Tuesday, May 3, 2011

kerinduan kesayangan persekolahan

hai!! selamat, selamat, dan selamat! entah kenapa, terlebih bertenaga dimalam ini ya tuan-tuan dan puan-puan. mungkin kerana, diluar sana, hujan sedang rancak membasahi alam, maka otak aku jugak jadi rancak nak meng'update' blog. :) kali ni, nak update pasal sekolah! ya! S.E.K.O.L.A.H.. zaman persekolah yang dah lebih setahun aku tinggal kan. **aku tak nak tinggal kan, tapi terpaksa. yelah, dah besar. xkan xsedar diri. ** :P


sebut je sekolah, otak aku ni, ligat berfikir dan terkenang kisah lalu. cewahhhh!! berangan lettteeewww! HAHA. OMG, tak ada makna nya. cume teringatkan zaman yang paling mewah, paling best yang kita semua ada. :) memang kalau difikir kan balik, serius kelakar.. bayang kan lah, zaman kita-kita dulu, darjah 5, darjah 6 dah pandai bercouple-couple. sekarang, bila kita dah besar, mau nya ketawa guling-guling bila dapat tau budak darjah 4, umur 10 tahun, dah pandai bercinta.. sedang kan, dulu... kita pun sama, serupa! sebijik! sudah lah dah pandai bercouple, lebih dari satu pulak tu. sparepart lah konon nya. HAHA. **ape seyh yang aku buat dulu-dulu, terasa bodoh pulak, tapi kelakar**  hehe. bila tengok budak-budak yang bercouple ni, bukan lah cantik pun. comot-comot lagi, yelah, budak kecik kan. kain baju renyuk pun pakai wat gi sekolah. **sebab aku dulu, kalau kain baju renyuk, tak ber iron, tak nak gi sekolah** :P. macam-macam hal.


masuk sekolah menengah pulak, dah pandai nak melaram. pegi sekolah pun pakai krim muka dengan bedak. minyak wangi jangan cakap lah, setiap kali pergi sekolah, satu galen tu siram kat badan. masyaallah! bau nya, dari wangi sampai jadi busuk, sebab kuat sangat bau nya. kalau jalan sekitar sekolah tu, sampai jadi bahan gelak orang. bila dah masuk tingkatan yang atas-atas pulak, dah ok sikit. kalau pakai bedak tu, tak adalah sampai bercapuk muka, atau putih bedak. boyfrend pun dah beratur nak isi borang. kira dah hot lah tu kan. haha. bila time nak spm pulak, perangai berubah mendadak. time tu lah nak rajin dalam segala hal. aktif kawad lah, sukan lah. jawatan tinggi pegang sampai lebih tiga. tamak haloba tu nama nya, haha. adoi. sumpah rindu giler zaman sekolah.





gurls only :)

p/s: sila jangan tiru aksi panjat memanjat ini. :)



mau terbang melayang-layang.


merenung masa depan yang jao, kononnya.





satu kelas :) 

tak payah susah2 nak detect mane satu aku. haha. comot kot time ni.. time nga buruk ni lah, nak amik gambar. terus tak glamour aku! haha.


i adore with this man. :) 

pertemuan kali pertama di tangga,. haha. gila jakun bila nampak dia. sebab satu-satu nya cina kat sekolah aku tu. semua dak kelas aku, minat kat dia. pantang nampak dia, macam orang sasau dibuat nya. tengah belajar pun bole panggil-panggil dia, sumpah gedik! dak laki dah bingit je, sampai ade yang kata, "banyak-banyak orang yang dah sunat, yang belum sunat jugak yang korang nak" (lucah tak ape yang aku tulis ni?? sory...)



konon comel kalau buat macam ni. hehe. :P

**lupe nak berlagak, kelas aku satu-satu nya kelas yang ada aircond, grill ngan mozek! MEWAH U! ko ado? wahaha. :P

2 comments:

  1. okay aku baru taw ade budak cina kat skola tu. HAHA

    ReplyDelete
  2. haha. da lme da, dia form3 ngan form4 je kat skolah tu. pastu dia pindah skolah cina kat bt phat. ayu penah langgar anjing dia kot. haha

    ReplyDelete