Sunday, October 30, 2011

hoben jang hoben

hai ! assalamualaikum . . ^______^ *senyum gumbira meleret - leret ke tanah cantum ke telinga .


tengok bola semalam ? negeri sembilan lawan terengganu kan ? ok . betul ! meh gosip pasal ni meyh . tape lambat sikit . . laku lagi ni . . hehe . . okay . . mak cik sebenar nya nak hapdet semalam , tapi ramai sangat yang guna tenet , so line nya pun lembap lah . *lembap yang membawa maksud lambat , bukan basah kekeringan . hak hak


makcik sebenar nya memang dah sokong sangat lah dengan negeri sembilan ni , pasal nya pakwe makcik tu duduk sane . bukan lah menetap terus . belajar dan kerja disane . maka dengan berpaksi kan pwnwmpatan pakwe makcik , makcik pilih lah negeri sembilan . dah choppp awal - awal okayyy . . bukan dah menang baru nak choopppp . itu 18 tahun dulu . . sekarang tahun yang ke-19 dah jadi baik . tak mahu jadi belot nih . hehe . . pakwe makcik pulak sokong terengganu . see ? duk kat negeri sembilan pun tak sokong negeri sembilan kan ? hehe . janji bahagia . tape . dapat jugak lah makcik sokong yang bertentangan dengan nya , ye dakkk ? 


tapi , makcik tak tengok pun game tu semalam . suami tercinta tolong update berita terkini kat makcik . kat rumah mak cik ade orang datang , ade budak kecik tu control tv mak cik . duk tengok upin ipin je ulang ulang . sabor je lah~



see ?ini lah bukti nya makcik sokong negeri sembilan . okayyy




ini pulak ramalan makcik . . jugak taruhan makcik . kalau negeri sembilan menang , makcik akan dapat KFC . hehe . . sukasuka . i like chicken .

 #penuh jujur cakap suka ayam . patut lah bantut , makan ayam suntik . =_='

dengan pak we makcik pulak , sape menang dapat birthday cake . hehe . . tapi bila dah menang , makcik mintak dia bawak balik jersey negeri sembilan . huhh ! berlagak . baru menang sikit dah sibuk kelim jersey . haha . bia arrrr . .akan tetapi , akhir nya dapat satu set baju jersey MU , for female and male sebab kami sokong MU ! hehe . so sekarang ni keputusan nya , dapat jersey MU . yeahhh ! 





sepatutnya : HOBEN JANG HOBEN . dah salah dah . erk ? abaikan . . sebut pun lebih kurang je . maklumlah , lidah johor . =_=

#ciss . . salah eja . malu arrr cam ni . T_T


Thursday, October 27, 2011

kata sayang

Hai ! 


 . *konon nak update hari - hari . haram jadah . dengan cuaca penuh romantis iaitu hujan renyai - renyai , sambil baca novel , jiwa pun berjiwa jiwang . sambil menunggu buah hati tercinta habis tahlil dan baris malam . sebenar nya , antara kita sedar atau pun tidak , kisah dari novel itu sendiri bukan hanya sekadar mainan minda , atau pun sekadar pengisi masa lapang . ia juga sebagai teladan buat kita . dari sesetengah novel yang aku baca , sometimes tempatkan diri aku sendiri dalam watak tersebut , ia buat kan aku sedar . membina satu perhubungan yang kukuh luar dan dalam , tidaklah mudah .


perenggan tajaan BUKU PRIMA . +_+


tapi ,ini lah orang nya ,




 yang mengorban kan masa tidur nya untuk aku , memenuhi kehendak aku , melukakan hati nya untuk aku , mengenepikan ego nya buat aku . yang sanggup bertukar hati dengan aku , untuk aku jaga . berkongsi segala nya . semua nya , untuk aku . . .


saat merenung techik ini ,



 pemberian inchik boyfrend hati dipagut rasa sayu kerana rindu . . . techik yang diberikan bagi menggantikan diri dia . dia yang jauh dimata . tapi di hati tetap ada . techik lah yang sama - sama menangis dengan aku , mendengar cerita tanpa beri sebarang respons . bercerita dengan nya seperti bercerita dengan inchik boyfrend sendiri . berkomunikasi melalui hati . . jujur saat ini aku terlalu rindu .

kenapa techik ni kambing dan bukan teddy bear ? 

sebab teddy bear tu dah terlalu biasa , terlalu sinonim dengan satu bentuk perhubungan dan pemberian nya adalah teddy bear . bukan kah satu kelainan jadi kan anak patung kambing sebagai pengganti diri ? oh ! sebelum terlupa . 


"husband , cinta nak techik yang besar bole tak ? cinta tak puas peluk ye bila tido  malam . hehe "


pernah sekali tangan ini berada dalam genggaman tangan nya . dan tika itu aku merasa sungguh selamat bersama nya . andai sesuatu berlaku , pasti dia ada untuk menyelamatkan aku juga melindungi aku . cuma sayang nya , aku lah wanita yang selalu mencabar kesabaran nya . sesungguhnya , dia lelaki penyabar . terlalu sabar menanti dan melayani kerenah ku . lelaki yang tak pernah berhenti menyayangi aku , dan dia yang tak pernah penat meluahkan kata cinta nya setiap pagi , stiap malam , setiap waktu yang dia ingin kan . .


urrgghhh ! rindu nya ! ^_^ . tapi disaat hati kita merindui seseorang lah kita mula mengenang saat - saat bersama . dan sekarang saya tengah mengenang saat berada di tepi pantai . bagi mengota kan janji nak main layang - layang same - same , sepasang kekasih telah pun membeli layang - layang bentuk sotong walaupun tade angin bertiup dengan sepoi - sepoi bahasa nya . then , bila layang - layang tu tak naik ,  cik awek rase begitu jeles bila ade satu layang - layang naik keudara dengan 'cat walk' . demmm ! kuang asam . maka terus menjalan kan seisi menggoda inchik husband nya . dengan muka sengaja disekolah kan dengan buat muka sedih teramat sambil cakap , "husband , orang tu punya naik . . kita punya tak pun , jom lah kita tukar layang - layang lain kat kedai tadi " dengan sekali lafaz , husband kata , "jom kita tukar" yessss ! hak hak . wa pun pegi tukar dengan layang - layang lagi besar . sotong jugak ! gambar sotong yang same dengan sotong yang cat walk naik ke awan tadi . tapi malang nya , tak naik juga . T_T wa fikir wa beli sejibik sejiban bole naik . cisss ! hampeh !


# spesies cik awek degil . tak faham - faham sotong tu duk dalam laut , memang lah dia tanak terbang . cuba beli burung . 


then , terduduk memadu kasih dengan angah , kak mie and pazan . menangkap gambar umpama diva jalanan .  lepas tu balik dengan puas hati sangat - sangat sebab jelas dimata , inchik boyfrend sangat - sangat mencuba untuk berikan servis yang terbaik untuk cik awek nya . . 


terkenang pandangan mata nya , terasa sentuhan tangan nya mengalir kan seluruh kasih sayang nya melalui darah yang mengalir . detik yang membahagia kan , membawa seribu . itu lah ubat rindu tatkala berjauhan . mengimbau segala kenangan sejak ari pertama perkenalan . indah sangat - sangat . 


that's him . mohd radzi bin masuhudi . lahir pada 14 august 1991 , berasal dari muar , johor . oh! kami dah sepakat nak buat rumah betul - betul dekat sempadan MUAR - BATU PAHAT . haha. 


segala tingkah nya menjadikan dia terlalu sempurna di mata . kalau keluar bersama , dia akan bawa kan handbag . suap kan makanan . kopek kan udang . kesat kan mulut bila comot . pimpin tangan bia saya tak terkinja - kinja kenakalan .  ehm . . banyak lagi . . 


dan saat itu , aku berdoa pada tuhan , semoga dia lah jodoh terbaik buat ku . orang yang akan menjaga aku seperti ayah ku , ayah kepada anak - anak ku , pembimbing ku dan aku lah ketua bidadari nya di akhirat kelak . insyaallah .



Wednesday, October 26, 2011

apa itu CINTA

hai ! assalamualaikum . 

hari ni , saya , nia farhana memegang title sebagai doktor cinta cinti . ngade ! hak hak . meh dengar satu cerita tentang apa itu cinta keyh . . meh duk sini meh . *sambil tepuk - tepuk lantai* meh duk ngan doktor . ni doktor nak cerita , supaya kalian pesakit - pesakit sekalian alam maya bole dengar dan renung kan .  bole ? *bole doktorrrrrrr* ok bagus ! 

-Apa Itu Cinta-

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

sekian sahaja ceramah doktor pada hari ini . jumpa lagi di hari lain , sila pergi kaunter untuk dapat kan tarikh appoinment yang seterus nya ya ! bubbye !

Monday, October 24, 2011

rokok TAK merbahaya .

sape kate rokok merbahaya ??? sape ?? sape??

Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki

oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak

berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan

mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu

nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percubaan.

Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sihat walafiat.

Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang doktor. Mereka selalu bersama kemana

saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. dr Jon Sumawan (suka main perempuan)

B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)

C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba

ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu

salah seorang mengambilnya lalu menggosok2kan ketel tersebut. Sejurus

kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti

menjadi satu makhluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas.

Lalu jin tersebut tertawa: 'Ha ha ha...' dan berkata 'Akulah Jin Ifrit!

Kerana kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa

saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan

takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan

kemahuan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup

mereka. Lalu mereka memilih kemahuan mengikuti kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,'Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di

seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku

selama 10 tahun.

Pufff ........!! dengan sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si A.

Berkata si B, 'Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal

selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan

ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff .......... !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B.

Berkata pula si C,'Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal

selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan

ganggu aku selama 10 tahun.'

Pufff ........... !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan

si C.

Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu

gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan.

Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah

si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak boleh kerana tidak

sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu

dengan perempuan.

Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka

keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit kerana hari-hari

mabuk-mabuk. Jalan pun terhuyung-huyung.

Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !!

Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar

dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin sambil memaki si jin.

Dia berkata: JIN BOODOH!! ...!!!! MANCISNYA MANA ...???!!!





MORAL : 'Rokok Tidak akan berbahaya, sepanjang tidak ada mancisnya"






dah besar , dah bole kahwen ^_^

hai ! assalamualaikum . *_^


hari ini satu badan rase mengembang satu inci kecuali tinggi . T_T . kesian nia farhana . by the way , hari ini tanggal 24-oktober-2011 , umur nia farhana dah mencecah 19 tahun . 


terima kasih yang tak terhingga pada rakan rakan yang wishes , sama ada di hanfon mahupun muka buku . . terasa diri ini hebatttt bila ade tengok wall post banyak-banyak . begitu banyak notification . suka i . hak hak . bila lagi nak merasa popular , tak gitu ? :) 

hari ini juga hari ulang tahun kelahiran wayne rooney , pemain bola sepak . huhh ! memang nia suka bila di lahir kan dalam golongan elit ni , sebab bole tumpang 'mencapub' karena diri ini tidak elit seperti mereka . sob sob T_T . tak sia - sia wayne rooney ku jadi kan boyfrend part time aku . . 

inchik boyfrend tak jeles ke  siap ade boyfrend part time bagai ?

uh ! same sekali tidak . sebab saya dah pilih selina gomez sebagai part time girlfriend dia . . baik sungguh nia farhana . **kalau tak membangga diri , bukan nia farhana nama nya ye kawan-kawan . . #bajet hot setup + bajet retis = tak sedar diri . 


kemudian nya , hari ini juga merupakan hari keputraan sultan pahang . ingin menyatakan hasrat hati di kala ini , jikalau patik menetap di pahang , mungkin telah menerima anugerah setiap tahun dari sultan kerana berkongsi hari lahir . hehe . perasan ! huhh ! 

bila dah glemer di hari jadi ini , ramai yang wish , ade jugak yang menjadi kan isu 

bila nak kahwen 

sebagai isu utama ? er , dah tade citer lain kah ? saya merupakan gadis awal remaja yang baru berusia 19 tahun dah diasak dengan soalan begini ? makna nya , ade lagi 7 tahun untuk diasak soalan sebegini . oh ! kemon . pehlis lah . . tak popular pun tape kalau macam ni . . T_T . mesti dah naik hapal dialog nak kata apa bila orang tanya bila nak kahwen . sampai tumpul otak ini memberi alasan . alahai . tak suka nya ! 

dengan ayat penuh suci lagi murni berkata , diri ini suda meniti alam dewasa , teramat lah perlu men'control' ayu , menanamkan azam untuk menjadi stok akhir perempuan melayu terakhir di abad ini juga bakal isteri , dan ibu yang baik serta mithali . juga menjadi anak yang solehah yang bole membantu ibu bapa nya kelak . . kini telah mempunyai buah hati yang baik hati lagi disayangi juga dicintai , perlu lah menjaga adab sopan juga maruah diri dengan penuh berkesan . penuh tulus kan ? =_="

sekian saja untuk entry kali ni . owner dah huk huk dengan sangat kuat sampai melecet anak tekak . bubye !


Sunday, October 23, 2011

cherating


hai . assalamualaikum . . sokseksoksek .huk huk ! maap lah ye . . demam dan selsema sikit dimalam yang suci lagi hening ini . . menghabiskan hujung minggu juga saki baki cuti semester dengan holiday together - gether dengan famili merupakan cadangan paling baik serta suci lagi murni buat wanita baru nak dewasa seperti shaye ni ya. 

Cherating . tulis dengan pensel kayu tumpul pekat pekat kat diari. "seronok dapat holiday dengan family kat Cherating . ♥ "



rumah penginapan kami satu famili . dekat berandar tu , kami masak - masak . habis semua orang keliling tengok . **nasib dorang tak mintak dapur kat owner . 




lorong kawasan perumahan kami . sungguh kampung ya ! oh ! jiran sebelah yang sungguh riuh dan buat kan aku risau pasal anak nya . 

meh gosip sikit . ade ke patut , anak-anak reramai sampai lebih 5 orang kecik - kecik nak mandi laut mereka yang dewasa lagi panjang akal nya bole duduk diam je ? takkan lah kami jiran sebelah nak tunjuk perihatin ? HARAPAN LAH . . 




wajib amik gambar dengan buat muka suci dengan harapan nak semat kat blog sama tayang kat inchik boyfriend kasi dia jeles lebih sikit . 


MY DADDY , MY HERO ! hehe . 


adik yang nombor dua , tapi selalu dianggap kakaq , sebab badan dia lagi besar dari saya . lagi tinggi juga . adoi ! terasa ade buah kelapa jatuh atas kepala yang buat saya lebih rendah lagi . 



hahh . . yang bongsu pun lagi lebar dari kakaq nya ape kes ? oi ! kaq . kurang makan eah ? **ape nak buat . memang bantut . . sob sob . T_T


anak anak yang hampir sama tinggi dengan ibu abah nya . . yang bongsu , 12 tahun , sama tinggi dengan ibu , 47 tahun . huhh ! hebattt 




saje amik gambar kaki sebab baru lepas buat medical cure . . ok ! aku tipu . HEHE .
selipar hijau : aku .
selipar biru : yana , nombor dua
selipar tapak hitam tali kuning : bella . yang bongsu .



selipar bling - bling tu , ibu saya punya ! 


hehe . comel tak kasut croc tu ? ayah saya punya okayyyy . . cukup kuota . 5 orang . . oh ! lupa . kunci kete pun nak tumpang glemer jugak . .

then , kami semua berangkat ke kemaman terengganu bagi mencari ole-ole buat santapan keluarga di kampung . juga cara paling halus nak bagi tahu yang kami ni baru balik bercuti . HAHA . belian keropok yang maha banyak juga amat lah diwajibkan . . maka  belian yang maha banyak juga hanya difokuskan kesitu . . apa nak buat , segala benda disana juga terdapat di pasar lambak kat kampung . . HOHO . sebelum terlupa , nak kata kat sini , kami semua tak mandi laut pun . hanya mampu melihat . ombak manyak busat . takot . . 

sekian sahaja untuk tatapan kalian terutama inchik boyfrend yang disayangi lagi dikasihi . en . mohd radzi bin masuhudi . saya dengan ini bersenang senang tanpa kehadiran anda disisi tapi tetap ada dihati . . wa gila rindu sama lu wooooo . . nanti kita dating eh ! hehe . bubye !



**HAPPY BIRTHDAY TO MY BLOG N ME !! HEHE . 

Thursday, October 20, 2011

personaliti melalui rambut . .


Manusia yang normal mesti dilahirkan dengan kurniaan rambut yang pelbagai kan? Tak kira lah rambut dia lurus ker, kerinting cam maggi ker atau pon rambut ala-ala alfro. Rambut jugak. Dok atas kepala jugak.

Di sini saya ingin berkongsi tentang macam mana nak kenal diri kita nih melalui rambut. Tapi info ini lebih kepada perempuan. So, boys, sila tunggu cekgu kat padang. Pasnih kita main bola okeyh. Kepada Tipah, Joyah dan Bedah, sila penuhkan saf di hadapan okeyh. OK. Bagus.

Manusia dilahirkan dengan pelbagai bentuk. Ada yang putih melepak cam tepong gomok hoii kulit dia. Ada yang black black sweet jer muka dia. Ada yang kuning langsat. Pelbagai bukan ciptaan Allah nih? 

Begitu juga dengan rambut. Ada orang rambut dia lurus. Ada orang rambut dia kerinting. Ada orang suka lepas rambut. Ada orang suka ikat rambut. Pelbagai kan? So, mari kita cekidaud sifat-sifat peribadi kita melalui rambut. Dah bersedia semua? Dah? OK. Bagus.

1. Rambut panjang.
Menampilkan rambut yang seksi dan juga ingin kelihatan muda, sihat feminin serta ayu. Wanita berambut panjang menjadi idaman jejaka dan jejaki.

2. Rambut pendek.
Seorang yang lurus dan suka berterus terang. Mempunyai keyakinan diri dan tak sentap atau butthurt bagai kalau orang duk gosip pasal dia. Cool nyer orang yang berambut pendek.

3. Rambut kerinting.
Orang nyer lemah lembut dan feminin. Tape be careful, lembut-lembut dia pon, dia tegas dalam segala hal.

4. Suka lepas rambut.
Suka bersosial dan tidak mempunyai keyakinan diri.Mereka-mereka ini menggunakan rambut untuk tutop segala kelemahan yang terdapat pada dirinya.


5. Suka ikat rambut.
Mereka mahu menampakkan ke-feminin-nan-nya dan tak risau kalau nampak dirinya matang.

6. Rambut lurus.
Kita boleh nampak sifat semula jadi wanita dalam diri mereka. Jujur dan boleh dipercayai.

Okeyh, itu sajalah serba sedikit info pasal rambut yang dikaitkan dengan personaliti kita pada petang ini. Jumpa lagi bersama saya Cekgu nananininia bersama anak-anak muridnya pada hari dan waktu yang sama.

Okeyh, nak gi sepak bola lelaju dengan razdi mohd and the gang. **radzi tu boyfrend aku . hehe . promote - promote .

** rambut saya macam rambut inchik boyfrend saya . sebijik ! sephotostate senang kata . nak analysis pasal rambut saya , tengok lah gambar bf saya . sebenar nya rambut dia lurus , saje mengaburi mata rakyat buat rambut hansome - hansome . haha . oh ! by the way , bagi yang rambut dari kerinting dah lurus ke , dari lurus dah kerinting kan ke , maap lah ye . saya juga tak tahu macam mane nak kenal personaliti anda dengan rambut anda yang begitu dan begini itu . . . hoho .

Tuesday, October 18, 2011

mana mak ?

MANA MAK ..... " Before baca, sila sediakan Tisu"

Mana Mak?'

Jam 6.30 petang....

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?



** kata orang , ibu bole menjaga 10 orang anak , tapi untuk 10 orang anak menjaga seorang ibu , itu belum tentu berhasil . . sayangi ibu kita semasa dia ada . . I LOVE MY MUMs . . little 's' sebab saya ada dua ibu . seorang "ibu" dan seorang "mak" . "ibu" untuk ibu kandung saya yang mengandungkan , melahirkan , membesarkan dan dia lah segala nya . "mak" untuk mother in law to be , insyaallah . hehe . dia lah yang mengandungkan , melahirkan ,mendidik cinta hati saya , inchik boyfrend saya : mohd radzi bin masuhudi . 

Thursday, October 13, 2011

CERITA LAWAK

CERITA LAWAK PERTAMA 


Panadol

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…

Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”


CERITA LAWAK KEDUA 


Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…



CERITA LAWAK KETIGA


Malas Ke Sekolah

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.

Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”

Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”



**enjoy it !