfrend kita pada kawan kita, of course mereka akan tanya dengan lebih lanjut. dekat sini, satu perkara yang kita kene ingat, pemahaman dan pemikiran manusia tu sendiri adalah berbeza. bila kita cerita itu ini, mungkin ade pihak yang faham ini itu.


ego manusia


for me, setiap manusia tu berbeza kan? there will be, some one yang selalu mengalah dengan cik awek nya. bersikap lebih suka memendam rasa, dari meluahkan. bersikap lebih memaafkan, dan berdiam atas sesuatu yang membuatkan hati nya terluka. dia akan lebih dahulu tampil memohon maaf, memujuk juga merendah diri kepada cik awek nya. kerana apa? kerana kasih nya. kerana dia tak mahu ade mendung diwajah kekasih nya. kerana dia tak mahu hal sekecil itu menjadi besar bila dia melayan rajuk dan amarah nya. emosi bukan? dimana letak nya ego dia sebagai lelaki untuk mendidik wanita yang dia sayang, yang bakal menjadi  anak kepada kedua ibu bapa nya, isteri kepadanya, dan ibu kepada anak-anak nya. malah, wanita itu jugak yang diharap kan menjadi bidadari untuk nya di syurga. salah ke kalau sebagai lelaki, menegur kesalahan seseorang tu?


sikap pentingkan diri sendiri


pernah tak terfikir , sikap pentingkan diri sendiri ni bole makan diri ? lebih - lebih lagi pasangan kita pun macam tu . kemon lah ! update sikit otak tu . . jangan kau fikir orang tu sayang kau , dia akan bagi je ape yang kau nak walaupun kau pijak kepala dia . secara tak langsung , dia jugak akan jadi seorang yang tak mudah terima kritikan juga menerima pandangan orang lain . betul tak ? betul kan ? kan ? kan ? ^__________^


secara tak langsung , sikit pun orang ni tak nak mengalah even dia yang salah . dia lah punca pasangan dia tertekan , punca pasangan dia naik angin satu badan , berasap - asap kepala , lepas buat tak tahu je dengan harapan bf/gf dia tu akan datang cari dia balik lepas dah surut marah nanti . wahhhh !lemak betol orang macam ni . sementara bf/gf dia merajuk tu, duk kata rindu , nangis lah . begitu dan begini . adoiyai !




moral of the story, cermin diri kita, sebelum tunding jari pada orang lain . bubye ! !

No comments:

Post a Comment