Friday, May 25, 2012

something what we called FRIEND


:: Bila perbuatan sahabatmu melukakanmu, hapuskan luka itu dengan

 zikrullah. Jangan kita kembali mencari kesalahan mereka, kerana

 jika itu yang kita lakukan, tiada bezanya kita dengan mereka. 

Biar

 tali ukhuwah yang hampir terputus itu kita yang sambungkan.

 Biarlah mereka seakan-akan cuba meleraikannya dengan prasangka

 yang wujud dalam hati mereka. Anggaplah prasangka mereka sebagai

 satu peringatan buat kita. Kita tak ada hak untuk marah pada

 mereka. Orang yang bertaqwa ialah orang yang menahan amarahnya

 dan memaafkan orang lain. Bila hilang kedua sifat itu dari diri

 kita, ke mana hilangnya taqwa kita? Hidup ini biar positif.

 Memang, luka itu mula-mulanya pedih..sehingga air mata pun boleh

 mengalir. Tapi biarkan masa yang menyembuhkannya. Parutnya boleh

 hilang jika kita pinta penawarnya daripada Allah :) ::

No comments:

Post a Comment