Sunday, November 6, 2011

untuk awak


Ketika awak menyakiti saya macam mana sekalipun , saya membuka lebar - lebar pintu maaf untuk awak . . Ketika awak memerlukan doa seseorang untuk kebahagiaan awak , saya yang setia di hati dan mengingatkan awak pada setiap bisikan doa saya . . Dan saya sentiasa tersenyum untuk kebahagiaan awak . . Awak tanya pada saya , "kenapa awak terlalu baik pada saya " jawab saya , " ALLAH , DIA telah temukan saya dengan awak . Ciptakan saya dan awak , untuk saling bergantungan dan saling memerlukan . Saling berkasih sayang . Dan saya tetap sayang awak walau apa pun yang terjadi . " awak berbalas senyum dengan saya . 




Saya tahu , satu hari nanti akan tiba saat nya , jasad kita akan lebih jauh daripada sekarang . Dan saya tahu , saat itu saya akan lebih rindu kan awak daripada sekarang . Kalau lah saya boleh putarkan masa , saya tak nak awak sayangkan saya . Sebab saya tak nak tengok awak sedih terkenangkan kita yang jauh setiap kali saya kata rindu . Sebab saya tak nak awak serba salah bila setiap kali saya perlukan awak , awak tak boleh ada dekat dengan saya , ada untuk saya . Sebab saya tak nak , hati awak turut menangis bila awak dengar titisan sendu saya , sebab saya . . . SAYANG kan awak ~ 




Kita memang selalu jauh , tapi awak tetap dekat dengan saya , sebab awak ada dalam hati saya , tak kira lah kat mana pun awak ada . .






loves , 
c.i.n.t.a.

ya tuhan ku

Ya ALLAH Ya TUHAN KU , sesungguh nya aku percaya , dugaan yang kau beri ini bersebab . . aku redha ya allah . . aku pasrah . .semoga KAU berikan aku kekuatan yang lebih untuk dugaan kali ini . . 

kau tabah kan lah hati ku , 
berikan lah rahmat mu buat ku ,
sinari lah hati ku dengan cahaya dan hidayah mu . . .

smoga sakit yang kau berikan ini , 
akan ada kebahagiaan yang berlipat ganda .

amin . ya rabbal alamin .

p/s : kenyataan hidup ni memang pahit kan ? tapi kene jugak kita terima dengan redha . .



Friday, November 4, 2011

kamu yang aku cinta

Pertamanya,

“Aku cinta kamu’
Biar kata – kata itu mendahului

Biar kamu tahu

Betapa aku menyayangimu
Di seluruh ruang hati
Kamu saja yang menghadiri

Kadangkala hatiku sakit

Bukan kerna kamu yang mencalarnya
Bukan kerna kamu tiada di hati
Kerna aku ingin kamu ubati

Adakalanya kamu tidak peduli

Kamu langsung tidak mengerti
Betapa pedihnya hati ini
Namun aku mahu memahami

Kamu selalu menjadi marah

Hingga hati aku menjadi susah
Namun, kamu lagi resah
Biarlah aku yang beralah

Kamu yang aku cintai

Hatimu tidak akan aku lukai
Biar kamu marah, sedih dan menangis
Sayangku tak mungkin akan habis

Aku akhirikan,

Sebuah ungkapan,
“Aku cinta kamu”

Thursday, November 3, 2011

tilik diri sendiri baru bole kata orang lain

betul lah kata orang tua-tua, kita hanya , merancang and tuhan yang menentukan. siapa lah kita nak menentukan hidup and hati seseorang tu kan ? by the way , tak tahu lah kenapa. sejak dua menjak ni nak bercerita tentang hati . hati-hati , hati ayam what ever lah. janji hati . cuma yang penting nya kisah 'lovey-dovey' lah . HEHE . *tak habis-habis dengan 'lovey-dovey' dia tu .


perlu ke cerita 'dalam selimut' diwartakan kepada orang?


isu sentitif. kan ? 'dalam selimut' itu sendiri membawa maksud hal peribadi. isu yang melibatkan hati dan perasaan, dua hati, banyak pihak and so on.


Terdapat golongan yang terbiasa menceritakan akan hal-hal yang berlaku dalam hidupnya samada baik atau buruk kepada orang lain. begitu juga sebalik nya. mungkin bagi sesetengah pihak tersebut, meluahkan adalah lebih baik dari memendam. kita ambil , bergaduh dengan inchik boyfrend atau cik awek sebagai contoh. sebab ini merupakan perkara yang common kan ? so, if kita cerita masalah kita gaduh dengan cik awek/inchik boyfrend kita pada kawan kita, of course mereka akan tanya dengan lebih lanjut. dekat sini, satu perkara yang kita kene ingat, pemahaman dan pemikiran manusia tu sendiri adalah berbeza. bila kita cerita itu ini, mungkin ade pihak yang faham ini itu.


ego manusia


for me, setiap manusia tu berbeza kan? there will be, some one yang selalu mengalah dengan cik awek nya. bersikap lebih suka memendam rasa, dari meluahkan. bersikap lebih memaafkan, dan berdiam atas sesuatu yang membuatkan hati nya terluka. dia akan lebih dahulu tampil memohon maaf, memujuk juga merendah diri kepada cik awek nya. kerana apa? kerana kasih nya. kerana dia tak mahu ade mendung diwajah kekasih nya. kerana dia tak mahu hal sekecil itu menjadi besar bila dia melayan rajuk dan amarah nya. emosi bukan? dimana letak nya ego dia sebagai lelaki untuk mendidik wanita yang dia sayang, yang bakal menjadi  anak kepada kedua ibu bapa nya, isteri kepadanya, dan ibu kepada anak-anak nya. malah, wanita itu jugak yang diharap kan menjadi bidadari untuk nya di syurga. salah ke kalau sebagai lelaki, menegur kesalahan seseorang tu?


sikap pentingkan diri sendiri


pernah tak terfikir , sikap pentingkan diri sendiri ni bole makan diri ? lebih - lebih lagi pasangan kita pun macam tu . kemon lah ! update sikit otak tu . . jangan kau fikir orang tu sayang kau , dia akan bagi je ape yang kau nak walaupun kau pijak kepala dia . secara tak langsung , dia jugak akan jadi seorang yang tak mudah terima kritikan juga menerima pandangan orang lain . betul tak ? betul kan ? kan ? kan ? ^__________^


secara tak langsung , sikit pun orang ni tak nak mengalah even dia yang salah . dia lah punca pasangan dia tertekan , punca pasangan dia naik angin satu badan , berasap - asap kepala , lepas buat tak tahu je dengan harapan bf/gf dia tu akan datang cari dia balik lepas dah surut marah nanti . wahhhh !lemak betol orang macam ni . sementara bf/gf dia merajuk tu, duk kata rindu , nangis lah . begitu dan begini . adoiyai !




moral of the story, cermin diri kita, sebelum tunding jari pada orang lain . bubye ! !

Tuesday, November 1, 2011

beza lelaki hansome and tak hansome =__='

Hai . Assalamualaikum . . ^____________^' hukhuk . .


*sambil kesat peluh, berusaha sedaya upaya membetulkan nafas . in . . . out . . . in . . . out . . .



okayyyy . . cukup cukup . . entry kali ni bukan lah pasal kesihatan ye tuan - tuan dan puan - puan sekalian . haish . mentang mentang lah tengah kesat peluh , tarik nafas pepanjang ni kannn dikata topik kali ni pasal kesihatan pulak . nehi nehi . tidak tidak . tidak sama sekali . berpeluh bagai ni pasal baru lepas curi entry dari aliffcullen then larikkkkkk selaju mungkin . hak hak . jahat ! scroll ke bawah untuk lihat hasil rompakan okayyyy . .


I
I
I
I
I
I
I
I


__________________________________________________



Kalau lelaki HANDSOME pendiam, perempuan akan cakap: "woow, cool giler..."
Kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: "Eh, perasan bagus..."



Kalau lelaki HANDSOME berbuat jahat, perempuan akan kata: "nobody's perfect"
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat, perempuan akan cakap: "Memang.... muka pun macam pecah rumah!"


Kalau lelaki HANDSOME menolong perempuan yg diganggu, perempuan akan cakap: "Wah.. machonya.. macam hero filem!"
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu, perempuan akan kata: "entah2 kawan dia..."


Kalau lelaki HANDSOME dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: "Sepadan sangat..."
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: "Mesti kena bomoh perempuan tuh!"


Kalau lelaki HANDSOME ditinggal kekasih, perempuan akan kata: "Jangan sedih, kan saya ada.."
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih, perempuan akan kata: "...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)..."


Kalau lelaki HANDSOME penyayang binatang, perempuan akan cakap: "Perasaannya halus...penuh kasih sayang"
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang, perempuan akan cakap: "Sesama keluarga memang harus menyayangi..."


Kalau lelaki HANDSOME bawa BMW, perempuan akan cakap: "Matching... hebat luar dalam"
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW, perempuan akan cakap: "Bang, bosnya mana?..."


Kalau lelaki HANDSOME menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan cakap:"Ini barulah lelaki gentlemen"
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan cakap: "Naluri pembantu, memang begitu...."


Kalau lelaki HANDSOME hantar komen dlm myspace..cepat2 dibalas..
kalau lelaki tak handsome dia akan ckp "buang masa je layan."


haha . wa bace natang ni , wa nak gelak guling - guling je rase . okay ! over . tade lah , benda ni dah tak berapa sinonim sangat lah sekarang ni . wa dah jarang dengar dah .. sebab ade sesetengah orang pilih muka yang tak hansome , tapi hati baik and kaya . . kaya tu penting lah bagi dorang tu . muka tape , tak penting . bukan bole kenyang pun setakat muka hansome keje duk kepah duit mak bapak je kan ? kalau nia pulak , errr . . . nia pilih inchik boyfrend nia lah . tip top ! full package . 


punya kerjaya tetap . punya kasih sayang yang sangat banyak . memahami . pendengar yang baik . pengkrittik yang baik . punya ibu bapa yang baik , sporting , ambil berat . ehem ! cuma nia je yang jarang telefon mak dengan abah mertua to be ni . *sedar diri. T_T .