Monday, January 31, 2011

"Semoga tuhan tidak memisahkan 2 hati yang saling sayang"

cinta bukan suatu permintaan; hanya suatu pemberian seikhlas jiwa 
 kau ibarat matahari, tak pernah lelah menyinari hari-hari ku...menerangi dan menghangatkan...

CINTA
nama yang sangat indah...sepotong nama yang pendek, tapi membawa pelbagai makna.... Mempunya nilai abstrak yang tersendiri, yang dicorakkan oleh para pencinta seperti kita semua... Tak boleh dinafikan, dalam hati setiap insan, ada rasa cinta... 

Siapa sangka, kalau diri kita disayangi dan dicintai oleh insan yang tak pernah kita kenali... Dalam diam, dia memuja kita... Mengharap kan, akan ada satu hari nanti, hati kita akan diberikan pada nya, dan kita akan jadi miliknya selama-lamanya... Sebab tulah, dikatakan cinta hadir tanpa dipaksa, tanpa diundang dia datang, tanpa di usir dia pergi membawa diri... 


terima kasih cinta.. terima kasih sayang... terima kasih atas segalanya... aku tak tahu kalau-kalau akan ada cinta lain dari insan yang berbeza... yang aku tahu, kini aku punyai kasih sayang mu... bersyukur yang teramat aku pada tuhan, kerana meng'anugerah'i kamu padaku...



love, 
mohd radzi ;)

No comments:

Post a Comment