Sunday, September 25, 2011

kesempatan atau pilihan

dah lame tak bercakap pasal 'lovey-dovey' kan ? *lama lah sangat bedah oi*  abaikan . tajuk gosip kita kali ni ya puan-puan dan tuan-tuan . tuan -tuan dan puan-puan , kita nak bercakap pasah jodoh dan pertemuan . nak cakap apa lagi ? kau kan dah ade inchik boyfrend . alah , yang kau duk panggil husband - husband tu ha ! dah . dah jumpa dah jodoh kau . ok ! bongkak sekejap . :) 


biase nya, bila cakap pasal jodoh pertemuan , mesti akan ada yang cakap , jodoh pertemuan, ajal dan maut ditangan tuhan. kita sebagai manusia ni cuma bole merancang, tuhan yang tentukan . saat tu, kita akan terdiam sebab tak berani nak membantah ape-ape lagi kan ? betul tak ? * ko lupe ke yang kau ni cakap sengsorang ? ngekkk ! * . tapi sekarang ni nak bercakap saat kita berjumpa , terjumpa atau buat-buat terjumpa jodoh. kannnnnnnnn.



Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, itulah kesempatan.

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, itu bukan pilihan, itulah kesempatan.


Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, itupun adalah kesempatan.



Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, malah dengan segala kekurangannya, itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, itu adalah pilihan.


Malah ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu dan tetap memilih untuk mencintainya, itulah pilihan.



Perasaan cinta, simpati, tertarik, datang bagai KESEMPATAN pada kita.Tetapi cinta sejati yang abadi adalah PILIHAN!


Pilihlah yang terbaik bagi selayaknya untuk kamu,yang seerti bukan yang hanya menurut perasaan tanpa kehadiran hati!
Kenapa?

‎”….. Bila kelak kita akan menyayangi seseorang, sayangilah dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika kita meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ia akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa……”
Berbicara tentang pasangan jiwa, ada suatu petikan dari filem yang mungkin sangat tepat : 


“Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil”


Pasangan cinta kita pasti ada, kerna diciptakan kita berpasang-pasangan.
NAMUN, ALLAH beri petunjuk dengan iras-iras wajah yang sama dicipta pada pasangan jiwa.
TETAPI diciptakan pasangan ini bukan pada jalan yang sama , sifat dan perlakuannya pasti berbeza supaya wujud kepelbagaian dalam hubungan .

MAKA, pilihlah cintamu pada petunjuk ILLAHI bukan pada nafsu sendiri .

kita ada didunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai, tetapi untuk kita belajar mencintai seseorangyang tidak sempurna dengan cara yang sempurna



seringkali, kita akan terasa bahawa apa yang pasangan kita bagi tu berlebihan untuk kita. kita terasa yang dia terlebih sempurna untuk kita, wal hal, kalau kita tanya pada dia, dia akan kata, kita yang terlebih sempurna untuk nya . pada saya, ini tak menjadi masalah sebab setiap kali kita berfikir pasangan kita dah jadi yang sempurna juga terbaik untuk kita, kita juga akan jadi yang terbaik untuk nya. disitu lah konsep memberi dan menerima akan terjadi. :)

for mohd radzi :
 aku mencintaimu bukan kerana siapa dirimu, tapi kerana siapa diriku bila bersamamu .






No comments:

Post a Comment