Wednesday, December 21, 2011

blog conference

hai . assalamualaikum ...


Ni nia lah . jangan buat buat tak kenal nia . tahu lah dah lebih sebulan tak hapdet blog , semua orang buat buat tak kenal . almaklum lah , orang disini busy macam menteri . 
* tolong lah nia , cube lah kau cari alasan lain selain dari busy ? bosan dah *
okay okay . lame nyewww tak hapdet blog kan ? haritu hapdet pun setakat gambar dua keping . alahai , tah pape . eh ! jangan tak tahu , setiap gambar , ade lagu .. ade cerita tersendiri . sebab setiap pandangan orang kan masing masing kan ? stop ! ni nak hapdetlah ni 
 , dengan cerita panjang berjela , tapi nak bersedih dan berkasih kasihan bole ? HAHA . manje .


first of all , ini bukan lah nak mengaibkan orang ke hape . sebab nya , tadelah pulak nak mention nama ke , link FB ke , Link twetter ke kan ? just nak merungkaikan sesuatu yang berselirat yang kalau simpan lame lame bole kene simpul biawak . cuma segelintir yang membaca dan kebetulan kenal dengan yang dimaksudkan .


okeyhh .. shall we start now ? HAHA . okeyh bebeyh ,  ini mengisahkan one of my silence friend . just introducing her , A . suka hati lah nak stand kan A tu untuk Abu ke , Ahmad ke Ali sekati , sekati . ke tapi sesuai Aminah sebab dia perempuan . A ni , baik .penuh sifat ke'kakaq'kan , cantek menarik kau memang debooommm ! (jujur) A ni ade kawan , B stand for boboi boy and C stand for chantek . A ni tercakap lah sesuatu yang buat aku macam kecik hati sikit . sikit je , tak banyak . cuma besar ,


 "()" 


haaa . kecik kan ? tak banyak kan ? betol . besar tu je , sebab yang buat aku tersentap tu cuma dengan dia punya ayat


"dah tu , cakap macam tu ape case ? grrrrrr " 




lebih kurang macam tu lah .kalau terlebih , hanya sebab aku tak ingat apa ayat asal dia .. sebelum tu dia komen macam tu , aku komen , 


"haha . nia pun tak gi cemane nak tolong carikan ? xdapeklah ..." 


okayy . stop , tu je aku cakap . then lepas dia komen macam tu, aku kata ,

"nia cuma cakap je .. emo nya . bukan nak menganjing pun. " 


again . lebih kurang macam ni ayat nya .sebab otak aku dah tak berapa nak cerdas sejak dua mentak ni . selepas terjadi nya aksi sentap secara spontan dari
aku , aku pun tulis status 


"tak best lah macam ni . stress dengan masalah , lepaskan marah kat orang lain . kesian orang tu " 


plus minus je status ni . 


disebab kan oleh itu , tetibe lah B dan C semacam ada ape ape dengan aku . aku tak kisah lah sangat sebab mereka kawan sekali lalu atas nama boyfrend aku je kan ? jumpa pun tak pernah . aku kenal dorang pun sebab ade dorang kene mengena dengan boyfrend aku , kawan dia lah , gf kepada kawan lah, something like that lah . Cuma terfikir , aku tersentap sikit dengan orang lain , orang lain yang separa berentap dengan aku ? whoaaahaha . apakah ? semangat setia kawan . okay . faham .


itu terjadi pada beberapa hari yang lepas .... 


hari ini , 21/12/2011


entah kenapa , hanya kerana status nan sekeping , 


"malu tengok perempuan dengan perempuan bergado . lelaki masuk campur . dayus nyeeewwww


kali ni tade terlebih dan terkurang . just past . muat muat je .. nak jadi satu cerita pulak . yang ini hapdet status ini , yang itu nak hapdet status itu berdasarkan status aku , tak lame yang itu nak tulis status macam tu pulak . bukan lah nak terasa , cuma salah faham je kat sini . bukan ditujukan untuk 'DIA' yang berkenaan . bukan ditujukan untuk 'DIA' yang terasa . sebab ape , sebab memang tak ade kene mengena dengan 'DIA' pun . honest ly , bukan 'DIA' sorang je friends lelaki aku kat FB . tapi kalau dah nak tersentap jugak , nak buat cemane kan ? so awal awal nih , aku minta maaf ... 


and atas kiriman dan arahan boyfrend tercinta tuk hapdet status kat fb dia , aku pun tolong hapdet kan . berbunyi begini :


"aku fuck betol dengan orang batu api ni . hal perempuan biarlah perempuan yang settlekan . agak dah hero sangat . diri tu bacul tak sedar diri"


dengan ini , ade pihak yang mengata kan .. 


"macam lah aku tak fuck dengan orang yang update status guna fb orang lain, pot pet pot pet , bla bla bla... " 


*sebab aku lupa ape yang dia tulis dalam status dia =________=' 


ohmaigotttt .. aku ke yang terasa status tu untuk aku , atau memang untuk aku atas sebab aku yang update status tu ? ah. lupa kan ..


okay ,cukup lah rase nya kan bagi yang bace ni faham ape yang aku maksudkan , dengan ini , secara peribadi nya kat sini , nak minta maaf lah kat kamu , kamu and kamu atas aksi sentap menyentap antara satu same lain yang berlaku ni kan . Minta maaf dan nia dah maafkan dengan segala status korang pasal nia (oh ! sebab nia terasa ianya untuk nia , hoho , kudus betol ).. and nia takkan lupa , sebab korang ni kelakar . nia tersentap dengan orang lain , orang lain yang separa berentap dengan nia . ini mesti kes sahabat sejati kasih suci kan ? tapi sikit sikit sudah lah . lupe kan je lah . nia yang kecik ni okay je , kenapa yang besar sampai macam tu sekali ? okeyh okeyh , kalau nak senang kan hati korang , sila salah kan nia je lah . senang kan ? salah kan nia je , korang pun senang hati . terasa diri tu menang dengan apa jua usaha yang korang lakukan .. serius ly , kelakar . thumbs up . at least bole nampak lah korang ni penting kan kawan ? see ? ade hikmah kan ? tak sia sia sentap . HAHA . 




again , sorry , sorry ,dan sorry kalau itu yang semua orang nak nia katakan . *sambil angkat bendera putih . *MEH SALAM MEH , ALOLO ... +_+


okay lah abang dan kakaq kakaq sekalian , harap berpuas hati dengan "blog conference" yang dibuat dengan penuh kudus lagi mulus ni .  


choow chinchau . 






p/s : ini bukan nak tunjukkan diri ni baik ke hape . cuma tak nak panjang kan kekeliruan , persalahfahaman , dan kesentapan yang tiada hujung nya nanti . busuk busuk pun takot terserempak je nanti sebab dah habis fikir kalau jodoh panjang , enchik boyfrend yang sekarang ni nak buat jadi laki . tq

Sunday, December 18, 2011

just stay . sorry .


stay with me . don't move even an inch' .. wait for me ..


sorry for hurting you .

Sunday, November 6, 2011

untuk awak


Ketika awak menyakiti saya macam mana sekalipun , saya membuka lebar - lebar pintu maaf untuk awak . . Ketika awak memerlukan doa seseorang untuk kebahagiaan awak , saya yang setia di hati dan mengingatkan awak pada setiap bisikan doa saya . . Dan saya sentiasa tersenyum untuk kebahagiaan awak . . Awak tanya pada saya , "kenapa awak terlalu baik pada saya " jawab saya , " ALLAH , DIA telah temukan saya dengan awak . Ciptakan saya dan awak , untuk saling bergantungan dan saling memerlukan . Saling berkasih sayang . Dan saya tetap sayang awak walau apa pun yang terjadi . " awak berbalas senyum dengan saya . 




Saya tahu , satu hari nanti akan tiba saat nya , jasad kita akan lebih jauh daripada sekarang . Dan saya tahu , saat itu saya akan lebih rindu kan awak daripada sekarang . Kalau lah saya boleh putarkan masa , saya tak nak awak sayangkan saya . Sebab saya tak nak tengok awak sedih terkenangkan kita yang jauh setiap kali saya kata rindu . Sebab saya tak nak awak serba salah bila setiap kali saya perlukan awak , awak tak boleh ada dekat dengan saya , ada untuk saya . Sebab saya tak nak , hati awak turut menangis bila awak dengar titisan sendu saya , sebab saya . . . SAYANG kan awak ~ 




Kita memang selalu jauh , tapi awak tetap dekat dengan saya , sebab awak ada dalam hati saya , tak kira lah kat mana pun awak ada . .






loves , 
c.i.n.t.a.

ya tuhan ku

Ya ALLAH Ya TUHAN KU , sesungguh nya aku percaya , dugaan yang kau beri ini bersebab . . aku redha ya allah . . aku pasrah . .semoga KAU berikan aku kekuatan yang lebih untuk dugaan kali ini . . 

kau tabah kan lah hati ku , 
berikan lah rahmat mu buat ku ,
sinari lah hati ku dengan cahaya dan hidayah mu . . .

smoga sakit yang kau berikan ini , 
akan ada kebahagiaan yang berlipat ganda .

amin . ya rabbal alamin .

p/s : kenyataan hidup ni memang pahit kan ? tapi kene jugak kita terima dengan redha . .



Friday, November 4, 2011

kamu yang aku cinta

Pertamanya,

“Aku cinta kamu’
Biar kata – kata itu mendahului

Biar kamu tahu

Betapa aku menyayangimu
Di seluruh ruang hati
Kamu saja yang menghadiri

Kadangkala hatiku sakit

Bukan kerna kamu yang mencalarnya
Bukan kerna kamu tiada di hati
Kerna aku ingin kamu ubati

Adakalanya kamu tidak peduli

Kamu langsung tidak mengerti
Betapa pedihnya hati ini
Namun aku mahu memahami

Kamu selalu menjadi marah

Hingga hati aku menjadi susah
Namun, kamu lagi resah
Biarlah aku yang beralah

Kamu yang aku cintai

Hatimu tidak akan aku lukai
Biar kamu marah, sedih dan menangis
Sayangku tak mungkin akan habis

Aku akhirikan,

Sebuah ungkapan,
“Aku cinta kamu”

Thursday, November 3, 2011

tilik diri sendiri baru bole kata orang lain

betul lah kata orang tua-tua, kita hanya , merancang and tuhan yang menentukan. siapa lah kita nak menentukan hidup and hati seseorang tu kan ? by the way , tak tahu lah kenapa. sejak dua menjak ni nak bercerita tentang hati . hati-hati , hati ayam what ever lah. janji hati . cuma yang penting nya kisah 'lovey-dovey' lah . HEHE . *tak habis-habis dengan 'lovey-dovey' dia tu .


perlu ke cerita 'dalam selimut' diwartakan kepada orang?


isu sentitif. kan ? 'dalam selimut' itu sendiri membawa maksud hal peribadi. isu yang melibatkan hati dan perasaan, dua hati, banyak pihak and so on.


Terdapat golongan yang terbiasa menceritakan akan hal-hal yang berlaku dalam hidupnya samada baik atau buruk kepada orang lain. begitu juga sebalik nya. mungkin bagi sesetengah pihak tersebut, meluahkan adalah lebih baik dari memendam. kita ambil , bergaduh dengan inchik boyfrend atau cik awek sebagai contoh. sebab ini merupakan perkara yang common kan ? so, if kita cerita masalah kita gaduh dengan cik awek/inchik boyfrend kita pada kawan kita, of course mereka akan tanya dengan lebih lanjut. dekat sini, satu perkara yang kita kene ingat, pemahaman dan pemikiran manusia tu sendiri adalah berbeza. bila kita cerita itu ini, mungkin ade pihak yang faham ini itu.


ego manusia


for me, setiap manusia tu berbeza kan? there will be, some one yang selalu mengalah dengan cik awek nya. bersikap lebih suka memendam rasa, dari meluahkan. bersikap lebih memaafkan, dan berdiam atas sesuatu yang membuatkan hati nya terluka. dia akan lebih dahulu tampil memohon maaf, memujuk juga merendah diri kepada cik awek nya. kerana apa? kerana kasih nya. kerana dia tak mahu ade mendung diwajah kekasih nya. kerana dia tak mahu hal sekecil itu menjadi besar bila dia melayan rajuk dan amarah nya. emosi bukan? dimana letak nya ego dia sebagai lelaki untuk mendidik wanita yang dia sayang, yang bakal menjadi  anak kepada kedua ibu bapa nya, isteri kepadanya, dan ibu kepada anak-anak nya. malah, wanita itu jugak yang diharap kan menjadi bidadari untuk nya di syurga. salah ke kalau sebagai lelaki, menegur kesalahan seseorang tu?


sikap pentingkan diri sendiri


pernah tak terfikir , sikap pentingkan diri sendiri ni bole makan diri ? lebih - lebih lagi pasangan kita pun macam tu . kemon lah ! update sikit otak tu . . jangan kau fikir orang tu sayang kau , dia akan bagi je ape yang kau nak walaupun kau pijak kepala dia . secara tak langsung , dia jugak akan jadi seorang yang tak mudah terima kritikan juga menerima pandangan orang lain . betul tak ? betul kan ? kan ? kan ? ^__________^


secara tak langsung , sikit pun orang ni tak nak mengalah even dia yang salah . dia lah punca pasangan dia tertekan , punca pasangan dia naik angin satu badan , berasap - asap kepala , lepas buat tak tahu je dengan harapan bf/gf dia tu akan datang cari dia balik lepas dah surut marah nanti . wahhhh !lemak betol orang macam ni . sementara bf/gf dia merajuk tu, duk kata rindu , nangis lah . begitu dan begini . adoiyai !




moral of the story, cermin diri kita, sebelum tunding jari pada orang lain . bubye ! !

Tuesday, November 1, 2011

beza lelaki hansome and tak hansome =__='

Hai . Assalamualaikum . . ^____________^' hukhuk . .


*sambil kesat peluh, berusaha sedaya upaya membetulkan nafas . in . . . out . . . in . . . out . . .



okayyyy . . cukup cukup . . entry kali ni bukan lah pasal kesihatan ye tuan - tuan dan puan - puan sekalian . haish . mentang mentang lah tengah kesat peluh , tarik nafas pepanjang ni kannn dikata topik kali ni pasal kesihatan pulak . nehi nehi . tidak tidak . tidak sama sekali . berpeluh bagai ni pasal baru lepas curi entry dari aliffcullen then larikkkkkk selaju mungkin . hak hak . jahat ! scroll ke bawah untuk lihat hasil rompakan okayyyy . .


I
I
I
I
I
I
I
I


__________________________________________________



Kalau lelaki HANDSOME pendiam, perempuan akan cakap: "woow, cool giler..."
Kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: "Eh, perasan bagus..."



Kalau lelaki HANDSOME berbuat jahat, perempuan akan kata: "nobody's perfect"
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat, perempuan akan cakap: "Memang.... muka pun macam pecah rumah!"


Kalau lelaki HANDSOME menolong perempuan yg diganggu, perempuan akan cakap: "Wah.. machonya.. macam hero filem!"
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu, perempuan akan kata: "entah2 kawan dia..."


Kalau lelaki HANDSOME dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: "Sepadan sangat..."
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik, perempuan akan kata: "Mesti kena bomoh perempuan tuh!"


Kalau lelaki HANDSOME ditinggal kekasih, perempuan akan kata: "Jangan sedih, kan saya ada.."
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih, perempuan akan kata: "...(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)..."


Kalau lelaki HANDSOME penyayang binatang, perempuan akan cakap: "Perasaannya halus...penuh kasih sayang"
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang, perempuan akan cakap: "Sesama keluarga memang harus menyayangi..."


Kalau lelaki HANDSOME bawa BMW, perempuan akan cakap: "Matching... hebat luar dalam"
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW, perempuan akan cakap: "Bang, bosnya mana?..."


Kalau lelaki HANDSOME menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan cakap:"Ini barulah lelaki gentlemen"
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan, perempuan akan cakap: "Naluri pembantu, memang begitu...."


Kalau lelaki HANDSOME hantar komen dlm myspace..cepat2 dibalas..
kalau lelaki tak handsome dia akan ckp "buang masa je layan."


haha . wa bace natang ni , wa nak gelak guling - guling je rase . okay ! over . tade lah , benda ni dah tak berapa sinonim sangat lah sekarang ni . wa dah jarang dengar dah .. sebab ade sesetengah orang pilih muka yang tak hansome , tapi hati baik and kaya . . kaya tu penting lah bagi dorang tu . muka tape , tak penting . bukan bole kenyang pun setakat muka hansome keje duk kepah duit mak bapak je kan ? kalau nia pulak , errr . . . nia pilih inchik boyfrend nia lah . tip top ! full package . 


punya kerjaya tetap . punya kasih sayang yang sangat banyak . memahami . pendengar yang baik . pengkrittik yang baik . punya ibu bapa yang baik , sporting , ambil berat . ehem ! cuma nia je yang jarang telefon mak dengan abah mertua to be ni . *sedar diri. T_T . 

Sunday, October 30, 2011

hoben jang hoben

hai ! assalamualaikum . . ^______^ *senyum gumbira meleret - leret ke tanah cantum ke telinga .


tengok bola semalam ? negeri sembilan lawan terengganu kan ? ok . betul ! meh gosip pasal ni meyh . tape lambat sikit . . laku lagi ni . . hehe . . okay . . mak cik sebenar nya nak hapdet semalam , tapi ramai sangat yang guna tenet , so line nya pun lembap lah . *lembap yang membawa maksud lambat , bukan basah kekeringan . hak hak


makcik sebenar nya memang dah sokong sangat lah dengan negeri sembilan ni , pasal nya pakwe makcik tu duduk sane . bukan lah menetap terus . belajar dan kerja disane . maka dengan berpaksi kan pwnwmpatan pakwe makcik , makcik pilih lah negeri sembilan . dah choppp awal - awal okayyy . . bukan dah menang baru nak choopppp . itu 18 tahun dulu . . sekarang tahun yang ke-19 dah jadi baik . tak mahu jadi belot nih . hehe . . pakwe makcik pulak sokong terengganu . see ? duk kat negeri sembilan pun tak sokong negeri sembilan kan ? hehe . janji bahagia . tape . dapat jugak lah makcik sokong yang bertentangan dengan nya , ye dakkk ? 


tapi , makcik tak tengok pun game tu semalam . suami tercinta tolong update berita terkini kat makcik . kat rumah mak cik ade orang datang , ade budak kecik tu control tv mak cik . duk tengok upin ipin je ulang ulang . sabor je lah~



see ?ini lah bukti nya makcik sokong negeri sembilan . okayyy




ini pulak ramalan makcik . . jugak taruhan makcik . kalau negeri sembilan menang , makcik akan dapat KFC . hehe . . sukasuka . i like chicken .

 #penuh jujur cakap suka ayam . patut lah bantut , makan ayam suntik . =_='

dengan pak we makcik pulak , sape menang dapat birthday cake . hehe . . tapi bila dah menang , makcik mintak dia bawak balik jersey negeri sembilan . huhh ! berlagak . baru menang sikit dah sibuk kelim jersey . haha . bia arrrr . .akan tetapi , akhir nya dapat satu set baju jersey MU , for female and male sebab kami sokong MU ! hehe . so sekarang ni keputusan nya , dapat jersey MU . yeahhh ! 





sepatutnya : HOBEN JANG HOBEN . dah salah dah . erk ? abaikan . . sebut pun lebih kurang je . maklumlah , lidah johor . =_=

#ciss . . salah eja . malu arrr cam ni . T_T


Thursday, October 27, 2011

kata sayang

Hai ! 


 . *konon nak update hari - hari . haram jadah . dengan cuaca penuh romantis iaitu hujan renyai - renyai , sambil baca novel , jiwa pun berjiwa jiwang . sambil menunggu buah hati tercinta habis tahlil dan baris malam . sebenar nya , antara kita sedar atau pun tidak , kisah dari novel itu sendiri bukan hanya sekadar mainan minda , atau pun sekadar pengisi masa lapang . ia juga sebagai teladan buat kita . dari sesetengah novel yang aku baca , sometimes tempatkan diri aku sendiri dalam watak tersebut , ia buat kan aku sedar . membina satu perhubungan yang kukuh luar dan dalam , tidaklah mudah .


perenggan tajaan BUKU PRIMA . +_+


tapi ,ini lah orang nya ,




 yang mengorban kan masa tidur nya untuk aku , memenuhi kehendak aku , melukakan hati nya untuk aku , mengenepikan ego nya buat aku . yang sanggup bertukar hati dengan aku , untuk aku jaga . berkongsi segala nya . semua nya , untuk aku . . .


saat merenung techik ini ,



 pemberian inchik boyfrend hati dipagut rasa sayu kerana rindu . . . techik yang diberikan bagi menggantikan diri dia . dia yang jauh dimata . tapi di hati tetap ada . techik lah yang sama - sama menangis dengan aku , mendengar cerita tanpa beri sebarang respons . bercerita dengan nya seperti bercerita dengan inchik boyfrend sendiri . berkomunikasi melalui hati . . jujur saat ini aku terlalu rindu .

kenapa techik ni kambing dan bukan teddy bear ? 

sebab teddy bear tu dah terlalu biasa , terlalu sinonim dengan satu bentuk perhubungan dan pemberian nya adalah teddy bear . bukan kah satu kelainan jadi kan anak patung kambing sebagai pengganti diri ? oh ! sebelum terlupa . 


"husband , cinta nak techik yang besar bole tak ? cinta tak puas peluk ye bila tido  malam . hehe "


pernah sekali tangan ini berada dalam genggaman tangan nya . dan tika itu aku merasa sungguh selamat bersama nya . andai sesuatu berlaku , pasti dia ada untuk menyelamatkan aku juga melindungi aku . cuma sayang nya , aku lah wanita yang selalu mencabar kesabaran nya . sesungguhnya , dia lelaki penyabar . terlalu sabar menanti dan melayani kerenah ku . lelaki yang tak pernah berhenti menyayangi aku , dan dia yang tak pernah penat meluahkan kata cinta nya setiap pagi , stiap malam , setiap waktu yang dia ingin kan . .


urrgghhh ! rindu nya ! ^_^ . tapi disaat hati kita merindui seseorang lah kita mula mengenang saat - saat bersama . dan sekarang saya tengah mengenang saat berada di tepi pantai . bagi mengota kan janji nak main layang - layang same - same , sepasang kekasih telah pun membeli layang - layang bentuk sotong walaupun tade angin bertiup dengan sepoi - sepoi bahasa nya . then , bila layang - layang tu tak naik ,  cik awek rase begitu jeles bila ade satu layang - layang naik keudara dengan 'cat walk' . demmm ! kuang asam . maka terus menjalan kan seisi menggoda inchik husband nya . dengan muka sengaja disekolah kan dengan buat muka sedih teramat sambil cakap , "husband , orang tu punya naik . . kita punya tak pun , jom lah kita tukar layang - layang lain kat kedai tadi " dengan sekali lafaz , husband kata , "jom kita tukar" yessss ! hak hak . wa pun pegi tukar dengan layang - layang lagi besar . sotong jugak ! gambar sotong yang same dengan sotong yang cat walk naik ke awan tadi . tapi malang nya , tak naik juga . T_T wa fikir wa beli sejibik sejiban bole naik . cisss ! hampeh !


# spesies cik awek degil . tak faham - faham sotong tu duk dalam laut , memang lah dia tanak terbang . cuba beli burung . 


then , terduduk memadu kasih dengan angah , kak mie and pazan . menangkap gambar umpama diva jalanan .  lepas tu balik dengan puas hati sangat - sangat sebab jelas dimata , inchik boyfrend sangat - sangat mencuba untuk berikan servis yang terbaik untuk cik awek nya . . 


terkenang pandangan mata nya , terasa sentuhan tangan nya mengalir kan seluruh kasih sayang nya melalui darah yang mengalir . detik yang membahagia kan , membawa seribu . itu lah ubat rindu tatkala berjauhan . mengimbau segala kenangan sejak ari pertama perkenalan . indah sangat - sangat . 


that's him . mohd radzi bin masuhudi . lahir pada 14 august 1991 , berasal dari muar , johor . oh! kami dah sepakat nak buat rumah betul - betul dekat sempadan MUAR - BATU PAHAT . haha. 


segala tingkah nya menjadikan dia terlalu sempurna di mata . kalau keluar bersama , dia akan bawa kan handbag . suap kan makanan . kopek kan udang . kesat kan mulut bila comot . pimpin tangan bia saya tak terkinja - kinja kenakalan .  ehm . . banyak lagi . . 


dan saat itu , aku berdoa pada tuhan , semoga dia lah jodoh terbaik buat ku . orang yang akan menjaga aku seperti ayah ku , ayah kepada anak - anak ku , pembimbing ku dan aku lah ketua bidadari nya di akhirat kelak . insyaallah .



Wednesday, October 26, 2011

apa itu CINTA

hai ! assalamualaikum . 

hari ni , saya , nia farhana memegang title sebagai doktor cinta cinti . ngade ! hak hak . meh dengar satu cerita tentang apa itu cinta keyh . . meh duk sini meh . *sambil tepuk - tepuk lantai* meh duk ngan doktor . ni doktor nak cerita , supaya kalian pesakit - pesakit sekalian alam maya bole dengar dan renung kan .  bole ? *bole doktorrrrrrr* ok bagus ! 

-Apa Itu Cinta-

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

sekian sahaja ceramah doktor pada hari ini . jumpa lagi di hari lain , sila pergi kaunter untuk dapat kan tarikh appoinment yang seterus nya ya ! bubbye !

Monday, October 24, 2011

rokok TAK merbahaya .

sape kate rokok merbahaya ??? sape ?? sape??

Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki

oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak

berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan

mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu

nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percubaan.

Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sihat walafiat.

Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang doktor. Mereka selalu bersama kemana

saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. dr Jon Sumawan (suka main perempuan)

B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)

C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba

ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu

salah seorang mengambilnya lalu menggosok2kan ketel tersebut. Sejurus

kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti

menjadi satu makhluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas.

Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit!

Kerana kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa

saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan

takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan

kemahuan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup

mereka. Lalu mereka memilih kemahuan mengikuti kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di

seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku

selama 10 tahun.

Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal

selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan

ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal

selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan

ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan

si C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu

gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah

si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak boleh kerana tidak

sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu

dengan perempuan.

Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka

keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit kerana hari-hari

mabuk-mabuk. Jalan pun terhuyung-huyung.

Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar

dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin sambil memaki si jin.

Dia berkata: JIN BOODOH!! ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!





MORAL : 'Rokok Tidak akan berbahaya, sepanjang tidak ada mancisnya"






dah besar , dah bole kahwen ^_^

hai ! assalamualaikum . *_^


hari ini satu badan rase mengembang satu inci kecuali tinggi . T_T . kesian nia farhana . by the way , hari ini tanggal 24-oktober-2011 , umur nia farhana dah mencecah 19 tahun . 


terima kasih yang tak terhingga pada rakan rakan yang wishes , sama ada di hanfon mahupun muka buku . . terasa diri ini hebatttt bila ade tengok wall post banyak-banyak . begitu banyak notification . suka i . hak hak . bila lagi nak merasa popular , tak gitu ? :) 

hari ini juga hari ulang tahun kelahiran wayne rooney , pemain bola sepak . huhh ! memang nia suka bila di lahir kan dalam golongan elit ni , sebab bole tumpang 'mencapub' karena diri ini tidak elit seperti mereka . sob sob T_T . tak sia - sia wayne rooney ku jadi kan boyfrend part time aku . . 

inchik boyfrend tak jeles ke  siap ade boyfrend part time bagai ?

uh ! same sekali tidak . sebab saya dah pilih selina gomez sebagai part time girlfriend dia . . baik sungguh nia farhana . **kalau tak membangga diri , bukan nia farhana nama nya ye kawan-kawan . . #bajet hot setup + bajet retis = tak sedar diri . 


kemudian nya , hari ini juga merupakan hari keputraan sultan pahang . ingin menyatakan hasrat hati di kala ini , jikalau patik menetap di pahang , mungkin telah menerima anugerah setiap tahun dari sultan kerana berkongsi hari lahir . hehe . perasan ! huhh ! 

bila dah glemer di hari jadi ini , ramai yang wish , ade jugak yang menjadi kan isu 

bila nak kahwen 

sebagai isu utama ? er , dah tade citer lain kah ? saya merupakan gadis awal remaja yang baru berusia 19 tahun dah diasak dengan soalan begini ? makna nya , ade lagi 7 tahun untuk diasak soalan sebegini . oh ! kemon . pehlis lah . . tak popular pun tape kalau macam ni . . T_T . mesti dah naik hapal dialog nak kata apa bila orang tanya bila nak kahwen . sampai tumpul otak ini memberi alasan . alahai . tak suka nya ! 

dengan ayat penuh suci lagi murni berkata , diri ini suda meniti alam dewasa , teramat lah perlu men'control' ayu , menanamkan azam untuk menjadi stok akhir perempuan melayu terakhir di abad ini juga bakal isteri , dan ibu yang baik serta mithali . juga menjadi anak yang solehah yang bole membantu ibu bapa nya kelak . . kini telah mempunyai buah hati yang baik hati lagi disayangi juga dicintai , perlu lah menjaga adab sopan juga maruah diri dengan penuh berkesan . penuh tulus kan ? =_="

sekian saja untuk entry kali ni . owner dah huk huk dengan sangat kuat sampai melecet anak tekak . bubye !


Sunday, October 23, 2011

cherating


hai . assalamualaikum . . sokseksoksek .huk huk ! maap lah ye . . demam dan selsema sikit dimalam yang suci lagi hening ini . . menghabiskan hujung minggu juga saki baki cuti semester dengan holiday together - gether dengan famili merupakan cadangan paling baik serta suci lagi murni buat wanita baru nak dewasa seperti shaye ni ya. 

Cherating . tulis dengan pensel kayu tumpul pekat pekat kat diari. "seronok dapat holiday dengan family kat Cherating . ♥ "



rumah penginapan kami satu famili . dekat berandar tu , kami masak - masak . habis semua orang keliling tengok . **nasib dorang tak mintak dapur kat owner . 




lorong kawasan perumahan kami . sungguh kampung ya ! oh ! jiran sebelah yang sungguh riuh dan buat kan aku risau pasal anak nya . 

meh gosip sikit . ade ke patut , anak-anak reramai sampai lebih 5 orang kecik - kecik nak mandi laut mereka yang dewasa lagi panjang akal nya bole duduk diam je ? takkan lah kami jiran sebelah nak tunjuk perihatin ? HARAPAN LAH . . 




wajib amik gambar dengan buat muka suci dengan harapan nak semat kat blog sama tayang kat inchik boyfriend kasi dia jeles lebih sikit . 


MY DADDY , MY HERO ! hehe . 


adik yang nombor dua , tapi selalu dianggap kakaq , sebab badan dia lagi besar dari saya . lagi tinggi juga . adoi ! terasa ade buah kelapa jatuh atas kepala yang buat saya lebih rendah lagi . 



hahh . . yang bongsu pun lagi lebar dari kakaq nya ape kes ? oi ! kaq . kurang makan eah ? **ape nak buat . memang bantut . . sob sob . T_T


anak anak yang hampir sama tinggi dengan ibu abah nya . . yang bongsu , 12 tahun , sama tinggi dengan ibu , 47 tahun . huhh ! hebattt 




saje amik gambar kaki sebab baru lepas buat medical cure . . ok ! aku tipu . HEHE .
selipar hijau : aku .
selipar biru : yana , nombor dua
selipar tapak hitam tali kuning : bella . yang bongsu .



selipar bling - bling tu , ibu saya punya ! 


hehe . comel tak kasut croc tu ? ayah saya punya okayyyy . . cukup kuota . 5 orang . . oh ! lupa . kunci kete pun nak tumpang glemer jugak . .

then , kami semua berangkat ke kemaman terengganu bagi mencari ole-ole buat santapan keluarga di kampung . juga cara paling halus nak bagi tahu yang kami ni baru balik bercuti . HAHA . belian keropok yang maha banyak juga amat lah diwajibkan . . maka  belian yang maha banyak juga hanya difokuskan kesitu . . apa nak buat , segala benda disana juga terdapat di pasar lambak kat kampung . . HOHO . sebelum terlupa , nak kata kat sini , kami semua tak mandi laut pun . hanya mampu melihat . ombak manyak busat . takot . . 

sekian sahaja untuk tatapan kalian terutama inchik boyfrend yang disayangi lagi dikasihi . en . mohd radzi bin masuhudi . saya dengan ini bersenang senang tanpa kehadiran anda disisi tapi tetap ada dihati . . wa gila rindu sama lu wooooo . . nanti kita dating eh ! hehe . bubye !



**HAPPY BIRTHDAY TO MY BLOG N ME !! HEHE .