Friday, September 30, 2011

aku tak bodoh

tadi tengok citer ni . seghonok jugak . :)




ok . ye ! tau . . . aku lambat tengok cerita ni .. nampak tak pengakuan jelas dimuka bumi ini . sangat kolot kan ? terima kasih . at least tengok jugak dari tak tengok langsung . tiga per empat dari cerita tu , sangat-sangat kelakar . seghonok tengok . satu per empat pulak , sesi hujan air mata . berbaldi-baldi aku nangis bab tengok cerita ni . 

moral of the value : SAYANG FAMILY SAYA . TERIMA KASIH SEBAB FAHAM SAYA SELAMA NI . 

.rumput juga memerlukan belalang . itu lumrah hidup . semua saling bergantungan . 

Sunday, September 25, 2011

memang ALLAH sengaja


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.



Sabarlah .
Sabar bukan berarti diam..
sabar bukan berarti tidak boleh menangis..
Sabar adalah kemulian dlm sikap tenang melawan luka dalam hidup..
Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.

kesempatan atau pilihan

dah lame tak bercakap pasal 'lovey-dovey' kan ? *lama lah sangat bedah oi*  abaikan . tajuk gosip kita kali ni ya puan-puan dan tuan-tuan . tuan -tuan dan puan-puan , kita nak bercakap pasah jodoh dan pertemuan . nak cakap apa lagi ? kau kan dah ade inchik boyfrend . alah , yang kau duk panggil husband - husband tu ha ! dah . dah jumpa dah jodoh kau . ok ! bongkak sekejap . :) 


biase nya, bila cakap pasal jodoh pertemuan , mesti akan ada yang cakap , jodoh pertemuan, ajal dan maut ditangan tuhan. kita sebagai manusia ni cuma bole merancang, tuhan yang tentukan . saat tu, kita akan terdiam sebab tak berani nak membantah ape-ape lagi kan ? betul tak ? * ko lupe ke yang kau ni cakap sengsorang ? ngekkk ! * . tapi sekarang ni nak bercakap saat kita berjumpa , terjumpa atau buat-buat terjumpa jodoh. kannnnnnnnn.



Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, itulah kesempatan.

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, itu bukan pilihan, itulah kesempatan.


Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, itupun adalah kesempatan.



Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, malah dengan segala kekurangannya, itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, itu adalah pilihan.


Malah ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu dan tetap memilih untuk mencintainya, itulah pilihan.



Perasaan cinta, simpati, tertarik, datang bagai KESEMPATAN pada kita.Tetapi cinta sejati yang abadi adalah PILIHAN!


Pilihlah yang terbaik bagi selayaknya untuk kamu,yang seerti bukan yang hanya menurut perasaan tanpa kehadiran hati!
Kenapa?

‎”….. Bila kelak kita akan menyayangi seseorang, sayangilah dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika kita meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ia akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa……”
Berbicara tentang pasangan jiwa, ada suatu petikan dari filem yang mungkin sangat tepat : 


“Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil”


Pasangan cinta kita pasti ada, kerna diciptakan kita berpasang-pasangan.
NAMUN, ALLAH beri petunjuk dengan iras-iras wajah yang sama dicipta pada pasangan jiwa.
TETAPI diciptakan pasangan ini bukan pada jalan yang sama , sifat dan perlakuannya pasti berbeza supaya wujud kepelbagaian dalam hubungan .

MAKA, pilihlah cintamu pada petunjuk ILLAHI bukan pada nafsu sendiri .

kita ada didunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai, tetapi untuk kita belajar mencintai seseorangyang tidak sempurna dengan cara yang sempurna



seringkali, kita akan terasa bahawa apa yang pasangan kita bagi tu berlebihan untuk kita. kita terasa yang dia terlebih sempurna untuk kita, wal hal, kalau kita tanya pada dia, dia akan kata, kita yang terlebih sempurna untuk nya . pada saya, ini tak menjadi masalah sebab setiap kali kita berfikir pasangan kita dah jadi yang sempurna juga terbaik untuk kita, kita juga akan jadi yang terbaik untuk nya. disitu lah konsep memberi dan menerima akan terjadi. :)

for mohd radzi :
 aku mencintaimu bukan kerana siapa dirimu, tapi kerana siapa diriku bila bersamamu .






cinta jejari

rupa nya lah ade sebab kenapa cincin ni, di sarungkan di jari manis . . ingat sebab orang dulu-dulu buat macam tu. jadi kita yang muda ni pun ikut je lah kan ? adat resam meyh . jangan memain . karang tak masal kuar peribahasa "biar mati anak, jangan mati adat" . selama ni aku sarung cincin kat ibu jari, rileks je ibu abah aku. ok! joke . 


aku pun dah cuba ujian ni. ternyata aku lulus ! terbukti meyh jari manis memang tak bole nak gerak bila buat macam ni. meh lah terai sekali. ;)



 satukan kedua-dua belah tangan anda dan bengkokkan jari tengah ke dalam. Kemudian, empat jari yang lain dipertemukan di hujungnya. *jadi guru bahasa melayu sekejap*


 Ibu Jari
Cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua anda. Kelak suatu hari nanti, pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan anda buat selama-lamanya. Tutup kembali ibu jari.




 Jari Telunjuk
Buka pula jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili adik-beradik. Mereka juga bakal meninggalkan keluarga dan mengorak hala tuju masing-masing apabila tiba masanya. Tutup kembali jari telunjuk.




Jari Kelingking
Cuba pula buka jari kelingking yang paling kecil, ianya mewakili anak-anak anda. Lambat-laun, apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri, mereka juga akan meninggalkan anda. Tutup kembali jari kelingking.




 Jari Manis
Dan sekarang, cuba buka jari manis, yang mana anda menyarungkan cincin perkahwinan padanya. Hairan kan mengapa anda tidak dapat membuka jari manis. Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri anda. Tiada yang dapat memisahkan anda dan pasangan anda, kerana anda berdua telah ditakdirkan untuk bersama sehidup semati. Jadi, hargai lah pasangan anda. 




*motif letak gambar ni ?*
sebab nak cantikkan side bar recent post aku jeww. BHAHAHA. 







Wednesday, September 21, 2011

cinta kita ^-^


Inilah aku apa adanya
Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu
Ini cintaku apa adanya
Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
cinta kita abadi selamanya
Jalan kita masih panjang
Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga
Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Monday, September 19, 2011

setia dan sedia dalam ikatan


"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)
Membina ikatan persis membina sebuah mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan, dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang. Tampak cantik dihias rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah cerlang sinarnya. Si Tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta, saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan keringat dalam memacunya.
"Lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik."
Dalam memateri sebuah ikatan, elemen setia dan sedia menjadi perlambangan sejauh mana kekuatan sebuah ikatan. Berseminya ikatan tanpa kesetiaan, ibarat menunggu rumah ditelan rebah. Bertautnya ikatan tanpa kesediaan, ibarat menanti mahligai musnah berkecai.
Saat memilih untuk membina ikatan, eloklah diteliti apakah kita telah melengkapi keduanya.Bersetia menjalin cinta dan menongkah badai kehidupan bersama. Tidak pernah goyah diduga godaan, tidak pernah rebah diuji cabaran apatah lagi gundah disuntik rintangan. Hidup bersama rencahnya berjuta. Tika itulah kesetiaan benar-benar memainkan peranan.
Apabila lengkap elemen kesetiaan, lihatlah pula kepada elemen kesediaan. Usah sekadar terpesona dengan lafaz dan janji di bibir manis, namun intailah kesediaan menerima yang tak pernah gerimis. Ilmu agama disisip kemas di dada, agar hasutan syaitan dan iblis bisa ditepis. Sedia membimbing dan dibimbing. Nafsu amarah bukan wasilah melampiaskan kemarahan bukan pada tempatnya. Toleransi sebagai benteng utuhnya rukun sebuah ikatan.
''Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita solehah''
Ketahuilah wanita solehah, bahawa dirimu amat bernilai. Selautan emas waima segunung permata bukan tandinganmu kerana dirimu jauh lebih tinggi nilainya di kaca mata Islam. Usah mudah memberi cinta, kelak binasa jiwa. Sebaliknya, ujilah si dia agar simpulan kasih tidak mudah terungkai, ikatan sayang tidak mudah bercerai.
Jika ingin memilih membina ikatan, maka bersiagalah kerana era penuh air mata dan duka akan menantimu. Kuatkanlah keteguhan nalurimu agar segala yang ditempuhi mendapat inayah-Nya. Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam si mawar berduri. Sebaik ditanam tidak terus berputik bunga kirana, tetapi tumbuh dahulu duri yang berbisa.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Manusia yang utama adalah orang mukmin yang alim. Jika diperlukan dia diberikan manfaat, jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya sendiri."
Bagi arjuna, keperkasaan bukanlah bukti kelelakian sebenarmu. Layar bahtera akan dapat terus menyusur pantai impian, walau badai merempuh apabila mahligai ikatan dinakhodakan oleh lelaki yang beriman. Bisa melindungi dan membajai kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Menjadi pemimpin terulung kebanggaan pasangan, menyalur bimbingan dan pendidikan kepada ahli keluarga dan tidak merelakan diri menjadi dayus sehingga di akhirat kelak mendapat celaka. Bijaksana dalam merencana keputusan agar tidak menyinggung hati dan perasaan. Rasulullah menjadi tauladan dalam menjadi suami idaman. Suami ibarat mentari, memberi cahaya dan kehangatan. Isteri bagai bulan, cantik dan indah dipandang.
''Selembar benang berkait, akhirnya berpakai jua, setapak kaki berdikit, akhirnya berdiri juga''
Kepada sesiapa yang merasa diri masih bergelut dalam kekurangan dan belum memenuhi elemen-elemen ini, jadi bermulalah sekarang. Andai diri tidak setia, belajarlah memahami hakikat kesetiaan, signifikannya dalam ikatan.
Andai diri tidak sedia, namun mengharap bunga di taman larangan, penuhilah pengetahuan agama di dadamu. Kalungkanlah di jiwamu rasa tanggungjawab walaupun rasa jahil membelenggumu. Muhasabahlah diri agar terbinanya hubungan berkekalan hingga penghujungnya.

Saturday, September 17, 2011

kekasih yang tak dianggap


ingin saya kongsikan sebuah cerita , satu kisah seorang silent-friend of mine, yang luaran nya kelihatan terlalu ceria dan gembira tetapi hatinya tidak pernah bahagia dalam erti kata sebenar semenjak dua menjak ini . panggil saja dia , wani . walau pun saya memanggilnya kak wani.

perwatakan nya yang sederhana tapi periang menggamit saya untuk mengenalinya lebih rapat. permulaan perkenalan di facebook kerana dia merupakan girlfriend kepada kawan inchik boyfrend saya. sikap nya yang bersahaja memudah kan lagi untuk kami berkongsi cerita.kak wani ini memang sederhana tetapi selalu kelihatan happy go lucky, perbualan harian kami  di facebook selalunya bersulam gelak-tawa, kami berceloteh itu dan ini,

suatu hari, hati nya menerima kelukaan. amat dalam. kami memerhatikan dia yang sentiasa ceria walau saat dia mengadu kisah dukanya, dan biasanya bila dia mula bercakap mengenai kisah sedih saya akan selalu kalah pada perasaan kerana saya pasti akan menangis menbaca blog nya sedangkan dia tetap saja tenang, sambil tergelak besar melihat betapa besarnya emosi saya tatkala saya post kan kata-kata semangat untuknya di facebook.


Tidak mampu saya bayangkan bagaimana kak wani tabah mengharungi hidup nya bila hati selalu terguris,kak wani bercinta dengan lelaki pilihannya, lelaki yang dikenali sekejap waktu, lelaki yang disangka adalah lelaki terbaik sebagai pendamping hidup. Mula-mula, memang kak wani nampak terlalu bahagia, hubungan nya seakan dirahmati dengan sebeban kasih-sayang, perasaan kak wani sentiasa berbunga riang, melodi jiwanya berlagu indah. Nyata, perasaan terlalu mudah berubah, kasih bisa saja pudar sekerdip mata, namun tetap saja dia pasrah dengan takdir tuhan untuk nya. diberikan kepada nya satu ujian yang maha hebat, namun tetap saja dia kuat. masih mampu tersenyum bagi menenangkan kami yang lain, tapi dihati nya sedang bergelut hebat dengan perasaan nya. tangis dihati nya masih belum berhenti. setiap doa nya, tak pernah lupa diselit kan nama si dia, JASS RAFFEZE. 

semoga insan ini terus tabah mengahadapi segala ujian buat nya. andai telah tertulis di loh mahfuz NUR SYAZWANI telah tercipta dari sebahagian tulang rusuk JASS RAFFEZE , insyaallah, jika setinggi langit pun masalah yang dihadapi, kalian tetap akan bersatu. 

**untuk kak wani: nia sayang akaq, nia ade untuk akaq. biar pun suatu hari nanti akaq tersurat akaq berpisah dengan nya (nauzubillah) , kami masih ada untuk akaq. kisah kita takkan berhenti setakat ini. persahabatan kita takkan mati. ;) kita adiq beradiq dalam ISLAM biarpun berlainan keluarga. 

If you love someone, let him go, if he comes back he's yours, if not, he never meant to be.

Monday, September 12, 2011

witness of love




selamat menikah  sudah... :)

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V


SEE ? couple paling 'lovey-dovey' dari pengantin itu sendiri . wah ! wah ! nampak betul seri pelamin kat wajah kedua mempelai kan ? siap buat bentuk LOVE lagi . hehe .  
  ini inchik boyfrend saya n apex . dorang terpaksa jadi couple sejati hari tu sebab cik awek masing-masing tade. haha . serius kesian doh !

berikut merupakan bakal-bakal mengikut jejak langkah pengantin yang diatas sebenar. 



kak nani n budin.
 *bajet budin tu sebaya kan? tape lah , as a friend . karang kalau panggil abang , kene cincang dengan kak nani . kan ? dorang ade bantal lembut-lembut tau . siap ade kad pengenalan lagi bantal lembut-lembut tu . hehe .




pasangan yang baru je bertunang . cham n kak eifa.

muka diorang seriously same , kan ? lepas ni , merasa lah nasi minyak diorang . :)


yang ni , kak  errr... kak... hahadoi. nama betul tak tahu . tapi nama glamour dia shiffon Baldu. gila lawa muka dia, macam anak patung. kulit pun bersih je.  :) she is belong to Azrik.

yang ni pulak mereka-mereka yang turut memeriah kan majlis. gila ramai wooo. mengikut sumber BERNAMA MOHD RADZI, mereka telah berkonvoi sebanyak 20 buah kereta , errrr . . . mungkin sebiji moto .


haa !! nampak tak helmet tu ? bila ade helmet , mesti ade moto kan ? bila ade helmet satu , at least ade satu moto kan ? 




betapa ramai nya mereka ini . eh ! ada apiq lah . :) 



muka dorang je , pengantin tak de pun . 







gambar ni besar sebab nak tunjuk gambar ichik boyfrend saya tengah balas mesej saya. eh! bukan yang baju putih.. alahai. yang baju pink tu... haaa. yang pinky tu lah.hehe. :)






gambar ni sepatut nya di censored kan sebab gambar inchik boyfrend aku ni, daring gila pose dia . HAHA. 




HAH. dan saya ade sebelah kak nani . bukan nenek tu , tapi ade diantara kak nani , n nenek tu . terpaksa jadi invisible sebab same glamour dengan pengantin . so, untuk tidak mengelirukan khalayak ramai , terpaksa lah jadi invisible . hoho. 


synopsis of the story : sangat sedih sebab tak dapat join . geng-geng BAKAT TD (persatuan isteri-isteri tentera) telah meng'havoc'kan majlis . and i'm should be one of them . 


oh ! this is gambar of the real pengantin. 

selamat pengantin baru . semoga kekal ke akhir hayat. :)

for kita-kita yang masih bujang ni , semoga allah menyatukan dua hati yang saling sayang. :)



[CREDIT TO; CHAM n APEX _ photo]

Wednesday, September 7, 2011

jika aku tanpa mu (repost)


Entry ni,di adaptasi @ eftect mse aku bce blog some one.Which is,menceritakan tentang couple yang hangat bercinta, then, tak sampai kemana, sebab one of dari couple tu, dah menghadap ilahi. the boy, died because of accident. takdir tuhan menentukan tiada jodoh diantara mereka. takdir tuhan yang menemukan mereka, kerana takdir juga mereka berpisah. siapalah kita untuk menentang kuasa Allah kan? subhanallah.

Serius menangis gila-gila bile bce blog tue. Lagi pun, i kan ratu air mata. I can feel how much that girl loved and missed him.Then, in this time, aku terbayang kan kalau aku pulak kehilangan [My LaLiNk]. Mintak di jauh kan. Tak sanggup rasa nya nak berdepan dengan situasi macam tu.. Terlalu lemah nak berdepan dengan semua tu kalau betul-betul terjadi kat diri aku. Terlalu takut kalau perkara yang sama terjadi pada aku. bukan hanya dia [My LaLiNk] tapi jugak semua orang yang aku sayang. 


Baru tadi, aku bacekan blog someone tui kat [My LaLiNk],dengan airmata yang tak berhenti mengalir. Aku tak dapat nk habis kan ayat akhir tu, sebab dah tak sanggup nak tengok. Sedih sesangat.Lepas je,aku abis bace, [My LaLiNk] terus je kate,


"b masih ada untuk sayang kan, b masih boleh pujuk sayang kalau sayang nangis, b masih ada n masih mampu nak buat sayang tersenyum. b masih mampu nak bahagia kan sayang" b masih ada untuk same2 ngan sayang. B janji takkan tinggal kan sayang"

"Mungkin, kasih sayang b, tak sebanyak kasih sayang sayang pada b, b tau, b tak banyak luangkan 
mase dengan sayang. B minta halal mase-mase yang b tak dapat luang kan untuk sayang. Antara
kita,masih belum ada saat-saat yang bahagia. B janji, akan ada saat and detik-detik indah tuk kita
berdua. Ni janji b.. B akan bahagia kan sayang. kalau b tak tunai kan janji b ni, sayang tuntut kat 
alam lain"





sebab ni lah, [My LaLiNk tak boleh selalu ada untuk shaye. tak ape, saya faham. kan awak kan? [My LaLiNk] antara orang yang wat semua orang kat Malaysia ni bole tidur lena. hidup ngan tanpa rase takut. and secara tak langsung [My LaLiNk] jaga aku jugak. hehe. i'm very proud to be with you. ~ <3





I LOVE DAMN MUCH.. 


sayang sendiri tak boleh nak bayangkan kalau b tak ada dalam hidup sayang. sebab sekarang, b merupakan orang paling penting dalam hidup sayang, selain ibu, abah, adik-adik n family yang lain.kau umpama matahari yang menyinari hidupku, tanpa lelah. kau umpama bulan yang menerangi malam ku tanpa perlu aku risau akan ketiadaan mu, kerana kau akan sentiasa berada disampingku tiap waktu. biar pun jasad kita jauh beribu batu. hati kau dan aku tetap satu. 

b, ibarat kaki sayang yang bawa kemana saja sayang pergi, 

b ibarat tangan sayang, yang memudahkan lagi sayang siapkan kerja.
b, ibarat jantung sayang, 
yang berdegup setiap detik, setiap saat untuk sayang terus hidup.
u are my soul. my life. my happiness.


sayang perlukan b untuk sayang hadapi hidup ni. memang betul betul b kata, b tak selalu ada dengan sayang bila sayang perlukan b. bila sayang sakit, sayang cuma boleh call n 3G b, sambil menangis. bila sayang terlalu rindukan b,bila nak tido malam, sayang just berharap yang kita akan jumpa dalam mimpi. bila sayang terjaga tengah malam sebab teringatkan b, sayang just amik fon, tengok semua gambar-gambar b. ulang banyak banyak kali. bila sayang kene buat something sedangkan orang lain,couple dia yang buat kan, sayang just bayangkan, b pun ada kat sebelah sayang, tengok apa yang sayang buat. 


teringat gelagat b sekarang, b tak bagi sayang make up sebab takut kene usha,tak bagi sayang pakai cantik2, sebab t orang kacau sayang. n b tak bagi sayang pakai perfume, sebab tak nak orang tergoda ngan bau perfume sayang. and b jeles, sebab bila sayang pakai semua tu, b tak nampak. b tak boleh nak tengok.  hehe.


Macam mana yang b janji dengan sayang, itu lah jugak janji sayang ngan b...
Love u too, n lebih-lebih sayang.


happy anniversary yang ke satu tahun 4 bulan.. :)
semoga dengan bertambahnya umur hubungan kita, ia nya bole membawa lebih erti kepada kita. :)