Okeyh . Anak-anak murid cikgu selina gojes sekalian , cikgu nak bagi tazkirah siket tentang ibu bapa hari ni . Maka , dengan itu , sila pasang kan telinga anda dengan betul coordinat nya . Jangan sampai ta sama tinggi rendah dengan telinga lagi satu udah lewww .
sebelum tu , moh lah kite nyanyi same2 ..
ayah dan ibu ...
ayah dan ibu ...
itulah permulaan kami ...
ok stop ! sebab i sendiri tak hafal lagu ni .. kalau tanya kalau tanya lagu lain tu , mungkin lah boleh jawab kot . HOHO .
Manusia , sering kali mendabik dada . Kekadang alpa dengan ada nya kuasa yang lebih kuat dari kuasa nya . Lupa bahawa nikmat yang ada pada nya , bole hilang pada bila-bila masa . Dan selalu nya , manusia hanya akan menghargai bila dia telah kehilangan . Sebab , masa tu dia akan terasa kehilangan dan terasa betapa penting nya orang itu , benda itu untuk nya . Tapi , apa je yang kita bole buat kalau kita dah betul-betul kehilangan ? Terutamanya orang yang kita sayang ? Selama dia ada , kita tak begitu menghargai dia sebagai mana kita hargai dia selepas kita kehilangan nya .
Pada pendapat chekgu selina gojes lah kan , kasih nya ibu , membawa ke syurga , kasih nya ayah membawa bahagia . Cuma kadang kala kasih nya anak pada ibu bapa tak sampai hujung nya . Kerana apa ? Bagi ibu bapa yang normal , kasih dan sayang mereka takkan putus walaupun anak nya telah melakukan kesalahan . Mereka sentiasa akan memberi kemaafan , ruangan dan peluang untuk anak nya berubah . Satu peluang yang tiada diberi oleh orang lain . Mungkin ada , tapi tidak sama . anak anak , jiwa nya tak sebesar ibu dan ayah , kasihnya kadang kadang tak sampai kemakam ayah dan ibu . namun , seorang ibu dan ayah , mampu menahan perit jerih membesarkan anak anak . bukan setahun dua , malah majoriti nyawa dan usia nya . mereka mampu membelai , mudah memaafkan kita , kerana kasih dan sayang mereka dengan cinta tanpa syarat .
KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA , bagi anak perempuan , syurga nya terletak di bawah tapak kaki suami nya sebaik sahaja selamat diijab kabul kan . Hendak lah dia mengikut perintah suami nya selagi mengikut batas syarat dan shariat Islam . Bagi anak lelaki pula , syurga nya , takkan pernah berubah ke telapak kaki isteri nya . Malah , hanya akan kekal di bawah telapak kaki ibu nya sehingga lah ke akhir hayat nya . Jadi kenapa perlu membelakang kan ibu bapa lalu mengutamakan orang lain ?
Bukan nya aku nak mendabik dada dengan kata aku ni anak yang baik , karang ta masal aku gebang sampai berbelas-belas entry cuma nak cerita pasal aku ni anak yang baik . HAHA . tapi , setakat ni , Alhamdulillah , ta pernah lagi nak membelakangkan ibu bapa sendiri . Mana tak nya , hari-hari telefon ibu , sejak masuk universiti even umur dah 20 tahun! Bukan tu je, asal hujung minggu mesti lesap sebab balik rumah . See ? Dah gebang dah , wahaha . Abaikan =______________="
Okeyh okeyhhh , move forward . Kalau kita dalam kesusahan selalu nya mesti terdetik kat hati ibu , even kita ta bagi tau . Kan ? Bukan tu je , kalau kita tipu dia pun dia tahu even kita sebole-bole nya cover baik punya . Kan ? Sebab apa dia bole rasa kita dalam kesusahan ? Sebab apa dia bole tahu kita tipu dia ? Sebab dia ibu kita , satu-satu nya orang yang faham kita lebih dari orang lain . Then , kenapa ada orang kata , boyfrend dia or girlfriend dia lah orang yang paling faham dia dekat dalam dunia ni ? Menipu lettteeewww ! Orang yang ta melahirkan kita lagi faham kita dari ibu kita sendiri ? Pelikkk .
Sesetengah anak , mase dia senang sihat wal'afiat , lupa mak bapak . Bila dah sakit , tinggal tunggu mase je nak meninggal , baru lah balik jumpa mak bapak . Bukan cuma nak minta maaf , siap wasiat kan jaga anak-anak bila dah tade nanti . Wah ! HEBAKKK . Mase senang lenang terlentang , ta ingat pun semua tu , bila dah jatuh gedebak gedebuk , orang tua tu jugak yang kau cari , sebab dia orang je orang yang sanggup terima kau . OPSSS ! Emosi terlebih .
# kesan dari terlebih tengok drama + senetron + akasia , azalea , cerekarama dan sebagainya . =___="
Kalau dalam pantang , mak jugak lah yang jaga . Siap dengan cucu sekali mak jaga . Mak ta pernah mengeluh . Betul jugak lah dengan pepatah , seorang ibu bole jaga 10 orang anak , tapi 10 orang anak belum tentu bole jaga seorang ibu .
Sesetengah orang sanggup menderhaka kepada ibu bapa hanya kerana cinta nya terhadap manusia . tega kah kita sebagai anak , nak menderhaka kepada ibu kita , ayah kita demi cinta kita kepada orang yang kita akan hidup bersama kelak (itu pun dengan izin allah , dengan restu ibu bapa ) ibu bapa menegur bukan kerana mereka melarang . mereka menegur bila mereka melihat si anak perlu diperbetulkan . salah ke ?bercinta tak salah . tapi bila kita sanggup menderhaka kepada ibu bapa kita , kerana cinta kita pada orang lain , itu adalah SALAH .kerana apa ? kerana ia mngundang tangis dihati ibu dan ayah . nabi muhammad mengangkat darjat seorang ibu , sehingga
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]
Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab: “Ya.”
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]
Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya.[3] Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
Terdapat beberapa sebab mengapa ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah:
Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…” [al-Ahqaf 46:15]
Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…”Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: “…dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.” Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa:
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]
Berkenaan kesusahan yang amat berat saat hendak melahirkan, Abi Burdah radhiallahu 'anh pernah melihat Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma dan seorang lelaki dari Yaman sedang tawaf di sekeliling Ka’bah. Lelaki tersebut sedang mendukung ibunya lalu mengeluh: “Saya baginya bagaikan tunggangan yang hina.”
Lalu dia bertanya: “Wahai Ibn ‘Umar! Apakah sudah aku balas budinya?”
Ibn ‘Umar menjawab: “Tidak! Walaupun setarik nafasnya (yakni ketika ibunya sedang melahirkannya).”[4]
4. Setelah melahirkan, ibu benar-benar memberi perhatian kepada anaknya. Seandainya anaknya tidak sihat atau hilang sekejap daripada perhatiannya, nescaya dia menjadi bimbang. Apatah lagi jika anaknya dijauhkan daripadanya, seorang ibu akan teramat berdukacita sehingga hatinya menjadi kosong, sehinggalah anaknya dikembalikan kepadanya.
Kenalilah perhatian seorang ibu terhadap anaknya berdasarkan kisah berikut daripada al-Qur’an, ketika Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintah ibu Musa untuk menghanyutkan anaknya (Musa) agar dia (Musa) tidak ditangkap dan dibunuh oleh Fir’aun:
Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: “Susukanlah dia; dalam pada itu jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada Rasul-rasul Kami.
Setelah itu dia (Musa) dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.
Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Fir’aun:
“(Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya;
mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak.”
Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).
Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).
Dan berkatalah dia kepada kakak Musa:
“Pergilah cari khabar beritanya.” (Maka pergilah dia) lalu dilihatnya dari jauh
sedang orang ramai tidak menyedarinya.
Dan Kami jadikan dia (Musa) dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata (kepada isteri Fir’aun):
“Mahukah aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”
Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu). [Maksud surah al-Qasas 28:7-13]
5. Sekalipun dengan segala pengorbanan ibu daripada saat mengandung hinggalah kepada membesarkan, seorang anak lazimnya akan lebih cenderung untuk meremehkan ibunya berbanding ayahnya. Faktor penyebab adalah sama ketika menjelaskan bab sebelum ini berkenaan mengapa ibu dikhususkan daripada ayah dalam larangan menderhaka. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian anak-anak tidak menghormati ibu mereka dan justeru melecehkan tuntutan berbuat baik kepadanya.
Lima sebab di atas, paling kurang, menjelaskan mengapa Allah dan Rasul-Nya mengkhususkan seorang ibu di atas seorang ayah. Malah hadis yang asal dalam perbincangan ini memberi hak tiga kali ganda lebih besar kepada seorang ibu berbanding seorang ayah. Oleh itu dalam rangka berbuat baik kepada ibubapa, hendaklah kita memberi perhatian dan keutamaan kepada ibu.
Mengambil iktibar daripada kisah para sahabat Rasulullah, seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, “Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?”
Ibn ‘Abbas bertanya: “Apakah ibu kamu masih hidup?”
Dia menjawab: “Tidak.”
Ibn ‘Abbas berkata: “Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.”
Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?”
Ibn ‘Abbas menjawab: “Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala melainkan berbakti kepada ibu.”[5]
So , starting from now , fikir kan lah , dalam sebulan , berapa kali telefon mak ayah tanya khabar , setiap apa jua yang si ibu dan ayah lakukan , tak pernah lekang ingatan nya terhadap anak - anak . Walau sebesar mana pun kesalahan si anak , pasti akan ada kemaafan dan peluang buat si anak . Allah mengangkat darjat seorang ibu , maka berdosa besar sekira nya kita sebagai anak yang merendahkan tanggungjawab nya sebagai ibu . Berpaling dada pada nya , menyakiti hati nya , menerbitkan tangis di wajah nya .
kasih ibu membawa kesyurga . kasih ayah membawa bahagia . pengorbanan nya tak terhingga . buka semua dapat merasai kasih sayang ibu bapa . ada orang yang dah kehilangan ibu bapa sejak kecik . ade yang ibu bapa masih hidup , tapi ta peduli kan mereka . zaman dah moden , teknologi dah maju . alang kan seorang ibu yang mengandungkan anak luar nikah pun bole buang bayi , apatah lagi anak buang ibu ? kan....
bukkk ! setepek kene kat batang hidung kan ? PADAN !
jangan sampai jadi macam ni dah la .. bila umur dah 70 tahun tu , dah padat jugak lah tanah kubur ibu bapa kita . bukan mendoakan dorang cepat mati , tidak lah begitu . dengan penyakit moden sekarang , nothing impossible okayyy . orang dulu kala , mungkin ada yang umur nya sampai ke 100 tahun , tapi sekarang mungkin possibility tu tak besar sangat .
sayang lah orang yang sememangnya sayang awak , sejak tahu wujud nya awak dalam rahim nya sampai lah ke akhir hayat nya . dia lah orang yang menyayangi awak , walau sebesar mana pun awak menyakiti nya . orang yang sanggup berkorban apa jua termasuk nyawa dan hati nya . nyawa nya untuk menyelamat kan awak . hati nya untuk dilukakan awak . kerana dia percaya , pada akhir nya , awak aka sedar betapa dia teramat-amat menyayangi awak .
No comments:
Post a Comment