Sunday, August 28, 2011

Balik Kampung


dipersilakan lihat tiket balik raya aku yang tak tersentuh even sikit pun.segamat-batupahat 26/8/08/2011. jam 6 petang.

tragedi giler babi sebab kene tinggal dengan bas. semua nya memang tak kene dari awal aku nak kuar dari pagar u. dengan pak guard nya yang batak tak habis-habis. berlagak bagus. jam dah lebih pukul lima kot, ade pulak hati dan perasaan dengki dan iri hati nak bagi aku kompaun sebab tak pakai baju protokol mase hari jumaat. adoiyai. jam aku mase tu dah 5.10 petang. jam pak gurad tu pulak, pukul 5.15. *cepatkan lima minit awal bia bole buka awal and balik keje awal:P* see? ade hati nak marah aku cakap tak tahu peraturan. datang pak guard muda lagi bergaya dari pak guard tua tu, dia suruh lepaskan aku. yes! sayang kau lebih lah pak guard muda. AHAKS! 

then, naik dalam bas. duduk dalam bas, almost 15 minutes, tapi bas tak gerak-gerak. dalam hati dah berkata macam-macam." adeh pakcik ni. lembap betul. nak tunggu bas penuh ke hape? tolong lah faham. keje nak kaut untung je. orang nak cepat nih! " dia macam dengar je apa yang hati aku kata, terus berlari-lari manja datang dekat bus. ingat nak gerak dah. start enjin je rupanya! hampeh! tak lama lepas tu, baru gerak. *ok fine! panaskan enjin kot ==' * bas pun gerak dengan lambat nya. disebab kan ber'air-cond' aku terlelap mase dalam perjalanan pergi busten. "bole bayangkan tak betapa laju lambat nya pakcik tu bawak.

sampai terminal, pukul 5.55 petang. tahu-tahu bas yang aku naik, segamat-muar-batu pahat dah jalan. haish! memang tak bole jadi. benda sepatutnya gerak pukul 6, tapi belum pukul 6 dah jalan. selama ni tak reti awal pulak. selalu 6.45 baru terkedek-kedek nak kuar dari terminal segamat tu. hantu betul! memandangkan dah tertinggal, aku pun naik pergi ke kaunter dengan niat bas tu dapat berhenti tepi jalan sementara aku dalam perjalanan kejar dengan teksi. tapi yang aku dapat maki hamun dari orang yang jual tiket kat kaunter tu. seperti biasa, kembali kurang ajar kepada yang telah kurang ajar. orang cakap baik-baik. lagi nak maki hamun sampai campak duit dekat muka aku. eh! ingat bapak aku tak bayar zakat ke? punca adegan membaling duit kemuka adalah sebab dia nak bayar ganti rugi sebab bas dah tinggal aku. nasib baik aku masih ade budi bahasa lagi, and masih nak cakap elok-elok. see? dengan orang kaunter yang tade attitude langsung, lagi nak biadap. sampai dia kata 
" kalau kau duduk kat batu pahat je, apa masalah nya. suruh lah bapak kau amik kau. bukan jauh sangat pun. bapak kau tu, nak amik anak pun malas.nah amik duit tiga ringgit ni, kau diam-diam je" 
dah sebut pasal bapak ni, kira memang dah biadap habis. and nak je aku balas
 "heyh! aku balik naik bas ni sebab aku nak kaya kan syarikat yang kau keje ni. giler! aku tak tahu lah kau ni jenis anak yang macam mana  sibuk nak menyusahkan mak bapak kau, sampaikan benda yang senang macam balik kampung ni pun kau nak suruh mak ayah kau amik kau, sedangkan kau bole buat sendiri, sumpah kau ni gedik. lagi pun, kau bukan tahu bapak aku tu sapa, sihat tak dia kalau nak amik aku kat sini. jaga mulut kau sebelum aku jaga kan untuk kau. faham! amik balik duit kau ni" 
malangnya, hanya mampu mengoyakkan kembali duit tiga ringgit tersebut, dan campak kembali kemukanya. lantak kau lah! 

**dah lah jeans aku hilang kat kampus. sabor je lah.

Tuesday, August 23, 2011

RAYA :)

halooohaa... hai. hari ni, ramadhan 24. ini bermakna tinggal 4/5 hari lagi nak raya. oh m g... excited mak nak... 
persiapan nak raya dari kampus dah siap. oh! sebelum terlupa. raya tahun ni excited teramat, pasal segamat kini sedang menjadi sirgummurd. tejukkkkk. suka-suka. tak penah-penah tido siang berselubung ngan comforter.maka, dengan ini, perjalanan balik raya kian terasa. terasa baru balik dari oversea gitu.. hehe. *manyak perasan ini olang*


segala persiapan dari kolej adalah seperti berikut: -


tiket: : dah! dah beli sebelum puasa lagi. padahal balik batu pahat jerrr.  *ye, dari segamat ke batu pahat je* 


asignment sebelum raya : dah! dah hantar pun. 


beg bagasi besar gedabak: melampau sangat lah tu. segamat ke batu pahat je pun. beg sederhana besar je. 


packing baju: belum. nanti nampak over. tapi dalam otak dah buat list baju ape nak bawak. ngee~


persiapan final exam lepas raya: errrkk? belum. hehe. <ketawa malu> 




akan tetapi, tidak terasa bahawa akan tibanya hari raya dalam masa beberapa hari lagi. kerana di bumi segamat ini jugalah yang akan saya huni 
sehingga petang 26 hb. *cepat lah jumaat, saya nak balik* bila dekat rumah, mula lah semangat terlebih nak sambut raya. serba-serbi rajin.
tapi sayang... cuma sehari. esok nya dah mls nak prepare dah. tunggu malam raya baru nak pulun semua kasi habis. masa tu lah nak tukar langsir, 
tukar sarung kusyen, mop lantai, sapu lantai, kemas rumah, lap perabot, macam-macam lagi lah. meriah nya malam raya, sampai tak tido prepare semua tu.dusta je tu sebenarnya excited nak raya. lepas tu, semua orang dah bangun pagi, prepare nak pergi solat raya, aku terbongkang tido. bagus sangat lah tu. *jaga mata beb. nak raya tuuuuuu* 


ok! sekarang baju raya pulak. tahun ni tamak coklat. disebab kan tema tahun dengan family adalah warna coklat, maka dengan ini diisytiharkan bhawa saya ada dua baju coklat. *tak tahu lah mcm mana bole smpai dua.INISEMUAKEJETAMAKHALOBA*, satu baju purple, satu baju hijau, dan satu baju merah. tak banyak,.lima jewww... hehe. 


oh! dengan [My LaLiNk] pulak, tade tema untuk tahun ni. sebab nya, aku sendiri telah mendecide kan family husband tahun ni pakai baju wane klabu. semuaorangakukelabukan. HAHA. bangga. :P celah mane nak sama nya kan,*celh gigi* :P tape, sebab husband ada baju mlayu wane purple, coklat ngan hijau. dia bole pakai wane apa pun. :) and saya, saya ade jugak baju wane kelabu. even bukan tahun ni punya. tape lah, berjimat demi anak bangsa. haha. 


kueh raya, macam biase je. tnjuk dan bayar. senang bukan? hehe. sorry, tiada masa terluang nk berbakti pada tepung. tunjuk dan bayar lagi senang. jimat masa, tenaga, dan memberi peluang menjaga kebersihan dapur :) *dasarpemalasiniorang* 


tapi tak berapa semangat lah bila dengar lagu raya dekat perantauan ni kan. sayu je hati membilang hari. hehe. asal dengar lagu raya je tension sendiri umpama nak hantukkan kepala kat dinding. eceyhhh! haha. tape lah. redha jadi anak perantauan. :)


dengan itu, salam aidilfitri. segala salah dan silap samada sengaja atau tidak harap dimaafkan. dari saya, and [My LaLiNk]. :)








**kepala jalu bila tade facebook. HAMPAS punya orang jahat, pasal kau lah aku kene deactive fb aku. huhh! 

Monday, August 22, 2011

kalau kau memang dah bagus sangat!

memang kau perfect sangat kan sampai semua orang kau nak tegur. ko tak tengok lah anak kau bila dah besar nanti jadi macam mana. sibuk nak tegur anak orang. tegur anak sendiri tu dulu.lau kau didik anak kau betul-betul jadi manusia paling baik, baru aku nak dengar cakap kau. baru lah aku bole terima apa yang kau nak cakap pasal aku. diri kau pun tak betul.kau tak payah nak sibuk-sibuk hal aku. mak bapak aku ada nak jaga aku, nak marah aku kalau aku salah. nak pukul aku kalau aku jahat. bukan aku bukak aurat pun, bukan aku pergi buat maksiat pun. sory to say. aku memang akan kurang ajar dengan orang yang kurang ajar dengan aku. umur kau baru brape je. lu nak cerita kencang-kencang macam lu hidup suda seratus tahun. pegi gali lubang kubur lu, tanam sendiri diri lu. ada faham?

Monday, August 15, 2011

luahan hati

Pertama kali ku bertemu denganmu
Sayunya hatiku merindui dirimu
Walaupun baru kita bersua muka
Namun aku telah jatuh cinta


Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu



C/O: 
Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikalau kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini, terguris jiwa ini
Menangis tk berlagu... 
Ohhh... 
Biarpun ombak yang merubah pantai
Kasihku tk akan hancur berderai
Biarpun hari berganti hari... 
Dirimu tetap ku nanti... 



Ohhh... 
Sayangku pimpinkan tanganmu
Menuju mahligai bahgia
Kita bersama nikmati kisah cinta
Hidup bagaikan di syurga... 



Oh kasih...



**husband, lagu ni macam ade kena mengena bila kita first time jumpa kan? dah couple 5 bulan, baru first time jumpa. time tu masing-masing berharap couple nya bole trima diri sendiri seada nya..  

Pertama kali ku bertemu denganmu
Hatiku terpaut melihat senyumanmu
Aku mengharap engkau menerimaku
Kerna aku bersedia menyintaimu

memang kene betul kan part lirik lagu ni? hehe. thayunk awak lubeyh-lubeyh. ngeeee~ 




Saturday, August 13, 2011

ulang tahun

ellow evrybodeh!!! selamat malam. hari ini, 14 Ogos 2011 bersamaan dengan 14  Ramadhan 1432 .  merupakan tarikh penting dalam hidup aku and [My LaLiNk]. Tanggal 14 ogos ini lah dia dilahirkan kedunia sejak 20 tahun yang lalu. syukur nikmat tuhan. masih diberi peluang untuk bernafas dimuka bumi tuhan, bisa menuntut ilmu, bercinta dan bercanda, melaksana kan hidup sebagai khalifah di bumi tuhan ini. Selamat Hari Lahir sayang. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman, bahagia didunia dan diakhirat. maaf sebab sejak perkenalan kita, kita belum berkesempatan lagi nak celebrate birthday husband same-same. INSYAALLAH. lain tahun. :) kita pun ade komitmen masing-masing bukan?? cinta tau husband faham dengan situasi kita sekarang. 

ok!

SELAMAT ULANG TAHUN PERKENALAN kita yang ke 1 tahun 3 bulan. tringat mase first time kita jumpa dulu. mase tu first raya. husband datang rumah cinta, pertama kali jumpa, depan ibu ngan abah. alololo. tomeyyy!! hehe. mase tu umur husband blum masuk 19 tahun. cinta pulak belum masuk 18 tahun. muka masing-masing masih muka budak-budak lagi. sekarang dah lain dah. cepat masa berlalu. rasa nya baru semalam kita kenal, baru tadi sambut kita couple. rupa nya dah lebih setahun. 

SEMOGA DENGAN BERTAMBAH NYA USIA KITA, USIA HUBUNGAN KITA, IANYA AKAN MEMBAWA LEBIH ERTI BUAT KITA. 





kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah membawa bahagia

Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?
Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.
Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.
 26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi Abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi Abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan Abang semakin kritikal. Perut Abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' Abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. Mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "Insya-Allah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.
13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah. Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"
Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"
Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?
Mak jawab, "Balai bomba!"
Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.
Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"
Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.
Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi. 
Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!
27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.
"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.
5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.
"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.
7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr. Adura rajin menulis mengenai kisah abang di dalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.
8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.
Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."
Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.
9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.
Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.
Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.
"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"
Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.
"Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.
"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.
Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.
Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!" 
Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.
"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.
"Kakak! Kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.
"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."
Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...
Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.
 Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli Syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan, kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segala-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.
Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).
Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.
Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.semoga ALLAH mencucuri rahmat adik Iqbal Fahreen. AL-FATIHAH