Sunday, July 29, 2012

tukang masak import



entry ni sepatutnya di update on 19 June hari tue . haha . lebih sebulan kan ? dah taip pulakkkk . post aje lah . 

selamat sudah menghangit kan dapur 'mother in-law' to be hari ni .. maka dengan ini juga , dengan rasa rendah diri yang dah sedia pendek ni begitu insaf kerana tak terror masak .. bak kata orang , untung sabut , timbul , untung batu tenggelam . *ayat suka ria* 

ingat lagi dialog pagi ahad antara aku dengan abah :

abah : ain nak masak ape pagi ni ? ade kerang rebus tu , kopek lah . nanti abah beli bahan buat mee "

aku : errr... bole je . nanti ain buat . heeee 

dan dengan bangga nya pagi tu semua orang sarapan mee goreng pedas yang amat . T_____________T
kata husband , " okay lah tu , jadi mee goreng jugak . cuma pedas je " okayyyy . teros cool je . tak lame abah datang dapur sebab nak cakap family mak itam , uteh dengan ucu nak datang tengah hari nanti . ain masak lah ape yang patut ye .. 

wooo-wooo . ini kes serius . aku yang duk dekat rumah bole kira dengan jari apatah lagi nak pegang senduk dengan kuali yang pasti jarang-jarang atau pun kadang kadang pegang natang tu semua di suruh masak ? huuuu . tolong masak bole lah , ini semua aku yang pergi beli , aku sedia kan bahan , aku yang masak , aku yang hidang .. fuuhhhh ! goyang lutut wa beb ! wa pandang husband wa kecik besar kecik besar je mengharapkan pengertian dia . kot-kot lah dia ajak beli lauk kat kedai je kan . tapi hampehhh . siap dia order asam pedas ayam lagi . HAHA . ganas ta ganas lah kan . lagi lah anak mata aku bagai nak keluar dari kelopak tanpa dipaksa . bukan dia ta tahu , saat paling mengerikan buat aku bila dekat rumah dia tu adalah bila aku yang tak berapa reti nak masak ni , disuruh masak . 

seperti biasa , aku yang susah hati bagai nak gila berbanding husband aku yang excited nak bagi semua orang makan masakan aku nanti .. HUHU . balik je dari beli barang , aku dah nak nampak family mak itam dah duduk melepak dekat depan rumah . mula lah aku dengan scene "ala-ala tade hidung" ohh ! itu perkara biase bila kita awal-awal nak kenal orang . heee . 
menu makan tengahhari :
nasi putih 
sambal tumis kerang hitam
sayur chapchai a.k.a sayur ajid
ayam goreng 
sambal belacan 
ulam-ulam

maka bermula lah aksi silat menyilat dekat dapur tu . diteman kan bibik-bibik import . pertama nya , izan , kepunyaan adik . dengan husband sendiri . kalau bole roboh bumbung dapur rumah tu , dah lame roboh . gamat dengan suara husband puji diri sendiri sebab dia tolong basuh ayam sebab aku tak cukup tangan , terlebih kaki . heee . sampai part masak sayur , berebut nak pegang sudip dengan husband lagi . sampai nama sayur tu jadi nama "sayur ajid" hoho . bagus lah tu .. suami mithali . 

bila dah siap masak , sampai lah family ucu dengan uteh . first time jumpa mereka-mereka semua . hee . serupa macam tadi , bagai tade idung bila cakap dengan diorang . tak lame lepas tu , semua pergi hospital sebab tak nak terlepas waktu melawat . sebelum husband pergi hospital tengok mak , sempat dia order sambal tumis kerang . 

awal masak sambal tumis kerang tu nampak nya berjaya , tapi bila dah tiba part masuk kan kerang tu , semua nya jadi hitam . maka timbul lah rase nak lempar kebelakang rumah sambal tumis tersebut . tapi tak buang pun , di buat nya husband cari nanti , dah satu keje nak masak lagi . kan ? so , sorok je dalam kuali . balik-balik dari hospital je , husband nak makan . dia cari sambal tumis tu , aku tunjuk yang dalam kuali . dia tanya kenapa jadi macam ni . aku kata tatau , jom buang kat belakang rumah . teross kene jelingan maut . husband makan sambal tumis tu selamba je , termasuk lah semua orang kecuali aku . aku pulak yang berkerut satu muka bila tengok orang makan . haha . 

jadi tukang masak import pulak bila mak masuk hospital . heee . rajin-rajin lah belajar masak lepas ni .. :)

No comments:

Post a Comment