Tuesday, May 17, 2011

atas nama cinta

Setiap yang datang, pasti akan pergi, setiap yang bermula, pasti akan berakhir...Bagaimana bentuk pengakhiran nya, kita yang mencoraknya, dan Allah yang menentukannya...siapa lah kita, untuk menghalang kekuasaan tuhan... Hanya makhluk kecil yang tiada apa-apa... Hidup mewah atas belas dan kasihan-Nya kepada kita...

Tiada siapa yang meminta perpisahan berlaku disaat, kebahagian yang dinantikan sedang dikecapi... Namun, ada yang berkata: " kalau nak berhenti pun, biar lah masa tengah sedap " maksudnya, kalau ada sesuatu yang akan berlaku, biarlah tatkala kebahagiaan itu sedang dikecapi, kerana setidaknya, tak terbit penyesalan dihati... Tapi, siapa lah kita bagi menghalang perasaan itu daripada hadir... 
Ramai yang tahu, setiap cinta perlukan pengorbanan, dan kebanyakkan pengorbanan yang dilakukan adalah merupakan satu titik nokhtah dalam sesuatu perhubungan...

Keberanian bukan kerana tiada rasa takut pada diri sendiri. Tiada rasa takut hanya melambangkan kedangkalan akal. Keeranian ialah sanggup melangkah kehadapan, walaupun dalam ketakutan ataupun dalam kesakitan dan keperitan mahupun menuju kepada sesuatu yang kurang diketahui. Apabila dapat melakukannya, kita akan merasakan yang melawan ketakutan itu membuatkan kita lebih tabah dan berkeyakinan. Itu satu langkah menuju kematangan dalam perjalanan kehidupan.

----------------------------------------------------

Bagi dirinya, masalah yang dihadapi, tidak perlu dikongsi... Dan hanya dia yang perlu menanggungnya sendiri... Dalam pada dia cuba bertahan demi hubungannya, akhirnya dia perlu mengalah pada takdir... Dia, adam  terpaksa mengakhiri hubungannya dengan gadis yang amat disayangi, Hawa. Satu keputusan yang perlu diambil disaat, hari bahagia mereka bakal menjelang... Tanpa menjelaskan sebab musabab, Adam meninggalkan Hawa dalam keadaan tertanya-tanya... Mungkin, didalam hati Adam, dia teramat mahu berkongsi keperitan yang dialami bersama Hawa... Namun apakan daya, kewarasan akal melarang dia melakukan itu... Kerana dia tahu, setinggi mana Hawa nya itu bertahan... Sungguh dia berani bersumpah, bahawa itulah satu-satunya insan yang dicintai... Takdir tuhan, mereka tak dapat bersama...

Tabahnya si Adam, tega dia melihat Hawa menangis demi satu jawapan... Namun, bagaimana cara nya Adam hendak memberitahu kepada cintanya itu, bahawa dia kini hanya membilang hari kematiannya... Maka, hanya satu pinta Adam, Hawa yang disayangi nya, akan tidak lagi menyayanginya, tidak lagi merindui nya... Agar akan ada satu hari nanti, dia lebih bersedia menerima kematian Adam, dan bisa menemukan cinta baru... Adam hanya mahu, Hawa mengingatinya sebagai kisah lalu yang tak perlu dan paling tak ingin diingati... Tapi, tahukah Adam, apa yang dilakukan adalah merupakan satu penyiksaan buat Hawa?? Nampaknya, Adam belum dapat memahami maksud cinta yang sebenar... Merelakan airmata gadisnya mengalir memikirkannya, andai saja Adam tahu, airmata yang mengalir, bukan airmata kebencian memikirkan jawapan perpisahan, tapi airmata yang mengalir tatkala mengenang kerinduan yang bertamu dihati...

Lelah dan resah bersarang ditangkai hati. Hanya kenangan menjadi pengubat kerinduan. Andai itu takdir-nya, Hawa terima Adam yang dia sayangi nya, kini tidak tertakdir untuk bersama nya. Kini telah membuang nya jauh dari hidup si Adam. Tanpa dia ketahui kedudukan sebenar, dia membuat kesimpulan. Dalam sendu, tetap mendoakan yang terbaik buat Adam nya. Satu-satu nya. Dikala itu, Adam sedang bertarung hebat dengan penyakit yang ditanggung. Rindu yang tak tertahan mendorong dia mengikuti Hawa nya dalam diam. Dengan hati-hati, dia menjaga Hawa nya dari jarak jauh.. Andai sahaja Hawa tahu, mereka berkongsi rasa yang sama, pasti indah rasa nya. Sebak mula bertalu dihati, ingin dikongsi rahsia nya yang satu itu, namun Adam tidak dapat meluah kan nya. Dia tak mahu ada sendu di wajah Hawa nya. Dia tak mahu, Hawa khuatir kan keadaan nya. Kalau lah Hawa tahu, dia lah cinta pertama dan terakhir Adam nya. Andai Hawa tahu, dia lah sebahagian tulang rusuk Adam yang dijadikan untuk Adam yang disayangi nya. 

Namun, segala nya terjawab apabila Hawa menerima jawapan akan tamat nya perhubungan nya dengan si Adam. Baru dia tahu, Adam nya sedang menghitung hari kematian tatkala mereka sama-sama menghitung hari bahagia mereka yang kapan kan akan berlaku. Sayu hati Hawa melihat keperitan yang ditanggung Adam nya. Kalau dia boleh menanggung kesemua kesakitan yang Adam lalui, paling tidak separuh. Agar cinta hati nya bisa bangun, dan tersenyum melihat nya disisi. Agar mereka punya penamat yang indah walaupun hanya untuk seketika... Itu doa nya. Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga, dikala berkat doa yang tak pernah putus, Adam bangun dan tersenyum melihat Hawa nya disisi. Syukur pada Allah, Hawa sempat menjadi Hawa yang sebenar kepada Adam... Tapi sayang, tatkala bahagia mula dikecapi, tatkala itu jua ajal memisah kan antara jasad dan nyawa. Maka bercerai lah roh Adam dari jasad nya... Hawa redha, paling tidak... Dia punya penamat yang indah bersama Adam...Itu lah Adam nya, satu-satu nya..tiada pengganti hingga ke akhir nya, moga bertemu di alam lain. 

ADAM, saat ku melihat bintang yang bersinar indah dikaki langit, dikala itulah air mata kasihku gugur.  sayang yang tak terungkap, rindu yang tak pernah akan terungkai. segala kasih dan rasa cinta yang belum sempat ku curahkan padamu . Namun kau pergi jua akhirnya. kau pergi, meninggal kan pesan dan secalit memori yang begitu indah untuk ku kenang sendirian, tanpamu. buat santapan rinduku. jujur hati ini merindui mu, kerana takdir kita bertemu. kerana takdir juga kita berpisah. moga kau kekal dialam sana. bagiku, tiada pernah akan ada yang boleh menggantikan tempatmu. setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. setiap kegembiraan akan ada tangisan. dan setiap yang hidup pasti akan mati. semoga roh mu di cucuri rahmat. 

THE END~



Segala peristiwa bermula dari pandangan mata. Jilatan api bermula daripada setitik bara. Berapa banyakkan pandangan yang membelahi hati, laksana anak panah yang meleset daripada tali? Selagi manusia masih memiliki mata untuk memandang, dia tidak lepas daripada bahaya yang mengadang. Senang dipermulaan, ada bahaya dikemudian hari. Tiada ucapan selamat datang, dan ada bahaya saat ia kembali.


Nukilan : nia_farhana


Cinta selalu ingat kata-kata husband, husband masih ada untuk buat cinta tersenyum, husband masih ada untuk bahagia kan cinta, and kalau husband tak tunai kan janji husband ni, cinta boleh tuntut kat alam lain. Cinta tak nak kita sia-sia kan setiap saat yang kita ada dengan perbalahan dan masalah. Memang hidup ini umpama roda, kita tak pernah terlepas dari menerima dugaan, cuma kita perlu bijak tangani semua tu. Setiap saat yang kita punya, amat berharga. Walau pun kita berjauhan, itu bukan alasan nya kan? Sebab husband selalu ada dengan cinta, selalu ada untuk cinta... Kan?? Kan?? kita namo gadoh-gadoh eah? merajuk tak pe, tapi yang manja-manja je la. yang tak manja cinta awt tak tahu je. ahaks! Cinta selalu terfikir nak berada dan berkongsi udara yang sama kalau cinta rindu husband. Terima kasih sebab sudi berkongsi rasa yang sama dengan cinta. Love u so much!!

By the way, thanx to nadia.. Sebab promote kak ain ngan abang ajid kat blog nadia. Lepas ni boleh lah sandang title couple of the year 7 tahun berturut-turut sampai kitorang kahwin.. Hehe. Thanx a lot dear, akak doa kan, nadia jugak akan dapat imbuhan yang sama dengan ayie. ;)

Semoga semua usaha dan pengorbanan ini membuahkan hasil yang baik... Semoga tuhan menerima doa kita, dan menyatukan dua hati yang saling sayang. Semoga saya, adalah Hawa buat mohd radzi. Amin~



H.O.L.L.A.N.D.
Hope Our Love Last And Never Die




sayang awak ketat-ketat, erat-erat, padat-padat, mampat-mampat, sendat melekat! AHAKS!! 




**actually aku sendiri tak tahu kenapa letak gambar orang sarung cincin ni... HAHA. hantam saja lah labu. :P


^^sedikit bingkisan cerita: malam tadi aku ngan [My LaLiNk] mase [My LaLiNk] call sebelum tidur. [My LaLiNk] cakap busyuk sayang gemuk, and aku jawab, gemuk pun shayang busyuk sangat sangat, busyuk pun sayang gemuk, sangat sangat sangat.... aku yang tak nak kalah ni, jawak sayang ketat ketat, and [My LaLiNk] pun layan je kepala tak centre wife dia ni. dia kata, um..sayang awak erat-erat...aku balas balik, sayang awak padat-padat, and he said sayang awak rapat-rapat. bila aku kata sayang awak sendat-sendat, dia jawab sayang awak mampat-mampat. hehe. then aku blur..dah abis dah perkataan tu, sampai sanggup tak nak kalah aku cakap sayang awak lekat-lekat. HAHA. teruk betul perangai tamak haloba nak menang tu. and my hunney bunney pun mengalah kasi aku menang, even dia yang patut menang sebenarnya, hehe. dia dah biasa kalah, tak teringin pun nak menang kalau fight ngan aku... haha.


 i'm always remember this sweetie,best nya tengok orang dapat dating, kan best kalau kita dapat dating jugak. biar pun dating tepi longkang, janji dapat dating. that told  me, how much u miss me. SUKASUKA. hehe love u more :)

Saturday, May 14, 2011

sayang awak juta-juta!

hohoi!!! hai orang-orang kampung! hehe. walaupun ada orang bandar, tapi semua ada kampung kan? buat -buat macam orang kampung jelah ye. pengunguman-pengunguman! dengan ini, diisytihar kan, bahawa saya ain farhana binti muslimin dan [My LaLiNk] mohd radzi bin masuhudi, telah berhubung-hubungan, *HAHA, selama setahun. dipersilakan lah nyanyi lagu allah selamat kan kamu tuk kami ini. :)


terasa sekejap sangat hubungan ni berjalan. rasa nya, baru semalam cousin aku bagi tahu kat aku yang ada member boyfrend dia*time tu boyfrend, sekarang dah clash* nak kenal dengan aku. and i said, yes. but just as a friend. eh! alih-alih couple pulak. tak sampai sehari pulak tu. petang  15 mei tu kitorang kenal, malam tu kitorang couple! haha. ops! by the way, kitorang kenal hari jumaat. so sweet... ;) tarikh pun cantik. 15.5.2010. sifir lima! HAHA. kalau dulu kitorang couple just sebab rasa serasi and ad chemistry antara kami. tapi sekarang, ditambah dengan rasa sayang yang tak bertepi. kalau tanya kat [My LaLiNk], husband, sayang cinta tak? dia jawab, sayang.... (panjang sayang nya tu). hehe. orang tengah bahagia lah kata kan. ;)


setakat nie, kita orang masih belum dijuji dengan dugaan yang kuat.ALHAMDULILLAH. just ada iklan chipsmore, racun perosak, iklan nyamuk, lalat bagai. tapi tak ada lah diperbesarkan.kalau gaduh setakat, gaduh sebab [My LaLiNk] keluar tak bagi tahu, and balik pun tak bagi tahu. and aku pulak, jadi the gediexiest nak marah, merajuk bagai. then, aku touching ngan dia sebab dia buat endah tak endah je malam anniversary kitorang yang ke 10. hehe. nampak tak the gediexiest yang aku tunjuk tu? haha. mengada betul ni. mana tak mengada, dimanja kan oleh encik boyfrend. hehe. perangai gila-gila, sometimes keanak-anak kan. macam-macam lah. hampir setiap malam pulak, [My LaLiNk] akan tidur kan cinta dia ni. sebab, kalau [My LaLiNk] tak tidur kan, makna nya pukul 3-4 pagi nanti baru aku tidur. actually, memang susah nak tidur kalau kita dah terbiasa buat sesuatu tu sebelum kita tidur then, ada hari-hari yang kita tak buat. kita akan rasa lain, and susah nak tidur. pengakuan jujur dari aku, and [My LaLiNk] sendiri tak tahu, iaitu aku lagi senang tidur bial dengan suara dia, dengar dia nyanyi, dodoi kan aku. kalau tak mengantuk pun bole mengantuk tau, bukan suara dia tak sedap. tapi membuai perasaan. hehe.


dalam setahun ni, dah banyak dah nama panggilan aku ngan [My LaLiNk], sayang-hubby, baby-sayang,mama-papa, i-u, dinda-kanda. hehe. yang terbaru, cinta-husband. tapi, the most popular, dari dulu sampai sekarang, gemuk-busyuk. hehe. baru setahun kitorang dah ada banyak koleksi nama. tahun kedua nanti, lagi banyak agak nya. hehe.


kalau kitorang keluar berjalan same-same, excuse me, bukan berdating, tapi berjalan same-same, sebab kitorang tak pernah jalan cuma berdua je... mesti ada kawan-kawan yang lain... then, my hubby nak pergi merokok ke toilet ke, dia mesti akan pesan macam lah aku ni akan nangis meraung-raung bile dia tinggal aku kejap. hehe. so sweet bila kita same-same kan sayang? kalau lah kita dapat jumpa and celebrate sama-sama pada hari bersejarah ni.. tahun pertama hubungan cinta kita... hurmm...;( dalam hati  dan jiwa cinta, ada rasa kasih sayang yang melimpah ruah untuk husband... ibarat air sungai yang sentiasa mengalir... nasib baik kita ada kenangan indah sama-sama untuk dikenang.. dalam jadi pengubat rindu...


husband, maaf kan cinta kalau kasih sayang husband, lagi banyak daripada cinta. maafkan cinta kalau cinta husband pada cinta lagi banyak daripada cinta cinta untuk husband. cinta akui, cinta kurang prihatin dengan husband, but cinta tengah belajar untuk sentiasa peka dengan husband. cinta belajar faham dan sukan kan apa yang husband suka. cinta belajar tentang kegemaran husband.. cinta belajar ambil tahu tentang perlawanan bola sepak Manchester United, cinta belajar buat MEE BANDUNG, nak try buat BLUEBERRY CAKE...cinta nak kenal husband lebih dalam. sebab, kita memang jauh, nak luangkan masa sama-sama pun memang jarang. makan masa berbulan-bulan... cinta sekarang dah tau rindu, sampai menangis sedu-sedu, kan? hehe, malu je.. asyik nak bermanja je...awal perkenalan kita, memang sangat berbeza dengan sekarang. kita berubah kearah kebaikan...kita dah belajar sayang menyayangi, kita dah tau macam mana rasa rindu, dah tau macam mana kena panah cemburu....;) walau pun permulaan kita tak indah macam orang lain, tapi hubungan orang lain tak seunik macam kita kan? cinta mengaku dengan husband, memang cinta tak sayang kan husband masa awal kita couple dulu, cuma ada rasa suka je... but now and today, I DO I LOVE YOU. SO MUCH!!! cinta berdoa tiap hari, husband lah cinta hati cinta dunia akhirat.  AMIN~ 


`**SEMOGA TUHAN MENYATUKAN DUA HATI YANG SALING SAYANG


HAPPY ANNIVERSARY HUSBAND, MOHD RADZI BIN MASUHUDI.. 








Wednesday, May 4, 2011

birthday si dara MUNIRAH

HAPPY BIRTHDAY TO YOU, HAPPY BIRTHDAY TO YOU... HAPPY BIRTHDAY, HAPPY BIRTHDAY, HAPPY BIRTHDAY TO YOU. haha.


bukan senang aku nak nyanyi ni tau, untuk kau je ni. **jap lagi ngan orang lain pun cakap macam tu jugak :P** tak pe la... kan?



kek tuk kau. :)




haa... ni la orang nya. hehe. bestie shaye. :)

selamat hari tua, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.walaupun kau dikelilingi kami yang muda, ingatlah, bahawa kau suda tua. HAHA. aku baru 18 tahun, kau dah 19. hehe. urm.. hadiah untuk kau berupa gambar kek, haha. nanti bila aku kaya, aku belanja makan. sekarang tengah pokai, duit ptptn blum masuk lagi. **memang aku saje suh dorang msukkan lambat, biar tak payah belanja kau. haha. gurau je.


HAPPY BIRTHDAY MUNIRAH BINTI CHE ANI! SWEET 19.

**da bole kawen dah kawan aku ni. haha

Tuesday, May 3, 2011

kerinduan kesayangan persekolahan

hai!! selamat, selamat, dan selamat! entah kenapa, terlebih bertenaga dimalam ini ya tuan-tuan dan puan-puan. mungkin kerana, diluar sana, hujan sedang rancak membasahi alam, maka otak aku jugak jadi rancak nak meng'update' blog. :) kali ni, nak update pasal sekolah! ya! S.E.K.O.L.A.H.. zaman persekolah yang dah lebih setahun aku tinggal kan. **aku tak nak tinggal kan, tapi terpaksa. yelah, dah besar. xkan xsedar diri. ** :P


sebut je sekolah, otak aku ni, ligat berfikir dan terkenang kisah lalu. cewahhhh!! berangan lettteeewww! HAHA. OMG, tak ada makna nya. cume teringatkan zaman yang paling mewah, paling best yang kita semua ada. :) memang kalau difikir kan balik, serius kelakar.. bayang kan lah, zaman kita-kita dulu, darjah 5, darjah 6 dah pandai bercouple-couple. sekarang, bila kita dah besar, mau nya ketawa guling-guling bila dapat tau budak darjah 4, umur 10 tahun, dah pandai bercinta.. sedang kan, dulu... kita pun sama, serupa! sebijik! sudah lah dah pandai bercouple, lebih dari satu pulak tu. sparepart lah konon nya. HAHA. **ape seyh yang aku buat dulu-dulu, terasa bodoh pulak, tapi kelakar**  hehe. bila tengok budak-budak yang bercouple ni, bukan lah cantik pun. comot-comot lagi, yelah, budak kecik kan. kain baju renyuk pun pakai wat gi sekolah. **sebab aku dulu, kalau kain baju renyuk, tak ber iron, tak nak gi sekolah** :P. macam-macam hal.


masuk sekolah menengah pulak, dah pandai nak melaram. pegi sekolah pun pakai krim muka dengan bedak. minyak wangi jangan cakap lah, setiap kali pergi sekolah, satu galen tu siram kat badan. masyaallah! bau nya, dari wangi sampai jadi busuk, sebab kuat sangat bau nya. kalau jalan sekitar sekolah tu, sampai jadi bahan gelak orang. bila dah masuk tingkatan yang atas-atas pulak, dah ok sikit. kalau pakai bedak tu, tak adalah sampai bercapuk muka, atau putih bedak. boyfrend pun dah beratur nak isi borang. kira dah hot lah tu kan. haha. bila time nak spm pulak, perangai berubah mendadak. time tu lah nak rajin dalam segala hal. aktif kawad lah, sukan lah. jawatan tinggi pegang sampai lebih tiga. tamak haloba tu nama nya, haha. adoi. sumpah rindu giler zaman sekolah.





gurls only :)

p/s: sila jangan tiru aksi panjat memanjat ini. :)



mau terbang melayang-layang.


merenung masa depan yang jao, kononnya.





satu kelas :) 

tak payah susah2 nak detect mane satu aku. haha. comot kot time ni.. time nga buruk ni lah, nak amik gambar. terus tak glamour aku! haha.


i adore with this man. :) 

pertemuan kali pertama di tangga,. haha. gila jakun bila nampak dia. sebab satu-satu nya cina kat sekolah aku tu. semua dak kelas aku, minat kat dia. pantang nampak dia, macam orang sasau dibuat nya. tengah belajar pun bole panggil-panggil dia, sumpah gedik! dak laki dah bingit je, sampai ade yang kata, "banyak-banyak orang yang dah sunat, yang belum sunat jugak yang korang nak" (lucah tak ape yang aku tulis ni?? sory...)



konon comel kalau buat macam ni. hehe. :P

**lupe nak berlagak, kelas aku satu-satu nya kelas yang ada aircond, grill ngan mozek! MEWAH U! ko ado? wahaha. :P