Sunday, July 29, 2012

tukang masak import



entry ni sepatutnya di update on 19 June hari tue . haha . lebih sebulan kan ? dah taip pulakkkk . post aje lah . 

selamat sudah menghangit kan dapur 'mother in-law' to be hari ni .. maka dengan ini juga , dengan rasa rendah diri yang dah sedia pendek ni begitu insaf kerana tak terror masak .. bak kata orang , untung sabut , timbul , untung batu tenggelam . *ayat suka ria* 

ingat lagi dialog pagi ahad antara aku dengan abah :

abah : ain nak masak ape pagi ni ? ade kerang rebus tu , kopek lah . nanti abah beli bahan buat mee "

aku : errr... bole je . nanti ain buat . heeee 

dan dengan bangga nya pagi tu semua orang sarapan mee goreng pedas yang amat . T_____________T
kata husband , " okay lah tu , jadi mee goreng jugak . cuma pedas je " okayyyy . teros cool je . tak lame abah datang dapur sebab nak cakap family mak itam , uteh dengan ucu nak datang tengah hari nanti . ain masak lah ape yang patut ye .. 

wooo-wooo . ini kes serius . aku yang duk dekat rumah bole kira dengan jari apatah lagi nak pegang senduk dengan kuali yang pasti jarang-jarang atau pun kadang kadang pegang natang tu semua di suruh masak ? huuuu . tolong masak bole lah , ini semua aku yang pergi beli , aku sedia kan bahan , aku yang masak , aku yang hidang .. fuuhhhh ! goyang lutut wa beb ! wa pandang husband wa kecik besar kecik besar je mengharapkan pengertian dia . kot-kot lah dia ajak beli lauk kat kedai je kan . tapi hampehhh . siap dia order asam pedas ayam lagi . HAHA . ganas ta ganas lah kan . lagi lah anak mata aku bagai nak keluar dari kelopak tanpa dipaksa . bukan dia ta tahu , saat paling mengerikan buat aku bila dekat rumah dia tu adalah bila aku yang tak berapa reti nak masak ni , disuruh masak . 

seperti biasa , aku yang susah hati bagai nak gila berbanding husband aku yang excited nak bagi semua orang makan masakan aku nanti .. HUHU . balik je dari beli barang , aku dah nak nampak family mak itam dah duduk melepak dekat depan rumah . mula lah aku dengan scene "ala-ala tade hidung" ohh ! itu perkara biase bila kita awal-awal nak kenal orang . heee . 
menu makan tengahhari :
nasi putih 
sambal tumis kerang hitam
sayur chapchai a.k.a sayur ajid
ayam goreng 
sambal belacan 
ulam-ulam

maka bermula lah aksi silat menyilat dekat dapur tu . diteman kan bibik-bibik import . pertama nya , izan , kepunyaan adik . dengan husband sendiri . kalau bole roboh bumbung dapur rumah tu , dah lame roboh . gamat dengan suara husband puji diri sendiri sebab dia tolong basuh ayam sebab aku tak cukup tangan , terlebih kaki . heee . sampai part masak sayur , berebut nak pegang sudip dengan husband lagi . sampai nama sayur tu jadi nama "sayur ajid" hoho . bagus lah tu .. suami mithali . 

bila dah siap masak , sampai lah family ucu dengan uteh . first time jumpa mereka-mereka semua . hee . serupa macam tadi , bagai tade idung bila cakap dengan diorang . tak lame lepas tu , semua pergi hospital sebab tak nak terlepas waktu melawat . sebelum husband pergi hospital tengok mak , sempat dia order sambal tumis kerang . 

awal masak sambal tumis kerang tu nampak nya berjaya , tapi bila dah tiba part masuk kan kerang tu , semua nya jadi hitam . maka timbul lah rase nak lempar kebelakang rumah sambal tumis tersebut . tapi tak buang pun , di buat nya husband cari nanti , dah satu keje nak masak lagi . kan ? so , sorok je dalam kuali . balik-balik dari hospital je , husband nak makan . dia cari sambal tumis tu , aku tunjuk yang dalam kuali . dia tanya kenapa jadi macam ni . aku kata tatau , jom buang kat belakang rumah . teross kene jelingan maut . husband makan sambal tumis tu selamba je , termasuk lah semua orang kecuali aku . aku pulak yang berkerut satu muka bila tengok orang makan . haha . 

jadi tukang masak import pulak bila mak masuk hospital . heee . rajin-rajin lah belajar masak lepas ni .. :)

ramadhan kareem

hai .. Assalamualaikum ... ^_____________^Y

Ramadha kareem .. salam ramadhan untuk semua . dah lame tak update blog kan ? terlalu banyak halangan dan rintangan yang kene tempuh even nak buat satu entry .. hukhuk . yelah , bila nak buat entry tu , kadang tade idea nak hapdet natang hape . bila ade idea , mase pulak tade . huhu . jadi , saya tergolong dalam golongan yang kedua . selalu ada idea nak hapdet entry , tapi mase tade .. kekadang sampai dah lupa nak hapdet ape . minggu ini , kehidupan seorang nia farhana adalah sangat sibuk dengan menghadapi hukum alam sebagai seorang students yang punyai 5 test dalam mase 3 hari . hebakkkkk-hebakkkk . handal kan ? hoho . 


actually , just nak ucap selamat menyambut ramadhan al-mubarak . sesungguh nya bulan ramadhan adalah bulan yang paling baik jika nak di banding kan dengan seribu bulan ... semoga kita same-same mendapat hidayah dan rahmat nya . amin ~

Monday, July 16, 2012

erti sebuah persahabatan

kini aku sedar apa itu persahabatan.. 

selalunya orang akan cakap sahabat yang sejati akan berada disisi kita bila kita memerlukan dan bila kita senang kita akan kongsi kegembiraan bersama tetapi tidak semua yang kita harapkan akan terjadi. ada sahabat yang kita rapat tapi diam-diam dia tidak suka dengan kita. ada juga kawan yang kita tidak suka akan membantu kita bila kita tengah susah. semua itu kuasa Allah. kita hanya berusaha untuk mendapatkan yang terbaik. 


Alhamdulillah Allah bagi aku kelebihan so that aku dapat kenal siapa yang ikhlas berkawan dengan aku dan siapa yang hanya menjadi udang disebalik batu. aku bukan jenis suka memilih kawan. aku kawan dengan semua tapi pada masa yang sama aku tau yang mana mengerti erti persahabatan. 
bagi aku persahabatan ini sahabat yang akan membantu aku dalam kesusahan dan bila aku dan dia senang akan kami berkongsi rasa yang sama dan dalam pada masa yang sama saling mengingati satu sama lain agar perhubungan akan diredhai Ilahi bukan hanya dengan persahabatan yang penuh dengan dosa noda dan hawa nafsu yang tidak pernah berhenti menyerang manusia yang hauskan keinginan duniawi semata2. apa-apa pun aku bersyukur kerana mempunyai sahabat yang mempunyai pelbagai perwatakan. dari sini aku dapat belajar erti kehidupan dalam persahabatan...

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Friday, July 13, 2012

something that unexpected

assalamualaikum . 


hai .. sory sebab masih belum dapat tunaikan janji nak post novel dekat sini  . lately , macam-macam perkara jadi . sejak masuk sem baru ni , i'm very busy with the test and assignment . campus life kan ? ta bole nak kata apa lah . tanggungjawab and resam hidup student memang macam ni .. 


13-JULY


kami sekeluarga dikejutkan dengan berita ada satu benda asing yang terdapat dekat paru-paru father in law to be but, at this time masih belum dapat kenal pasti sama ada benda asing tersebut adalah sejenis ketumbuhan or sejenis cancer . berita yang saya dapat seiring dengan azan maghrib . betapa hati sayu sangat bila tunaikan solat maghrib lepas dapat tahu semua tu . sedih . doa yang panjang saya berikan pada nya . hanya itu yang saya mampu .. belum pun sebulan "mak" (mother in law to be) discharged dari hospital yang sama sebab kencing manis . tapi penangan kali ni lagi hebat . he was amazing father just like my own father . 


masih terngiang-ngiang dekat telinga bila seminggu sebelum dia saket , dia telefon saya tanya khabar and mengadu ta sihat . he called himself  "abah" . memang tu panggilan rasmi sejak dua menjak ni . he was asked me ,"ain bila cuti ? balik lah sini tengok mak abah ." sangat terkejut bila dia tanya macam tu , sebab selalu nya dia akan tanya , "nak balik sini ke ?" . mase tu , cuma bole kata " ain ada cuti hujung minggu je , minggu ni balik rumah ibu sebab ada kenduri arwah , minggu depan ada test ari ahad , 21hb dah puasa , 28 ade test lagi , ain balik minggu lepas test ye .. nanti ain jenguk mak ngan abah " and he take it as a yes .


cukup seminggu , dapat berita dia admitted kat hospital muar . berita tu je dah cukup tuk buat kepala ta senang fikir selagi tak pening . bila di tanya saket apa , dia sendiri tatau . ta faham apa yang doktor cakap .. dah jadi satu trend tok orang tua , malas makan ubat , tanak pergi hospital kecuali terpaksa , dengan tanak faham apa yang doktor cakap tentang saket dia . same thing happened here ,, cuma bila doktor sah kan ade sejenis benda asing dekat dengan paru-paru , barulah dia nampak ada reaksi . 


dua malam sebelum tau berita ada benda asing dekat paru paru abah , i was dreamed that mother in law to be come and see me . she told me that , there was something missing but i couldn't remember what is it . and i just take it easy sebab dah berapa malam memang mimpi buruk since kene badi mayat . tapi , saya ta sedap hati  and tertanya-tanya sampai lah tahu berita tu . bila dapat tahu berita tu , saya rasa macam persoalan saya tu dah terjawab . 


selama satu malam ni  , cukup tuk buat saya melihat kesayangan saya menjadi sangat lemah . dia ta macam selalu . terjaga tengah malam bukan habit dia , tapi tengah malam tadi , dia terjaga .. he was asked for his father . airmata ni pulakk ta segan silu dah mengalir . betapa saya rasa useless bila ta dapat nak membantu apa-apa . i just can be with him on the phone . satu situasi yang saya ta dapat nak gambar kan dengan kata-kata . saya ta tido satu malam takot kalau-kalau dia perlukan saya , tapi saya tengah lena sangat tido . it just something unexpected, and we still need time to digest all . hari ini , saya masih lagi menangis bila berdoa untuk kesihatan 'abah' . sampai bila nak minum pun rasa nak tersedak apatah lagi nak telan makanan . itu saya , orang luar yang kenal dia dalam masa setahun ni . family husband to be macam mane ? betapa kami terlalu sedih dengan berita yang satu ni . takdir tuhan , kita ta mampu nak sangkal . kita cuma mampu berdoa , berusaha . semua terletak di tangan nya .. 


hari ini , saya bersyukur sebab masih bernafas , punyai kedua ibu bapa yang sihat . punya dua keluarga yang amat penting peranan nya buat saya . saya cuma mampu berdoa semoga diberikan satu penyelesaian yang terbaik . mati itu pasti , dan memang semakin menghampiri kita . tapi , Allah tu maha adil . Dia takkan bagi ujian diluar kemampuan kita . bila dia bagi ujian tu , makna nya kita mampu nak harungi semua tu , dan semua orang berhak mencapai kebahagiaan dan kejayaan . mungkin jalan kita panjang and ta semudah orang lain .. kan ? 


ya Allah , kau ampuni lah segala dosa-dosa ku , ampuni dosa kedua ibu bapa ku , dan keluarga ku . kau ampuni lah dosa mohd radzi dan keluarganya ya Allah . rahmati lah kami , berkatilah kami . tetapkan lah iman kami . jauhkan kami dari azab api neraka . permudahkan urusan seharian kami , berikan kami kesihatan tubuh badan . ya Allah , kau sembuh kan lah penyakit kami , berikan kami kepandaian dan kepintaran dalam menuntut ilmu pengetahuan , permudahkan kami menjawab peperiksaan dan berikan lah kami keputusan yang cemerlang . sesungguhnya hanya Engkau lah yang berkehendak atas tiap-tiap sesuatu . amin ~



Sunday, July 8, 2012

the one who loved me


he is the one yang melihat saya lebih dari saya melihat diri saya sendiri . love him the way he is . 

Thursday, July 5, 2012

hai ! assalamualaikum ...Y ^________^ Y

dah lame tak berjumpa , rindu rasa hati . HEEE . rindu lah sangat-sangat nak ber'blog' .. actually , tade nak kata apa sangat pun . now , i'm doing short novel for my Marketing subject , and decide to post here untuk share something yang mungkin bole bagi good value pada yang sudi nak baca . details adalah seperti berikut :

Tajuk : (belum difikirkan)
Genre : Romantik & Aksi *ala-ala movie pulakkkkk


okayyy . tu je yang mampu kongsi setakat ni .. saje nak post bia ade semangat nak habis kan novel ni . bukan senang nak jadi penulis . haihhhh !